ClickBank Terima Pendaftaran Dari Malaysia
Minggu ini, ramai usahawan dari Malaysia gembira kerana sesuatu yang ditunggu-tunggu sekian lama sudah tiba.
ClickBank sudah mula menerima pendaftaran dari Malaysia.
Ini bermakna peluang untuk anda menjual produk digital anda sendiri di Internet atau mempromosikan produk orang lain sebagai affiliate terbuka luas.
Dengan tersebarnya berita ini, adakah ebook Chapter-M tidak relevan lagi?
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti tetapi buat sementara waktu ini, jangan tunggu lama-lama.
Layari http://secure2pay.reseller.hop.clickbank.net dan daftar secara percuma.
Untuk maklumat tambahan, ClickBank ialah satu syarikat yang menguruskan pembayaran kad kredit dan paypal untuk usahawan internet yang ingin menjual produk digital. Mereka merupakan orang tengah yang menguruskan pengendalian pembayaran di internet ini. ClickBank juga menyediakan program affiliate percuma bagi mereka yang ingin memperkembangkan lagi bisnes mereka melalui “affiliate marketing”. Pembayaran komisyen dari ClickBank ialah setiap 2 minggu sekali dan mereka akan hantar cek ke alamat anda sekiranya komisyen atau wang jualan yang dikumpulkan sudah mencapai tahap minima pengeluaran (anda boleh ubah ke minima US$100).
Saya sudah mempunyai akaun ClickBank selama beberapa tahun dan kini giliran anda pula untuk mempunyainya.
Lawati http://secure2pay.reseller.hop.clickbank.net sekarang dan daftar.
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Terima kasih atas maklumat yang dihantar, saya telah mendaftar diclikbank setelah mendapat email dari saudara, cuma sekarang rasanya sudah tiba masanya kepada sesiapa yang berkebolehan dan berpengalaman dalam clikbank menghasilkan satu buku panduan khas bagaimana untuk mendapatkan wang tambahan dari clikbank, saya sendiri walau sudah mendaftar tetapi tidak tahu kemana arah untuk dituju..tiada panduan dan maklunat langsung tentang cara menjadi affilite di clik bank…otai2 internet ini satu peluang…maklumkan saya jika inya telah terbit dipasaran
en. zamri,
terima kasih memberitahu kepada saya berita ini..
saya sudah lama ingin mendaftar dan memahami ape itu clickbank sebenarnya yg dulu di war warkan perlu ada alamat singapura.
erm, saya dalam proses pendaftaran click bank. cuma saya nak tahu ape kegunaan sebenarnya clikbank?adakah sebgai medium affiliate shj atau pon ade perkara lain? soalan kedua saya, adakah perlu saya mempunyai kad kredit untuk menjalankan program affiliate disitu?
terima kasih..
Salam,
satu berita yg gumbira buat semua,saya ada gak tahu pasal clickbank ni dulu, tapi saya kurang mahir pasal clickbank ni…boleh ke terangkan sikit mcm mana setting dia,mcm mana kita boleh jual produk digital kita disitu….saya baru je daftar clickbank tu…harap ada sesiapa yg boleh bantu
terima kasih
Terima kasih kerana memaklumkan Berita yang menggembirakan.
Saya harap usaha rakyat Malaysia untuk memajukan diri dan ekonomi akan mencapai matlamat sebenar.
Mr. Zamri,
Saya juga agak Blurr ttg Click bank nie. Boleh tak tulis satu article ttg click bank nie untuk panduan kami yg baru dlm bidang internet bisnes nie…. Segala pertolongan pihak saudara amatlah saya hargai….
Salam
Ini adalah satu berita yg gumbira buat kita semua,saya tak tahu pasal clickbank ni dan saya juga kurang mahir pasal clickbank ni…boleh ke terangkan sikit apa cth produk digital dan mcm mana nak setting dia. Satu lagi mcm mana kita boleh jual produk digital kita disitu….harap ada sesiapa yg boleh bantu
terima kasih
Encik zamri,
Maklumat yang tuan sampaikan melalui email ini amat menguja jiwa saya tetapi saya kurang tahu mengenai clickbank ini. Berapa caj yang dikenakan jika kita mendaftar. Macamana jika selepas mendaftar tiada barang untuk dijual dan tiada website atau blog. Adakah pihak clickbank mengenakan caj kepada saya.
Tolong encik zamri huraikan permasalahan ini
Terima kasih untuk maklumat ini, boleh tolong jelaskan tak fungsi2 clickbank ni…dan dia punya program affiliate. Saya baru je register dia punya program affiliate, tapi x paham la…
Clickbank, lebih mudah lagi jika saudari huraikan apa itu clickbank,kegunaannya, bagaimana menggunakan dan bagaimana mendaftar untuk clickbank. Clickbank mungkin sesuatu yang masih baru bagi kebanyakan kita di Malaysia da pasti ramai yang masih kurang pasti apa itu clickbank. Sebaiknya jika tidak keberatan saudara jelaskan dalam bentuk tip, artikel ataupun mana-mana cara yang mudah difahami oleh umum dan mereka yang berminat menjana pendapatan di internet.
Salam maju jaya.
Saya pun mendengarnya dengan gembira kerana sebelum ni saya menggunakan alamat virtual US utk akaun click bank. Tapi menghadapi masalah pada US tax form.







Berita yang ditunggu telah tiba! Sebelum ini pernah terdengar bahawa ClickBank ‘tersilap’ meletakkan Malaysia di dalam list mereka. Harap2 kali ini bukan satu kesilapan.