Cuti Santai Untuk Usahawan Internet, Bakal Usahawan Internet & Seluruh Usahawan Yang Lain Juga…

Selepas berbulan-bulan melakukan perancangan, Cuti Santai akan menemui anda dan usahawan-usahawan lain yang berkecimpung di dalam bisnes internet dan juga bisnes konvensional.

Untuk pertama kalinya, anda akan berkumpul bersama puluhan lagi usahawan yang mempunyai sama pemikiran dengan anda, merehatkan diri dan semestinya mempertingkatkan lagi ilmu perniagaan anda melalui sesi networking dan mastermind yang disediakan.

Bukan itu sahaja, Cuti Santai tahun ini akan menyaksikan barisan penceramah jemputan yang akan membuatkan anda tergamam sejenak, mengetahui bahawa Team Penang amat serius di dalam memberikan yang terbaik kepada peserta Cuti Santai 2010. Lihatlah sendiri siapa yang akan hadir di bawah:

Mungkin 3  penceramah jemputan di atas tidak perlu diperkenalkan dengan panjang lebar lagi. Anda tahu siapa mereka berdasarkan status jutawan yang mereka pegang, dan semestinya saya sebagai wakil daripada Team Penang juga akan mengambil satu sesi ceramah untuk berkongsikan satu topik yang menarik untuk anda nanti.

Cuti Santai 2010 akan diadakan di Bayview Beach Resort, Batu Feringghi, Pulau Pinang pada 4, 5 dan 6 Disember ini. Program Cuti Santai adalah program yang eksklusif di mana cuma yang membuat tempahan sahaja akan dibenarkan hadir. Jadi, tak kira jika anda berada di Pulau Pinang, Kedah atau negeri berdekatan, anda mesti dapatkan tiket untuk ke Cuti Santai untuk bersama puluhan lagi usahawan yang lain.

Apa yang menarik pada tahun ini ialah Team Penang lebih pentingkan kejayaan menganjurkan program ini terlebih dahulu daripada mengaut keuntungan. Jadi, anda pasti akan terkejut dengan harga yang ditawarkan kepada peserta. Untuk pakej individu, ianya cuma RM1,497 dan untuk pakej keluarga pula, ianya hanya RM1,797.

Bayangkan dengan harga sebegini, anda mendapat percutian di lokasi paling hangat di Pulau Pinang, berpeluang menghadiri seminar yang disampaikan oleh jutawan “high profile” Malaysia dan Singapura (nilainya sudah tentu lebih RM1,000), menjamu selera Buffet Barbeque, bersantai bersama usahawan yang anda kagumi dan kenali (dan mungkin minati cuma dari jauh sahaja sebelum ini), ber”shopping” di “night market” Feringghi yang telah pun memang terkenal di Pulau Pinang ini, mandi-manda di pantai Batu Feringghi dan “oh” memang banyak lagi yang tak dapat saya senaraikan di sini.

Yang pastinya anda MESTI datang dan berjumpa dengan saya, Team Penang dan ramai lagi rakan-rakan dan usahawan lain yang sedang menanti anda.

Ingat lagi tentang harga murah yang kami kenakan kepada anda?

Ya, Team Penang cuma mahukan Cuti Santai 2010 menjadi realiti tanpa mengaut keuntungan yang melampau. Itulah sebabnya anda lihat harga Cuti Santai adalah seakan-akan kos untuk anda bercuti seperti yang selalu anda lakukan sahaja. Tapi, saya pasti tahun depan ianya tidak akan semurah yang anda lihat di laman web www.CutiSantai.com sekarang. Anda dan saya pun tahu bahawa sesi networking dan mastermind sahaja sudah menjangkau ribuan ringgit. Untuk mendengar ceramah daripada seorang jutawan pun akan memakan kos sehingga 1 ribut ringgit (dan anda dapat dengar ceramah daripada 3 jutawan jemputan dan juga daripada saya). Ini tidak termasuk kos penginapan dan buffet barbeque lagi.

Jadi, beri perhatian kepada saya bila saya katakan yang anda MESTI datang ke Cuti Santai pada tahun ini, kerana pada tahun hadapan, anda tak akan pasti yang anda akan mampu membayar harga tiket untuk Cuti Santai 2011.

Tempahan tiket Cuti Santai 2010 masih dibuka dan ianya akan ditutup sebaik sahaja semua bilik yang ditempah dipenuhi. Pada masa ini, walaupun anda merayu, saya dan Team Penang tidak akan dapat buat apa-apa lagi kerana walaupun kami mahu menerima anda, pihak hotel sudah kehabisan bilik. Dan anda perlu juga ingat bahawa Cuti Santai dianjurkan pada musim cuti sekolah di mana semua bilik hotel sudah penuh dan mereka juga mengenakan caj tambahan.

Sebelum berpisah, saya berikan satu video menarik daripada salah seorang peserta Cuti Santai yang akan menemui anda nanti di bawah. Lihatlah sendiri betapa terujanya beliau untuk bersama dengan anda di Cuti Santai sehingga video “awesome” ini dihasilkan…

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=HBkqHbBldQE[/youtube]

Jangan tangguh lagi, buat pesanan ke Cuti Santai 2010 sementara kuota masih lagi ada. Sekiranya anda pergi ke www.CutiSantai.com dan butang pesanan sudah tidak berfungsi lagi, maknanya tempahan sudah ditutup dan peluang anda sudahpun terlepas.

Jangan biarkan ini berlaku kepada anda.

Lawati www.CutiSantai.com dan buat pesanan sekarang juga!

Jumpa anda di Cuti Santai 2010 nanti…

ikhlas,

Zamri Nanyan

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)