Gambar dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
Saya sudah balik ke Penang sekarang selepas menghabiskan hujung minggu di Kuala Lumpur.
Seperti yang saya paparkan di blog ini, saya datang ke Kuala Lumpur pada hari Ahad untuk mempromosikan buku The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success di samping bertemu dengan pembaca blog dan pelanggan ezine Bisnes Digital.
Saya tak sangka terdapat ramai orang yang telahpun mengunjungi “booth” Millionaires Planet pada hari sebelumnya untuk berjumpa dengan saya - menurut apa yang disampaikan oleh krew Millionaires Planet. Malangnya, saya cuma dapat hadir pada hari Ahad… dan begitu juga pada hari Ahad tersebut kerana ada yang datang sebelum dan selepas saya berada di booth tersebut.
Jadi, kepada sesiapa yang tak sempat saya jumpa… saya minta maaf dan mungkin kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.
Di bawah ini juga saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil Lynda (isteri saya la tu) tapi disebabkan kualiti gambar yang kurang memuaskan, saya cuma dapat paparkan empat sahaja.
Jom kita tengok gambar siapa ada di bawah…

mendengar soalan dari pengunjung

berbual dengan Deen (simplytranslate.net)
- saya sempat berikan Deen peluang untuk JV dengan penterjemah lain.

bersama Sham (penulisebook.com)
- Sham sekarang dah tahu projek buku saya yang seterusnya

Anak saya, Syafiqah dan Aiman bersama kartun lebah (atau semut? saya pun tak pasti)
Saya juga ada ternampak Irfan Khairi pada hari tersebut tetapi tak sempat untuk bertemu dengan beliau kerana sesi saya dan beliau adalah pada masa yang sama (pukul 3:00pm). Mungkin takde rezeki. Walaubagaimanapun, saya mungkin akan jadikan Pesta Buku sebagai satu aktiviti lawatan keluarga. Jadi… kalau nak jumpa saya pada Pesta Buku lagi, kena la tunggu tahun depan.
Oh ya… mungkin ada di antara anda yang datang untuk membeli buku The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success (harganya USD$39.95 kalau dibeli di Amazon.com) dan mendapatkan CD percuma, tetapi tak dapat berbuat demikian kerana tidak bertemu dengan saya.
Oleh itu, saya buka peluang ini untuk sesiapa yang ingin membuat pesanan buku ini untuk terus beli dari saya dengan harga harga RM35 (termasuk harga shipping) dan saya akan pos kepada anda buku yang ditandatangani oleh saya dan juga sekeping CD “12 Pillars Of Success”. Buat mereka yang telah membaca buku The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success, mereka akan tahu yang buku ini memang amat sesuai digunakan untuk promosi produk affiliate juga (bukannya MLM sahaja).
Jadi jangan lepaskan peluang ini…
Tawaran ini sah sehingga hujung minggu ini sahaja dan anda perlu hubungi saya di http://www.zamrinanyan.com/success/contact untuk cara pembayaran.
Akhir sekali… terima kasih kepada yang sudi mengunjungi Pesta Buku dan bertemu saya.
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Bro Zamri, link contact tu broken la.
Pastu mmg tak ingat langsung ada pesta buku, yg tau ada PC Fair tapi mmg tak pegi pun.
-
[Komen dari Zamri Nanyan]
Terima kasih sebab beritahu broken link… dah dibetulkan.
Alhamdulillah, Pesta Buku ini berjalan dengan meriah, saya doakan Tuan dan rakan-rakan penulis lain menyemarakkan dunia ilmu ini sehingga Malaysia dikenali sebagai negara cinta ilmu. Tahniah!
Saya juga ingin kongsikan kepada Tuan Zamri (Oh nama kita sama) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di www.motivasimindamu.blogspot.com
Salam hormat!
[Komen dari Zamri Nanyan]
Tahniah kepada anda juga yang berjaya menerbitkan buku terbaru.
Lepas ni boleh belajar macam mana nak buka nasi kandar kot… he he…
thanks en.zamri, tapi sayang sekali saya tak dapat ke pesta buku tu, sebab jauh sangat….. saya di terengganu.
terima kasih sekali lagi.
Terma kasih krn masih sempat hidangkan gambar untuk kami yg tak dapat pergi ke pesta buku tersebut, Semoga tuan terus membimbing anak bangsa mencapai kejayaan seperti tuan dan moga segala usaha tuan diberkati ALLAH.
rugi rasanya x dpt berkenalan secara dekat dgn en. zamri … apakan daya walaupun sgt dekat namun hujung minggu ni mmg payah nak ikut aktiviti sendiri, kena dulukan famili …bak kata orang ‘family first’ …
assalamualaikum…
saya ke pesta buku ari tu..tapi tak bleh jumpa en.zamri..saya pi jam 5.00..takpelah tahun depan jumpa lagi
Sayang sekali, saya ada pergi Pesta Buku pada masa saudara berada di sana, maybe tak sempat jupe sbb tak tau kat mana booth True Wealth. pepun, hari ahad, saya pergi lagi ngan ank sdra saya, barulah sya jupe dan sudah beli buku saudara. tq
Assalammualaikum,
Nampak gaya banyak yang terlepas tahun ni.Pesta Buku, “PC Fair”.Dgn adanya blog sdr/ sdri semua , sedikit sebanyak dapat juga maklumat.
Mungkin patut “Internet Marketeer” di Malaysia berkumpul untuk satu-dua hari (hujung minggu le ) mengadakan Pameran sebegini.Saya pun boleh “join venture ” buka gerai dgn “blogger part time lain” .Satu kerusi pun jadi lah !
Salam, x dapat pegi Pesta Buku tu la. Ada hal lain, kalau tak mesti dapat jumpa En Zamri, En Sham kat sana. ![]()
terima kasih kerana gambar serta laporan ringkas pesta buku tu..memang hebat walaupun saya tak berpeluang ke sana ( jauh, kuching sarawak) tawaran mengenai buku tu memang berbaloi kerana kemudahan bagi yang tak sempat pergi..tq zamri..U R The Best!!
ingin sekali pergi tetapi jauh. harap boleh jumpa di pesta buku penang (kalau ada) sbb. saya pun orang penang juga.
salam en. zamri
sy pegi kl bookfair hari tu (dr johor) dr pukul 12 hingga 4:30ptg. tp x dpt jumpa en. zamri dan juga IM yg lain terutamanya Dr. irfan khairi. orang ramai sgt..sy pening kepala..
btw, tahniah kpd en. zamri
en zamri,saya dapat banyak emel dari en zamri,malangnya saya ni jenis taktahu.saya nak duit sebagaimana en zamri wawarkan.saya ni sekolah rendah.kalau en zamri tolong buatkan sebagaimana en zamri katakan.saya ni oku.teringin sangat macam orang yang banyak duit.anak ramai kecil kecil pula.jasa baik en zamri akan saya ingat dan ucapkan jutaan terima kasih.
Kalau saya pergipun memang xdpat jumpa en.zamri sbb masa xngam tapi dah dpt tgok wajah en.zamri kat sinipun kira ok gak.saya ni masih byk yg kelam pasal ni. Kat kedai ada tak jual buku tu? Popular ke..







hebat btl IM kan…
pakai simple je…hehe