Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan
3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.
Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.
Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.
Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.
Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.
Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.
Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.
Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja – iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)
Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Tak tahulah apa jawapan anda.
Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.
Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.
Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.
Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.
Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.
Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.info untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/zamrinanyan
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “TheFourWeekstoFreedom” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









satu pengorbanan yang besar tentang masa depan yang susah dilakukan orang lain…..
saya doakan yang terbaik segalanya aminnnnnnnnnnn
salam..
artikel yg menarik. harap saya dapat jadi seperti saudara Zamri iaitu kerja sepenuh masa di internet.
Artikel yang menarik.
Yang kerja makan gaji, tp tetap memiliki perniagaan yang maju.
Usahawan full time, tp masih lagi dgn cara part time.
Pendek kata, sikap dan mindset yg akan menentukan.
kalau saudara smartzul kata artikel yg menarik sy ktkan artikel yg mengejutkan..keje ape yg boleh dpt sampai 6 angka setahun ni?
banyak btul? ape ye klo boleh kongsi..nk dekat 10 000 sebulan..project manager ker? 12 thun dh boleh dpt yer..
ni malam nifsu syaaban.. bnyakkan ibadat..hehe
Saya setuju dengan pendapat Bro Zamri. Disiplin sangat penting dalam perniagaan internet. Walaupun saya masih baru dalam niche perniagaan internet nie, tp saya telah menjalankan perniagaan menjual kad kahwin secara online sepenuh masa lebih kurang 3 tahun. Dari situ saya nampak keperluan disiplin yang menyebabkan saya mampu bertahan sehingga ke hari ini. Walaupun kita bebas menentukan masa untuk melakukan kerja, namun kita perlu konsisten setiap hari agar pelanggan tidak berasa risau kerana menunggu respon dari kita. Syabas Bro Zamri, anda telah mencapai impian anda.
Satu perkongsian yang amat menarik. Bukan senang nak lepaskan kerja lagi-lagi income sebulan dah lebih RM 10 000. Ini bakal cita-cita saya nak tiru macam saudara zamri.
nisfu syaaban diglakkan puasa sunat
Tahniah..insyaallah saya sendiri pun dah plan sejak 2 tahun dulu..Gaji 10k memang akan lebih ambil masa nak berhenti. Tapi bila income bis online dah lebih dari gaji, memang mood nak kerja 9-5 dah luntur.Buat bisnes lagi bagus. Hati tak sakit, boleh kerja bila-bila masa nak. Yang penting disiplin sama macam waktu kerja dengan orang.
Syabas dan tahniah,tapi ilmu kejuruteraan tu tak kan nak dibiarkan lenyap begitu saje.
Saya pun sedang berusaha meninggalkan status “yes bos”
insyaallah.
Jangan lupa sahur,besok puasa no excuse!!!!
Untuk sebahagian dari kita Gaji 6 angka setahun itu dah lebih dari cukup. Mungkin sukar untuk menyelami rasional tindakan bro Zamri tanpa terlebih dahulu mengetahui, memahami, mengamalkan dan menyedari dinamik dunia internet.
Setengah orang memilih untuk terjun dahulu fikirkan kemudian.
Saudara memang berani, saya kagum dengan saudara. Tapi saudara telah bersedia sejak 2003. Banyak yang kami boleh belajar disini. Kita kena ada persediaan sebelum memulakan langkah seperti saudara.
Saya harap saudara lebih banyak product yang boleh memeriahkan dunia internet. Good luck friends.
facebook.com/happysus
Pada pendapat saya, full time x semestinya mengadap komputer 8 jam sehari sepertimana kita bekerja makan gaji.Dan bila dah bergelar ‘full time’ bukannya bererti full time kita tido…
Part time lak bukannya bermaksud ari ni buat, esok relax, minggu depan buat balik.If macam ni sampai bila2 pun biz kita tak ‘jalan’.
Saya setuju ngan kata2 bro Zamri, konsisten kene ada…
Untuk memiliki sebuah perniagaan internet yang akan memberikan kepuasan dan kebebasan kita hendaklah berdisiplin & fokus.Berkorban dulu barulah dapat hasilnya.
Menberi dulu, baru menerima…
Teringat pada satu petikan kata2 dari sorang yang bijaksana – Anda adalah apa yang anda fikir…
So think ‘BIG’, percaya pada diri sendiri dan lakukan…
Bak kata bro smartzul, sikap dan mindset yg akan menentukan.
hye..just to share my experience..
I’m now doing my Phd..almost finish..just witting my dissertation ;>
I stast doing internet business a years a go..
now I have 2 active business, even at the same time I also get 6 digit salary per year.
