Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan
3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.
Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.
Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.
Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.
Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.
Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.
Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.
Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja – iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)
Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Tak tahulah apa jawapan anda.
Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.
Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.
Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.
Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.
Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.
Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.info untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/zamrinanyan
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “TheFourWeekstoFreedom” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Lepas ni Bro Zamri makin busy dengan projek-projek yang tertangguh selama ni dan lebih kerap update blog ni hehe, yang penting dapat melihat anak-anak membesar di depan mata, x perlu dah hantar ke nursery kan,jimat ni..
Salam saudara Zamri..
Pertama sekali, saya ucapkan syabas kerana saudara kini menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan internet.
Saya doakan agar saudara sentiasa dimurahkan rezeki.
(P/S: The Four Week To Freedom memang terbaik)
Persediaan,keberanian dan disiplin berserta keyakinan yang tinggi merupakan tunggak menuju kearah kejayaan.
Salam Kejayaan disamping kebebasan yang diidamkan oleh setiap insan tanpa kongkongan daripada sesiapa.
Kejayaan didunia dan akhirat.
Salam saudara Nizam
Syabas kerana nekad & berjaya…tapi sayang tak sempat nak beli The Four Week To Freedom ….ade lagi ke?????
Tahniah….selamat maju jaya
Satu pengorbanan yang besar untuk suatu impian yang murni
salam,
takpe bro…income 6 angka setahun boleh dilepaskan
..mana tahu,
bila buat bisnes sendiri boleh dapat rm6 angka sebulan…sehari ke…
ni tgh pening nak cari peluang macam tu.
salam saudara Zamri.
artikel saudara memang cukup bagus.bila bisnes internet
dah stabil pendptannya baru resign adalah satu cara yang tepat.
apapun saya setuju dengan komen dari Wardi Islah.bagi yg
baru nak berjinak dgn internet mcm sy ni,rasa cam susah
nak yakinkan diri,lebih2 lagi nak melabur walaupun pelbrnnya
tak byk mana.apalagi sebagai ibu tunggal yang tak mempunyai
keje tetap,byk perkara perlu difkrkan sebelum membuat satu2
keputusan.
bagi yang berkemampuan teruskan usaha bisnes internet anda
dan buat saudara Zamri semoga terus sukses dalam bisnes saudara.
bagi saya pula buat masa ini biarlah sekadar menjadi
pembaca artikel2 yg diberi semoga dapat dijadikan panduan
dalam membina keyakinan pada diri dan keluarga.
Salam Zamri,
Satu sharing yang begitu menarik. Teruja mendengarnya. Tak sangka ye…ingatkan Zamri dah lama buat “Full Time” perniagaan internet ini, rupa2nya baru aje “Full Time”. Tahniah sekali lagi.
Mungkin cerita ini sedikit sebanyak memberi inspirasi dan dorongan dalam diri saya. Banyak keputusan yang saya buat sebelum ini tidak menjadi. Cara Zamri buat keputusan berhenti kerja ini patut semua orang mencotohi. Dulu saya pernah buat keputusan berhenti kerja tetapi malangnya at the end kena balik masuk balik ke “penjara kerja.” Mungkin terlalu ikutkan hati…..sape yg tak nak kerja sendiri. Maklum le boleh dapat full control and freedom. Tapi jangan makan diri macam saya dulu sudah lee…..
So anyway tahniah Zamri kerana you sudah get your FREEDOM. Jumpa you dekat seminar 4 weeks 2 freedom nanti. Semoga saya juga ONE DAY get my freedom too.
syabas kpd zamri. satu tindakan yg berani yg tidak boleh d tarik balik. Saya nak tanya apa jwpan dgn soalan “apa boss u ckp masa u nak resign” (dlm facebook)
Salam bro Zamri,
Saya memang pada awalnya tak tahu yang bro Zamri masih bekerja makan gaji selama nie.Bila T4WTF keluar,saya terperanjat jugak..eh mamat nie rupanya masih makan gaji.Tapi,dari hasil kerja dan penampilan produk dah macam fulltime punya IM.Anyway,bagi saya,bro Zamri memang dah sediakan kusyen yang selesa sebelum dia berhenti kerja.
