Gambar dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Saya sudah balik ke Penang sekarang selepas menghabiskan hujung minggu di Kuala Lumpur.

Seperti yang saya paparkan di blog ini, saya datang ke Kuala Lumpur pada hari Ahad untuk mempromosikan buku The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success di samping bertemu dengan pembaca blog dan pelanggan ezine Bisnes Digital.

Saya tak sangka terdapat ramai orang yang telahpun mengunjungi “booth” Millionaires Planet pada hari sebelumnya untuk berjumpa dengan saya – menurut apa yang disampaikan oleh krew Millionaires Planet. Malangnya, saya cuma dapat hadir pada hari Ahad… dan begitu juga pada hari Ahad tersebut kerana ada yang datang sebelum dan selepas saya berada di booth tersebut.

Jadi, kepada sesiapa yang tak sempat saya jumpa… saya minta maaf dan mungkin kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

Di bawah ini juga saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil Lynda (isteri saya la tu) tapi disebabkan kualiti gambar yang kurang memuaskan, saya cuma dapat paparkan empat sahaja.

Jom kita tengok gambar siapa ada di bawah…

KL International Bookfair 2008

mendengar soalan dari pengunjung

KL International Bookfair 2008

berbual dengan Deen (simplytranslate.net)
- saya sempat berikan Deen peluang untuk JV dengan penterjemah lain.

KL International Bookfair 2008

bersama Sham (penulisebook.com)
- Sham sekarang dah tahu projek buku saya yang seterusnya

KL International Bookfair 2008

Anak saya, Syafiqah dan Aiman bersama kartun lebah (atau semut? saya pun tak pasti) :)

Saya juga ada ternampak Irfan Khairi pada hari tersebut tetapi tak sempat untuk bertemu dengan beliau kerana sesi saya dan beliau adalah pada masa yang sama (pukul 3:00pm). Mungkin takde rezeki. Walaubagaimanapun, saya mungkin akan jadikan Pesta Buku sebagai satu aktiviti lawatan keluarga. Jadi… kalau nak jumpa saya pada Pesta Buku lagi, kena la tunggu tahun depan. :)

Oh ya… mungkin ada di antara anda yang datang untuk membeli buku The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success (harganya USD$39.95 kalau dibeli di Amazon.com) dan mendapatkan CD percuma, tetapi tak dapat berbuat demikian kerana tidak bertemu dengan saya.

Oleh itu, saya buka peluang ini untuk sesiapa yang ingin membuat pesanan buku ini untuk terus beli dari saya dengan harga harga RM35 (termasuk harga shipping) dan saya akan pos kepada anda buku yang ditandatangani oleh saya dan juga sekeping CD “12 Pillars Of Success”. Buat mereka yang telah membaca buku The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success, mereka akan tahu yang buku ini memang amat sesuai digunakan untuk promosi produk affiliate juga (bukannya MLM sahaja).

Jadi jangan lepaskan peluang ini…

Tawaran ini sah sehingga hujung minggu ini sahaja dan anda perlu hubungi saya di http://www.zamrinanyan.com/success/contact untuk cara pembayaran.

Akhir sekali… terima kasih kepada yang sudi mengunjungi Pesta Buku dan bertemu saya.

Online MLM, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

25 Responses to “Gambar dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008”

Leave Comment

(required)

(required)