Being a mother of 1 years old daughter, is really hard work.
and I also have consultancy work..*based on engineering in which my income for part-time consultancy give me extra 4 digit salary.
i buy your MLM book just to make myself motivate..Thanks for that…
For others, what important is support from your husband and family…
and believe in yourself…
tahniah kerana telah mengambil langkah berani. artikel zamri kali ni beri saya inspirasi utk kekal di dalam perniagaan internet. terima kasih.
Pengorbanan dan minat harus di teruskan wpun byk cabaran lam biznes internet.TAHNIAH DAN SELAMAT BERJAYA.
A really touching and good story. You’ve included a very good message where bloggers/IM should have the attributes and mindset like a full time business owner. Well done.
I know its hard to make the decision to resign. As well as the to hand in the resignation letter. But, you’ve done that all and you now have a different routine of life.
However, bottom line, i wish you success and a more prosperous future. Ameen…
I hope I can be equally successful online and offline too…
Ameen.
saya baru jumpa kata2 dari seorang ahli sukan yg cemerlang – “jgn biarkan sesuatu yg kita tak boleh buat mengganggu apa yang kita boleh buat”.
Tahniah, kerana tuan sudah membuat apa yg tuan boleh buat dengan disiplin dan konsisten. Konsisten ni susah nak dikekalkan tambahan kalau buat secara part-time.
Saya berazam nak ikut jejak langkah tuan selepas kriteria persediaan dah sedia. Sekali lagi tahniah. Tuan memang hebat!
tTahniah kerana berjaya mencapai impian saudara untuk berdikari. Bekerja untuk diri sendiri. Satu artikel yang menarik dan memotivasi khususnya pada mereka yang mempunyai impian yang sama.
Ssaya akan sering singgah di sini untuk mendapat sumber inspirasi dan maklumat2 bermanfaat
fterima kasih
f
Wow.. 6 angka setahun, mmg jumlah yg besar tu. tapi bro zamri masih lagi nak resign.. kalau saya,mungkin tak sanggup..hehe..
saya salute semangat dan azam bro zamri, insyaAllah saya nak jadi macam bro Zamri.. gud luck to you and me also..
p/s: saya pun dah join jg GDI..
Tahniah….
Moga2 semakin ramai yg akan buat duit dlm IM & jadi full time
Salam bro…tahniah kerana bro telah berjaya merialisasikan
impian bro..mengucapkan bye..bye kepada majikan bro, bagi saya
t4w2f mungkin akan memberi jalan untuk saya mengikut jejak
langkah bro…tapi bukan dalam masa (4 weeks)…amat mustahil bagi saya, mungkin dalam masa (4 years) memandangkan bro mulakan perniagaan internet ni pd 2003 sekarang baru betul-betul yakin dan berjaya. Perjalanan saya masih jauh tapi saya yakin saya akan berjaya seperti bro.Harap bro tak keberatan untuk memberi tunjuk ajar. Sekian moga sukses selalu.
congrate, en zamri tlah byk mberikan drgn dan inspirasi serta panduan yg sgt berguna utk we all yg baru2 mk mgenal dunia perniagaan itnet….congrate atas kjayaan TFWTF…
kptsn quit frm job 1 tndkn berani & smoga lebih sukses dlm bisnes intnet…
Satu keputusan yang berani. Kata oang putih, ”a bold decission”.
Tetapi pendapat saya, macam mana nak istilahkan sepenuh masa? Atau separuh masa? Berapa jamkah yg diperuntukan untuk dikatakan sepenuh masa?
Hanya satu pekerjaan yang saya tahu betul-betul sepenuh masa. Suri Rumah yang tak bekerja.
Seperti yang Zamri kata, takde beza jika bekerja dengan orang tapi menumpukan perhatian pada perniagaan internet. Sama je.
Apa-apapun, Zamri, semoga lebih berjaya setelah keluar dari ”Rat Race”
Syabas dan tahniah untuk adik Zamri. Satu pengorbanan yang besar nilainya. Walau apapun yang kita lakukan, istiqamah dan disiplin adalah sangat sangat penting selain daripada FOKUS. Semuga adik Zamri terus berjaya dalam apa bidang yang diceburi apatah lagi dalam perniagaan internet.
Tahniah sdr zamri kerana telah melakukan tindakan yg berani
dgn meninggalkan pekerjaan yg gaji lumayan demi mencari kepuasan diri dan kebebasan masa.Tahniah bro harap suatu hari nanti saya dpt melakukan tindakan yg sama spt bro,doakan saya…
Assalamualaikum wr wbt,
Terima kasih saudari Zamri kerana berikan suggstion yang bagus. Sememangnya,disipin amat penting.
Saya yang mengedar produk fizikal pun amat sukar mengambil tanggungjawab, menjaga rumah tangga then berurusan ngan supplier dan customer. Semua di rumah, dan amat mengelirukan.Dan amat meletihkan. Insya Allah, sama-samalah kita semua, online biz berusaha Istiqamah dan menjaga amanah sebaiknya. Wassalam
Maaf, ya, saudara Zamri, tersilap panggilan.