Kita tunggulah apa lagi produk beliau selepas ini..mungkin ada sambungan (sequel)dari T4WTF..siapa tahu…T4WTF part2..
Mesti lagi hebat pasal bro Zamri sekarang dah buat full time IM.Mungkin akan feat.another IM yang lain? atau sekali lagi “you chan do it”
All the best.
Salam Sdr Zamri,
Tahniah dan syabas kerana telah mengambil tindakan dan keputusan yang tepat yang di idamakan kebanyakan netprenur.
Saudara Zamri telah berjaya memartabatkan internet sebagai satu jenis perniagaan yang boleh mendatangkan hasil dan output yang sungguh lumayan.
Bravo Bro…Selamat Maju Jaya dan menambah lagi bilangan Jutawan Internet Melayu yang berjaya.
Keep it up bro.. show em u can do it… Dont give up..
Salam saudara zamri.
Syabas dan tahniah,saudara telah mengambil keputusan yang bijak,tegas dan berani demi sebuah kehidupan dan cita-cita masa hadapan.Saya pun mempunyai impian dan cita-cita seperti tuan juga.Tapi masanya belum tiba lagi.
Salam sukses.Semuga terus berjaya.
tahniah kerana telah mengambil langkah berani dan telah membawa banyak orang melayu smakin berjaya di dalam bidang perniagan IT. artikel zamri kali ni beri saya inspirasi utk kekal di dalam perniagaan internet. terima kasih.
salam
ingatkan saudara zamri kerja di Kuala Lumpur, di Penang rupanya.
thanks kerana memberi sumber inspirasi dalam perniagaan internet.
Tahniah buat saudara Zamri kerana berani berani melepaskan pendapatan 6 angka yang lumayan itu demi untuk satu impian yang murni yang belum tentu orang lain sanggup lakukan.Bagi saya yang baru mahu menceburi bisness internet dan masih lagi tercari-cari formula yang terbaik dan saya berharap pada saudara Zamri dapat tunjuk ajar pada saya dengan panduan dalam membina keyakinan pada diri yang konsistan, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan mendoakan saudara berjaya dalam bisniss yang saudara buat . ammmin
Salam alaikum…. Apabila mentor sudah berada di depan mata, ilmu telah ditadah dan diteliti, akhirnya.. kita perlu bertindak kawan2.. Ilmu dan tindakan… dua perkara amat penting = kejayaan… Bersama menuju puncak.. !!
Saya tabik hormat!!!! Sebenarnya saya cemburu dengan keputusan nekad anda!!! Ruang untuk perubahan daripada rasa terkongkong kepada kebebasan dan kepuasan terbuka luas bagi sesiapa yang mahu. Cuma, ramai yang takut dan tak bersedia ke arah itu!! Sekali lagi, tahniah!! kerana telah membuka minda ramai orang. Saya juga nak ikut jejak langkah anda….IA.
Coretan saudara Zamri sedikit sebanyak memberikan inspirasi dan menyuntik semangat kepada saya .Sebenarnya walau apa bidang pun jika kita ingin berjaya adalah memerlukan komitmen, disiplin dan sentiasa komited dengan apa yang kita lakukan.Saudara merupakan antara orang-orang yang berjaya di dalam hidup kerana mempunyai sikap sedemikian. Jadi tak heranlah mengapa saudara boleh berjaya dengan cemerlang di dalam dunia internet ini.Terima kasih kerana saudara sudi berkongsi cerita dengan kami yang setia mengikuti berita terbaru dari saudara…
Syabas saudara Zamri. Satu tindakan yang berani untuk mencuba dalam perniagaan internet sepenuh masa. Saya doakan saudara akan mencapai apa yang dihajati. Semoga saudara sekeluarga hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Cuma satu saja ingatan dari saya… jangan lupa sembahyang dan mengeluarkan zakat (selalunya orang akan lupa 2 pekara penting ini).
