Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet
Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.
Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?
Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.
Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.
Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.
Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.
Kenapa?
Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.
Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.
Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:
- Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?
- Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?
- Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.
- Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?
- Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?
- dan beberapa perkara lagi.
Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.
Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.
Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.
2Checkout.com – yuran USD$49 sekali sahaja dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
ClickBank.com – yuran pengaktifan USD$49.95 sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan servis mereka. Ebook “Chapter M” ada membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% + $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .
Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








Maklumat yang cukup berguna. Thanks for ur info saudara Zamri.
Saudara Zamri,
Tulisan anda sangat membantu saya dalam mengenali bussiness Internet. Teruskan menulis……
Salam saudara Zamri,
Article ini sangat saya nantikan:)
Setahu saya, 2co hanya membenarkan penjualan dilakukan ke atas satu (1) url sahaja. Bermakna kita tak boleh nak menjual barang dari url yang berbeza2. Berdasarkan pengalaman saudara, bagaimana nak atasi masalah ini instead of register satu lagi acc 2co?
Berbeza dengan Paypal, kita boleh meletakkan butang “Buy Now” di seberapa banyak website yang kita ada.
Harap saudara dapat berikan pandangan berkenaan hal ini..tq
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Saya belum sahkan sekiranya cara ini boleh digunakan. Mungkin saya akan tanya 2CO nanti.
Begini… ambil order dari domain yang anda daftarkan sahaja.
Contoh… bayaran 2CO akan diproses di domain http://www.domain1.com … dalam surat jualan anda di http://www.domain2.com, letakkan link ke laman web http://www.domain1.com/page1 bagi produk yang dijual di http://www.domain2.com. Di http://www.domain1.com/page1, letakkan code bayaran 2CO beserta dengan cara pembayaran. Dengan cara ini, anda boleh jual produk di pelbagai domain tetapi masih lagi mengambil order atau pesanan di SATU domain.
Sekali lagi saya tegaskan! Saya belum sahkan perkara ini. Jadi, sekiranya ada yang sudah tahu, sila kongsi maklumat di sini.
Kalau nak kurangkan pening kepala dengan masalah ini, buka akaun berlainan untuk setiap produk yang anda jual.
Memang banyak membantu. Terima kasih
Slmt tgh hari zamri,
saya nak tanya, perkhidmatan ketiga2 ni, yang mana paling bagus?
mcm paypal, bila org refund, kita kena tanggung kan? charge back mcm mana pula dgn perkhidmatan lain ni?
han
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Tiada satu pun yang PALING bagus kerana setiap satunya mempunyai kelemahan dan kelebihan sendiri. Sebagai contoh… boleh jual produk fizikal melalui 2CO dan PayPal tapi ClickBank cuma benarkan produk digital. ClickBank ada affiliate program yang terbukti digemari ramai, 2CO baru bermula dengan program affiliate mereka dan PayPal tak ada program affiliate. Begitulah seterusnya.
Kalau mereka gunakan PayPal juga, anda boleh refund dari ‘members area’.
Satu perkara yang penting… anda cuma lakukan sahaja. Memang ada orang akan minta refund dan chargeback etc tapi peratusannya amat rendah. Jadi, jangan takut untuk menghadapi segala rintangan. Hadapinya satu persatu.
tq encik zamri,perkongsian yang menarik.. moga dengan penulisan saudara dapat membantu saya lebih lagi dalam perjalanan ebiz saya..
saya rasa macam tau jek servis provider tersebut.
yang tengah galak iklan dalam akhbar tu kan? terutama metro.
apa pun tips dan panduan yang berguna untuk saya. terima kasih…
A..ah. baguslah info ni, saya pun sedang nak gunakan 2co untuk laman web ke dua nanti. Boleh cuba cara yang saudara Zamri kata tak sah lagi tu.
