Idea Menambah Hayat Produk Digital Anda

Idea Menambah Hayat Produk Digital Anda
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com

Mencipta produk digital adalah sesuatu yang amat saya sukai. Ianya memberi kepuasan selepas produk tersebut terbit dan berjaya dipasarkan, kemudian informasi daripada produk yang dihasilkan tersebut digunapakai oleh pembeli sehingga menempa kejayaan.

Seperti yang dibincangkan di dalam Pakar Produk Digital, walaubagaimanapun, menulis ebook (yang juga merupakan satu format produk digital) sehingga panjangnya 100 ke 200 mukasurat untuk dijual bukanlah merupakan kegemaran saya. Ianya mengambil masa yang lama dan jika hilang fokus, ebook yang bakal saya siapkan tidak akan menemui jalan penghujungnya.

Itulah sebabnya anda tidak pernah melihat saya keluarkan sebuah ebook pun, dan jika pernah pun ianya cuma merupakan sebuah ebook pendek (atau lebih tepat lagi sebuah produk yang diberi nama e-report) atau saya menggunakan kaedah yang lain untuk menghasilkan ebook tersebut. Untuk menulisnya sehingga 100 ke 200 mukasurat bukanlah pilihan saya dan ianya juga tidak pernah saya lakukan.

Inilah pendedahan saya terhadap produk yang saya hasilkan setakat ini. Tetapi, anda boleh lihat sendiri yang produk digital saya mampu menghasilkan jualan sehingga 6 angka dalam masa sebulan, cepat dihasilkan, mempunyai kualiti yang tinggi dan semestinya dijual pada harga yang lebih mahal (rujuk kepada www.PakarProdukDigital.com).

Menarik, bukan? Tak perlu cipta ebook tapi masih menjana pendapatan yang lumayan.

Inilah kehebatan mencipta produk digital seperti yang saya dan seorang lagi jutawan internet tempatan ajar di dalam Pakar Produk Digital. Anda boleh dapatkan ilmu ini di www.PakarProdukDigital.com untuk membongkar rahsia kami berdua mencipta produk digital sebegini.

Program Pakar Produk Digital ini akan berikan idea yang segar untuk anda sendiri praktikkan. Saya pasti anda dapat hasilkan produk digital anda yang dapat dijual di pasaran berpandukan ilmu yang anda pelajari terus daripada Pakar Produk Digital. Ini lebih penting kerana tanpa amal, ilmu Pakar Produk Digital adalah sia-sia.

Tetapi, untuk hari ini, saya tidak akan berbincang dengan panjang lebar tentang penciptaan produk digital. Program Pakar Produk Digital sendiri dapat tunjukkan kepada anda selepas anda laburkan sedikit wang anda untuk ilmu berharga ini.

Untuk kali ini, mari kita bincangkan bagaimana untuk menambah hayat produk digital anda.

Produk digital, seperti produk fizikal yang lain juga, mempunyai tempoh hayatnya sendiri. Kadang-kadang, anda dapat hasilkan produk digital yang “ever-green” dan sentiasa dibeli oleh orang ramai pada setiap ketika. Kadang-kadang, produk anda akan perlahan-lahan menjadi produk yang “hidup segan, mati tak mahu”.

Pada ketika ini, anda perlu lakukan sesuatu untuk terus menjana pendapatan daripada produk anda tersebut. Maklumlah, anda sudah hasilkan produk yang bagus. Cuma, tempoh hayatnya sahaja yang cepat tamat. Dalam kes ini, saya ada tiga idea untuk dikongsikan bersama untuk anda menambah lagi hayat produk digital anda tersebut supaya anda terus menjana pendapatan daripadanya.

1. Tukarkan format produk digital anda. Sebagai contoh, mari kita ambil produk audio. Daripada produk audio, jadikannya sebuah produk video yang baru. Daripada produk audio, jadikannya sebuah “kursus belajar dari rumah” (home-study course). Daripada produk audio, jadikannya bahan untuk laman keahlian anda.

2. Pakejkan produk anda yang lama ini dengan beberapa lagi produk yang lain (baru atau lama) dan jadikannya sebuah produk yang berasingan. Pakej “bundle” sebegini juga membantu anda menjual bukan satu, tetapi beberapa produk digital anda yang akan tamat tempoh hayatnya. Anda boleh jualnya secara bermusim, pada satu-satu ketika sahaja atau pun kekalkannya untuk satu jangkamasa yang panjang.

3. Jadikan produk anda ini sebagai pakej tawaran istimewa selepas pelanggan membeli produk terbaru anda. Sebagai contoh, sebelum produk terbaru anda dibeli oleh pelanggan, tawarkan produk lama anda pada harga diskaun yang hebat. Disebabkan harga diskaun ini, pelanggan akan membeli kedua-dua produk baru dan lama anda. Proses ini juga dinamakan “upsell” atau “upgrade” atau tambah nilai. Dengan kaedah ini, anda sebenarnya juga telah meningkatkan keuntungan anda tanpa perlu menaikkan harga produk terbaru anda atau mencipta produk terbaru tambahan untuk ditawarkan kepada pelanggan anda.

Untuk pengetahuan anda, ini cuma 3 daripada pelbagai lagi idea untuk anda praktikkan. Lakukan 3 cara ini sahaja pun sudah cukup untuk anda melipat-kali gandakan keuntungan daripada produk anda yang “hidup segan, mati tak mahu” ini.

Jadi, anda boleh lihat di sini bahawa tidak semestinya produk digital anda yang sudah bertahun-tahun lamanya susah dijual ini tidak dapat dijual langsung kepada pelanggan anda.

Dengan beberapa teknik jualan dan pemasaran yang kreatif dan mudah, anda mampu menambah hayat produk digital lama anda kepada beberapa bulan atau tahun lagi. Oleh itu, anda jangan rasa bahawa produk digital anda tidak dapat kekal lama. Ianya boleh kekal lama di dalam pasaran bergantung kepada cara anda menambah hayatnya sendiri.

Tapi, sebelum itu, sudahkah anda tahu bagaimana mencipta produk digital? Ini juga penting kerana ramai lagi yang masih tercari-cari cara mencipta produk digital yang laris dan tanpa menghasilkan ebook yang panjangnya 200-300 mukasurat.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.BisnesDigital.com untuk mempelajari strategi pemasaran internet yang berkesan. Untuk mecipta produk digital cara jutawan, sila lawati http://www.PakarProdukDigital.com

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, percuma, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

3 Responses to “Idea Menambah Hayat Produk Digital Anda”

Leave Comment

(required)

(required)