salam,
apa barang yang dijual? lumayan tuh..
tq
…salam
satu tindakan yang terpuji dan mulia, demi untuk masa depan Zamri dan keluarga
Kalau betul anda nak tolong kami yang masih terkais-kais untuk dapatkan pendapatan dari online, janganlah kenakan bayaran yang tinggi untuk pendapatan anda pula. Tolonglah !!!!!
[komen dari Zamri Nanyan]
Hmm… kalau anda nak tahu, blog ni pun dah banyak rahsia, ilmu dan tip yang saya berikan percuma dan tidak caj anda satu sen pun. Adakah ini bermaksud saya masih tidak menolong anda?
Tentang bayaran pulak, saya jual berdasarkan kualiti produk, pengalaman, keunikan dan juga “kredibiliti” saya. Tiada paksaan jika anda tidak membeli produk saya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Teruskan usaha anda dan anda memang hebat, tapi ingat kita hanya berusaha ALLAH jua yang menentukan. Amin.
Terima kasih semua di atas semua ucapan dan komen anda.
Saya harapkan kita sama-sama berjaya di dalam bidang perniagaan internet ini.
Zamri Nanyan
Salam Bro Zamri,
Tahniah kerana berjaya menjadi usahawan internet.Bukan senang untuk berjaya.Kena banyak kekuatan dalam diri lebih-lebih lagi segala-galanya kita lakukan sendiri.Saya doakan semoga Bro Zamri lebih berjaya dan sentiasa mendapat keberkatan Allah.Amin.
Salam bro Zam
Hanya orang yang berani sahaja layak menjadi usahawan.Adakalanya kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu apapun yang penting semuanya berpandukan Ilmu dan tindakan barulah akan mendapat keputusan yang hebat.Tak gitu bro
Suatu tindakan yang amat mengejutkan kerana sanggup meninggalkan pendapatan 6 angka semata-mata untuk keluarga suatu yang besar pengorbanan itu, semoga abang senantiasa bahagia dalam membesarkan anak-anak.
saya ni budak baru belajar. masih tercari2 mana satu yang betul. banyak dah e book yang saya beli tapi saya tak dapat menggunakannya. tiada satupun menerangkan dengan sebenar2nya cara yang terperinci. kadang2 dah rasa mual nak baca email yang masuk. yang zamri buat ni blm pasti lagi. tapi kalau dibaca dari komen yang hantar. sangat menarik. entahlah tak tahu dimana silapnya. kalau boleh ingin juga berkenalan dengan saudara zamri ni. sarawak.
Terimakasih kerana dapat kongsi pengalaman.Saya berminat juga utk menceburi bisness internet tetapi ia bukan mudah spt diucapkan sebab kejayaan juga perlu ilmu jika tiada ilmu yang mencukupi rasanya bisness internet amat sukar dipratikan.Terima kasih,,,
salam.
saya ni kagum dgn anada. tetapi sy tak mahir dlm bidang internet! igin sgt nak cuba tp tak pandai. tahniah dan tak pasti bila sy boleh mula.
wslm.
Sama2 kita terokai dunia biz maya ini… segala tunjuk ajar amat diperlukan.
disiplin @ attitude merupakan alat yang paling ampuh. Tahniah kepada zamri kerana membuktikannya. Semoga lebih berjaya… Nak perniagaan yang lebih menguntungkan, carilah dalam Quran iaitu perniagaan yang Allah katakan, perniagaan yang menguntungkan.
terima kasih atas perkongsian ilmu… semoga terus diberkati Allah
Amin
Assalamualaikum sdr zamri.