Assalamualaikum saudara Zamri,
Saudara seorang yang berani mengambil keputusan untuk memceburkan diri sepenuh masa didalam perniagaan internet. Seperti mana kita tahu rezeki itu ditangan Allah. Usah risau dan teruskan usaha anda.
Selamat Maju Jaya
ehmmmm…satu keputusan yang BIJAK…
saya pun bercita-cita nak tinggalkan jawatan saya sekarang… saya amat bangga dengan kejayaan en zamri…
Kejayaan u menaikkan semangat…Perniagaan Internet adalah salah satu cabang kerjaya yang amat memberi pulangan yang lumayan.
Meninggalkan sesuatu untuk mengejar dan mencapai sesuatu yang lebih baik adalah satu keputusan yang Luar Biasa…
Saya sokong kepuitusan En Zamri tu… What ever… family come FIRST… duit boleh cari… anak-anak membesar dalam dunis sekarang perlukan 100% commitment… May Allah Bless U alwizzz… aminnn….
Salam bro,
Tahniah diatas Kemerdekaan anda pada bulan kemerdekaan ini… Semoga dapat menyumbang kepada dunia IM sebenar. Masih banyak yang perlu dikongsikan bersama untuk business internet terutama untuk rakyat Malaysia.
Hem, satu cerita yang menarik.
Tahniah kerana anda dapat pencen awal dari saya.
Wah! Bestnya dah dapat berhenti kerja. Saya pun kena usaha lebih sikit untuk sampai ke tahap Zamri Nanyan:)
saya ingin jadikan sdr. zamri sebagai mentor. saya pasti langkah berhenti kerja makan gaji adalah satu keputusan yg amat sukar tetapi demi memenuhi impian.. terpaksalah kena keluar dari zon selesa. tapi pada pendapat saya sdr. zamri memang dah berada di zon selesa walaupun dah berhenti makan gaji.. saya puji sikap sdr. zamri yg low profile walaupun ilmu penuh didada.. bak kata pepatah “ikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi”
syukran saudara zamri kerana menulis artikel yang memberi suntikan semangat lebih-lebih lagi untuk newbie macam saya yang baru nak mengenali dunia internet ni..
Apa yang penting… Disiplin. Walau setinggi mana ilmu, jika tidak ada disiplin. Maka kejayaan itu jauh lagi.
Dan untuk tetap berada menjadi juara itu lebih mencabar berbanding untuk menjadi juara.
IIni merupakan artikel yang boleh membangkitkan diri saya…
ISikap berdisiplin dalam melakukan apa sahaja pekerjaan amat diperlukan bagi mencapai kejayaan…terima kasih kepada saudara zamri kerana sudi berkongsi kisah bersama saya bagi menyedarkan saya betapa pentingnya disiplin…
Salam buat bro Zamri,
Ya betul kata Zamri. Tidak kira anda melakukan perniagaan internet secara sepenuh masa mahupun separuh masa, mindset dan kesungguhan adalah amat penting.
Salam buat Sdr Zamri
Tahniah! kerana Sdr telah membuat keputusan yang terbaik buat diri Sdr. Bukan semua orang mampu berbuat demikian. Keputusan yang sukar kekadang harus diambil untuk kelangsungan hidup seterusnya. Namun saya yakin dan percaya bahawa Sdr akan terus berusaha dengan gigih pada hari-hari yang mendatang dan dengan menzahirkan diri bahawa rezeki adalah di tangan Allah.
Diharapkan dengan “kebebasan” masa yang ada, mudah2an Sdr terus maju dan suksess serta dapat meningkatkan amalan2 yang dituntut oleh agama. Moga2, Sdr beroleh kejayaan di dunia & akhirat.
Salam, En. Zamri. Hope you are doing great there. Keputusan yang sangat berat untuk dilakukan dan hakikatnya, tak semua orang sanggup makan gaji buat selama2nya. Jalan yang En. Zamri pilih adalah jalan terbaik dan ramai dah mula sedar, 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Good Luck, En. Zamri!
Syabas… sdr.Zamri,keputusan yang berani dan semoga ia menjadi teladan bagi saya dan teman seperjuangan yang lain untuk lebih giat menuntut ilmu perniagaan internet.
saya harap dapat bimbingan en zamri kerana kalau boleh sayapun nak ikut jejak langkah en zamri,dah penat keje melayan kerenah orang paling tak tahan
Pada akhir nya kita akan terjerat dengan ‘Dapatkan Itu dan Ini…..’ dengan melanggan blablabla….. Maka kita pendatang baru untuk berkecimpung dalam bisnis internet ini akan teruja dengan kata-kata, janji pasti jika mengikuti langkah-langkah yang para pembisnes utara kan. Pada hal untuk menulis satu-satu eBook penulis perlu melakukan R&D apa yang mereka utarakan. Kebanyakkan… kebanyakkan hadiah , bonos sampingan yang dikatakan percuma itu adalah bahan yang mereka sendiri dapat percuma daripada pembisnes-pembisnes internet lain. Pabila kita melanggan kita cuma muat turun sahaja apa yang mereka katakan ‘bonus percuma’.