Dikesempatan ni saya nak tanya, mungkin kawan-kawan lain pun nak tahu, macam mana nak terima bayaran secara bulanan kepada kita punya website contohnya website pembelajaran. Cukup bulan, kalau tak sambung bayar-password tutup. macam astrolah gitu.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Yang ni dinamakan laman web keahlian (membership site) dan perlukan perisian. Kebetulan pulak, saya baru saja beli perisian ni untuk cuba bina membership site. Kalau berminat, boleh beli di http://fireballplanet.com/goto/?a=yw0zSwbWo3&p=6 sementara harga masih lagi rendah. Kalau nak yang lagi complicated, boleh check http://www.amember.com tapi harga dia memang jauh beza dengan skrip yang saya baru beli ni (pukul 5:42pm hari ni
). $9.97 USD berbanding $179.95 USD.
Nanti kalau ada masa, saya akan buat ulasan mengenai laman web keahlian pulak.
thanks zamri kerana menjawab soalan saya…
saudara zamri,
topik menarik.saya belum menceburi bisnes online ini tapi mungkin di masa akan datang saya akan menceburinya juga.adakah ketiga-tiga cara pembayaran tersebut membolehkan kita dapat CASH dalam RM terus ke dalam akaun kita di malaysia? akaun bank mana perlu kita ada?
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
2CO & ClickBank – syarikat hantar cek dan anda masukkan ke dalam mana-mana bank di Malaysia.
PayPal – keluarkan dari PayPal dan masuk ke dalam kad kredit/debit Visa.
en. zamri
info2 yg u tulis ni mmg berguna bagi golongan yang baru nak berjinak dgn bisnes internet ni. saya nak tanya cemana nak letak butang ‘buy now’ pay pal kt laman web kita.. (buah cempedak kt luar pagar).
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Boleh rujuk kat WangCyber di http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/4872-paypal-payment-ada-sesiapa-tahu.html
Hehe. Aku prefer dengan paypal je sekarang. Yang lain, bukan aku tanak pakai. Cuma belum serasi je lagi..
saya nak tanya apa beza 3 sistem ni dgn payment gateway yang tgh famous dalam paper metro oleh syarikat MIRSB(puan nora)?
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Sila lawati ketiga-tiga laman web sistem pembayaran kad kredit tersebut. Saya dah terangkan serba sedikit di dalam artikel ini. Selebihnya saya harap anda dapat mengkajinya sendiri dengan lebih mendalam dengan melawati laman web mereka.
No comment pasal MIRSB.
asslamualaikum,saya mmg ada rse berminat ngan perniagaan ni….macam mane cara nak jual balik ebook 2…nak tanya apa bezanya ngan portal wizz?????……
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Cara jual balik ebook ini adalah seperti yang saya lakukan sekarang dan semua fail ebook + grafik + fail html akan diberikan.
Saya bersetuju 100% dengan sifu Zamri mengenai kebaikan menggunakan pembayaran melalui kad kredit boleh menambahkan hasil jualan seseorang diinternet.Terima Kasihhhhhh……
hi zamri..
soalan saya.. ape akan berlaku setelah proses jualan .. maksud saya .. bagaimana file2 tambahan dpt dimiliki oleh pembeli saya..
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Dah dapatkan ebook Rahsia Perniagaan Digital? Saya ada terangkan di dalam ebook tersebut?
Selepas pengesahan pembelian melalui paypal/kad kredit, pembeli akan dibawa secara automatik ke laman web untuk download produk yang anda letakkan di server. Kalau untuk produk fizikal, anda hantar ke alamat pembeli selepas pembelian disahkan.
nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
Tuan, camana cara terbaik nak masukkan artikel dlm website saya?
thnx for the info..
banyak membantu saya.. saya nieh student lagik, tgh wat projek berkaitan ngan purchasing via internet.. these infos were great.. thnx again..
saya dah daftar paypal..tapi boleh stolong bgtahu saya tak, mcmana caranya nak keluarkan duit dari akaun paypal tu?