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah. Keputusan untuk resign bukanlah mudah untuk dibuat dan mengambil masa. Untuk berjaya seperti kata sdr zamri kita semua memang memang memamg perlukan DISIPLIN, KOMITMEN, KOMITED, dan MINDSET yang berterusan. Untuk sampai ke tahap seperti sdr zamri memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga, dan wang ringgit tetapi yang paling penting ILMU yang sebenar kita perolehi. Dengan ILMU yang kita perolehi diganding bersama DISIPLIN, KOMITMEN, KOMITED, dan MINDSET yang berterusan tidak mustahil dan InsyaAllah, untuk berjaya seperti sdr zamri pasti tercapai.
Salam sdr zamri
Mudah-mudahan usha anda memberi motivasi kepada kami semua berjaya dengan izin Allah. Saya menceburi perniagaan baja dan bunga hampir 10 tahun. Peritnya tak terkata . Komitment yang tinggi sangat digalakkan. Dan saya sendiri menjadikan anda sifu saya. Sebagai mana ada memberi komitment .. begitulah yang akan saya jalani , semuga kita semua berjaya.
Shabas.
Congrat Zamri…at last. Since we started this journey sama-sama 7-8 tahun lepas.Hang berjaya membangunkan biz online hang to this level.At least aku boleh claim I know a famous internet biz personality in Malaysia, sama mcm masa hang publish buku dulu jugak.Selepas delay 1 tahun dari kita punya plan tahun lepas, this year hang resign jugak.
But to the others…saya kenal Zamri personally dan saya tahu dia punya penat lelah, dan cabaran yg dihadapi. Berapa banyak projek yg gagal..tapi few yg berjaya are what counted and yg anda lihat. Apa yg saya boleh kata…yg penting ialah persistent dan commitment…which I wish I have.
Since aku dah jarang nampak hang online…so kalau datang Kulim call aku…boleh jumpa cerita projek yg lain tu. Doakan aku pun dapat resign from aku punya 9 to 5 job dalam tahun ni atau tahun depan ke.Tips to the rest kalau nak let go 6 figure job…kena cari sumber income lain yg 6 figure atau lebih (7 or 8 figure) dulu.Baru tak rasa was-was
.
Wassalam.
Saudara Zamri,
Tahniah! Inilah kualiti kendiri ‘pembisnes internet’ yang mantap. Berani, nekad tetapi ikhlas dan jujur serta mempunyai ‘long term vision’ mengenai dimensi masa depan.
Tahniah sekali lagi.
Somoon Gomp
Saya rasa saudara Zamri tak perlu berhenti kerja untuk berjaya dalam perniagaan internet kerana sememangnya saudara Zamri pun boleh dikatakan sudah ditahap berjaya dalam bidang ini.Seperti kata Patric Chan,tak perlu berhenti kerja utk berjaya dalam bidang ini kecuali lah saudara lebih berminat dalam bidang ini berbanding bidang kejuruteraan.Mungkin kepuasaan dan kebebasan bekerja yg saudara cari.Tapi walau apa pun,keputusan sudah dibuat,maka jangan lagi menoleh kebelakang.Saya doakan kejayaaan saudara dan harap ilmu yg saudara ada dapat dimanafaatkan bersama utk bangsa dan agama.insyaallah.
Assalammualaikum,
Mengambil keputusan berhenti kerja adalah satu perkara yang susah bagi sesetengah orang. Biasanya kalau keputusan telah dibuat oleh seseorang itu, ianya adalah yang terbaik kerana itulah yang dirasakan sesuai dan mampu dibuat dan ditanggungnya. Harapan saya anda berjaya lebih dari apa yang anda kecapi sewaktu bekerja dulu.Insya’allah.:-)
salam,
alhamdulillah, artikel yang sangat menarik. memang semua orang ingin mencari kebebasan,terutamnya kebebasan kewangan.
saya juga tidak ketinggalan, saya akan jadikan en zamri sebagai mentor untuk terus berusaha mencapai cita-cita sebagai usahawan berjaya.