Untuk menjadi pembisnes internet ini bukan sekadar mejual eBook dan MLM sahaja. Kita wajip keratif. Melihat sekitar 360 darjah sekeliling kita. Apa keperluan semasa, harian malah jangka panjang orang sekeliling kita mahu pun global.
Penulis-penulis Web mahu pun Blog Malaysia maseh dibelengu untuk mencari keuntungan sendiri. Mereka lupa untuk memberi motivasi percuma. Walaupun percuma tetapi maseh menguntungkan mereka. Bagaimana!!
Saya baca bicara Sdr. Zamri
Tetapi saya lebih terbuka minda untuk mengikuti bicara dan komentar di Joko Susilo.com
Ada kelapangan kunjungi dan bergabung dengan mereka. Sekedar untuk menamba ilmu berBisnes diInternet
Saya tabik spring pada Sdr.
Ini lah satu-satunya keputusan yang sukar dibuat setelah selesa dengan pendapatan tetap.
Saya pasti sdr telah membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil keputusan ini.
Setidak2nya saya yakin sdr akan mampu ‘mencari’ dan ‘menampal balik’ rasa kesal yang selama ini tiada ruang masa bersama keluarga.
Selamat maju jaya.
Wow! Suatu keputusan yang amat berat melepaskan gaji 6 angka setahun tu..ya la kalau masih kerja & perniagaan internet juga berjalan lancar kan dah dapat 2 sumber income tu! Tetapi..rasanya yang paling penting adalah “Kebebasan Masa Bersama Keluarga & Melakukan Apa Sahaja Yang Disukai”. Sekarang dah tentu perasaan bro Zamri lebih bebas & gembira dapat meluangkan banyak masaa bersama famili..baik anak isteri mahupun bersama orang tua yang tersayang! Syabas bro..artikel yang sungguh menginspirasikan saya
sTahniah diatas tindakan berani saudara Zamri dan saya
doakan saudara berjaya. Insyyalah mana tau satu hari nanti
saya bakal mengikut jejak saudara dalam bisnis ini.
Salam, saya dah lama ada laptop & internet celcom broadband, tapi tak tahu nak manfaatkan untuk meraih pendapatan melalui internet. Pada mulanya saya berharap boleh dapat duit dari internet RM100 sebulan pun dah ok sekurang2nya boleh setel bil internet RM68 sebulan & bakinya boleh setel bil elektrik, tapi RM10 pun susah nak dapat. Saya betul2 nak jadi anak murid abang Zamri…
Salam,
Sungguh ngejutkan..walaupun 6 angka stahun tapi pilih utk retire awal.Tapi utk long term…memang berbaloi…teruskan perjuangan.Satu artikel yg menggambarkan apa yg di ingini oleh semua orang..include me..offcourse.
Salam…
Saya amat kagum dengan En Zamri yang sanggup berhenti kerja. Tetapi boleh berjaya juga.
Saya pun nak berhenti kerja, tetapi apa yang perlu saya lakukan sebelum berhenti? Tolong berikan saya pendapat yang membolehkan saya dapat melakukannya dengan baik selepas saya berhenti kelak. tq
Artikal saudara Zamri akan saya jadikan motivasi untuk
saya lebih bersemangat menjalankan perniagaan internet.Kalau saudara sanggup berhenti kerja makan gaji walaupun pendapatan 6 angka setahun itu merupakan satu tindakan sangat berani,so kenalah berkorban untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik.
Salam,En Zamri..Satu keputusan yang sukar di buat dan jarang dilakukan tapi anda sanggup menanggung risiko tersebut. Saat melaluinya amatlah sukar sebelum mencapai kejayaaan kerana kebanyakan orang gagal dalam menempuh ranjau duri di peringkat awal…Saya juga ingin mendapat tips daripada anda untuk di kongsi bersama..Doa saya semuga anda sukses bersama famili.
salam…
tindakan sudara Zamri memang berani. Saya juga akan berbuat demikian sedikit masa lagi. sekarng ni pun dah tak sabar-sabar nak hantar surat resign. Yakin, Vision dan komitmen adalah resepi untuk mencapai kebebasan. tahniah! sekarang saudara Zamri sudah bebar-benar mengenggam kebebasan masa, harta dan minda.
Semoga terus berjaya Dunia Dan Akhirat…