Download eBook & Video PERCUMA… dan Jumpa Anda Esok
Malam nanti, saya akan bertolak ke KL.
Esoknya akan ke PWTC. Hari Ahad pulak akan ke Terengganu – nak berehat sikit di Pulau Redang untuk seminggu.
Kepada yang berkesempatan tu, datanglah ke booth Azizi Ali pada pukul 5-6pm.
Saya plan berada di sana dan kalau anda datang, bolehlah berkenal-kenalan.
OK, sebelum saya bertolak ke KL, saya ingin update anda dengan beberapa perkara.
================
Duit Mania
================
Ammar Zahar akan melancarkan produk baru beliau tapi sebelum tu, beliau ada memberikan ebook dan video percuma di laman web beliau.
Ammar merupakan top 3 affiliate untuk Rahsia ClickBank.
Jadi tak hairanlah kalau produk yang beliau hasilkan akan laris bak goreng pisang nanti.
Saya telahpun melihat pakej yang akan ditawarkan tapi tak sempat nak buat review.
Apa-apa pun, sekilas pandang, memang saya tahu produk ini akan menjadi satu produk yang ingin anda miliki.
Buat masa sekarang, dapatkan dulu ebook dan video beliau di link di bawah:
================
Artikel Yang Memberikan Impak Besar Minggu Ini
================
Pada masa dahulu, memang saya tidak hairankan mengenai pembangunan diri… sehinggalah ianya menunjukkan hasil selepas saya mempraktikkan apa yang saya pelajari.
Sekarang saya tak lepas untuk terus mempertingkatkan diri saya dari masa ke semasa.
Sedar atau tidak, ianya ada impak secara langsung kepada kejayaan saya… dan juga anda.
Walaubagaimanapun, artikel yang saya baru baca ini sedikit kontroversi. Ianya dalam bahasa Inggeris dan ditulis oleh Patric Chan bertajuk “10 Ways To Fail In Life Almost Guaranteed”
Dalam bahasa Melayu… 10 Cara Untuk Gagal Dalam Hidup, Dijamin!
http://automationcart.com/jvm/s79/23ge/785
Saya amat sarankan anda baca artikel di atas dan beritahu orang lain untuk membacanya juga kerana ia mempunyai beberapa prinsipal kejayaan yang penting.
================
Cabaran RM50
================
Cabaran RM50 yang saya nyatakan di blog Bisnes Digital ditutup pada hari ini.
Terdapat 26 orang menyertai Kiosk dan diharapkan kepada yang mendapat RM5 daripada saya akan menyambung misi untuk menyampaikan RM5 ini supaya team Kiosk anda berkembang dengan sendiri.
Segala-galanya di tangan anda untuk anda teruskan misi yang saya nyatakan di blog saya.
Buat yang tak sempat atau tak tahu
mengenai cabaran RM50 ini, jangan risau. Disebabkan sambutan yang menggalakkan ini, saya mungkin akan lakukannya lagi pada masa akan datang.
Baiklah, setakat ini sahaja untuk minggu ini.
Selamat berhujung minggu… dan jangan lupa datang ke Pesta Buku di PWTC esok pukul 5-6 petang.
ikhlas,
Zamri Nanyan
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