Salam
Kebebasan kewangan adalah sesuatu yang kita ingin kan
Tapi tak kan datang tanpa usaha yang gigih dan konsisten
Semoga saudara terus maju
salam,
alhamdulillah, artikel yang sangat menarik. memang semua orang ingin mencari kebebasan,terutamnya kebebasan kewangan.
saya juga tidak ketinggalan, saya akan jadikan en zamri sebagai mentor untuk terus berusaha mencapai cita-cita sebagai usahawan berjaya.Dalam internet ni
Saya percaya tanpa usaha yang gigih sesuatu itu tidak akan berjaya dicapai dengan jayanya. begitu juga perniagaan di internet.
Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Itu selalu sahaja disebut oleh ramai orang dan memang realiti begitu.
Ya, saya hadapi semua itu di dalam perniagaan internet. Saya pun tyerbabiot dengan perniagaan sama seperti Zamri tetapi sayang sehingga hari ini saya masih gagal untuk memperolehi apa-apa pendaptan. Tapi saya tidak putus asa walupun saya terpaksa berbelanja tidak kurang RM35 untuk program GDI ini.
Yang saya berjaya sikit ialah jual produk fizikal dalam lelong.com.my
Program affiliate pun saya juga sertai tetapi belum memperolehi hasilnya sehingga hari ini.
http://www.seramaesty.lelong.com.my
http://www.suhaimitaib.ws/
Saudara Zamri,
Mudah-mudahan usha anda memberi motivasi kepada saya akan berjaya dengan izin ALLAH,semuga dgn tahun baru ini akan menambahkan lebih rezeki untuk kita bersama…..dan saya berharap akan menjejaki langkah anda pada tahun ini….Insya’allah.:-)
Selamat Tahun Baru Sifu Zamri.
Terima kasih di atas tunjuk ajar dan pelbagai tip berkaitan online business secara langsung maupun tidak langsung kepada saya. Banyak maklumat yang telah saya perolehi dan saya semakin yakin dalam mengendalikannya.
Semoga Tahun 2010 semakiun ramai jutawan dan bakal jutawan internet Melayu akan muncul
Sebenarnya inilah yang dituntut dalam kehidupan iaitu menjadi ‘Multi Tasking Person’. Disiang hari berkerja dengan majikan (yang makan gaji), di malam hari dengan perniagaan internet.
Dan pastinya apa yang sedang dilakukan perlu dengan sepenuh hati dan inilah juga yang dinamakan fulltime.
Syabas tuan Zamri!
Salam..Aduhhh, kalau aku ada gaji 6 angka setahun, mungkin aku takkan berhenti tapi meneruskan juga bisnes internet aku sekarang ni..Tapi sebab gaji aku kecik, tu yang meluap2 nak berhenti dan jadikan perniagaan internet sepenuh masa dan juga bermain forex
Akhirnya sdr zamri telah membongkarkan rahsianya.Saya tidak terkejut dgn pengakuan ikhlas sdr zamri ; ramai newbiz “berangan -angan” hendak menjadi “jutawan” tanpa mengetahui hakikat sebenarnya.
seorang pekerja bangsa cina menghabiskan masa 3 – 4 tahun di bengkel motorsikal dan mempelajari seluk beluk perniagaan berkenaan disamping mempertingkatkan kemahiran.
Graduan bumiputra hanya mencari peluang pekerjaan setelah tamat pengajian; pelajar cina telah mengumpulkan pelbagai maklumat serta memperbaiki mana mana kelemahan diri sepanjang berada di kampus; bayangkan jika sesuatu kursus memkan masa 3 – 4tahun, maka mereka telah memperolehi maklumat secukupnya untuk menerokai bidang pekerjaan setelah tamat pengajian kelak ;graduan bumiputra terkial kial, malah ada sebahagian baru hendak mendalami ilmu asas spt keterampilan diri, kemahiran komunikasi dsb…
Semoga Berjaya Bro zamri!!!!