“Info Millions” Pada Harga Paling Rendah!
Salah satu cara untuk menjana pendapatan yang lumayan di Internet ialah dengan menjual produk informasi yang mahal.
Jika anda tidak perasan, kebanyakan usahawan internet luar negara yang sering dipanggil “guru” ada mempunyai produk mereka sendiri yang berharga ratusan atau ribuan dollar. Paling tidak, mereka akan mempromosikan produk yang memang harganya mahal (dan semestinya produk pun kena yang berkualiti).
Sebelum ini memang saya sangka jika produk yang mahal dijual, mungkin tiada yang akan membelinya.
Sangkaan saya salah…
Dengan menggunakan kaedah dan usaha yang sama (dan mailing list yang sama), saya masih mampu menjana komisyen sehingga US$450 untuk setiap jualan. Menarik, bukan?
Nanti satu hari saya kongsikan bersama anda bukti bagaimana jualan sebegini dapat dilakukan… tetapi sebelum itu, mari lihat kenapa saya menulis kepada anda pada hari ini.
Lesen Hak Jualan Semula “Info Millions”
Disebabkan faktor yang saya sebutkan di atas, saya akan telah membeli sebuah lesen hak jualan semula bagi produk yang bertajuk “Info Millions”. Lesen jualan produk ini diberikan sekiranya saya mendapatkan produk “Info Riches” daripada Dan Kennedy. Laman web jualannya ada di http://getresponse.net/t
Jualan “Info Riches” hanya berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei (3 Hari) dan laman web jualan sudah ditutup pada 2 Mei.
Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Dan Kennedy akan telah membuka semula jualan TETAPI hanya untuk SATU hari (6 Mei tengah hari - 7 Mei tengah hari EST).
Untuk mendapatkan lesen hak jualan semula “Info Millions”, saya ada 2 pilihan.
1. Beli Lesen Hak Jualan Semula pada harga US$1497
2. Beli produk “Info Riches” pada harga US$685 dalam masa satu hari yang disebutkan di atas.
Sudah tentu anda tahu jawapan mana yang saya pilih.
Nama domain www.info-millions.net sudah saya beli dan saya nekad untuk telah pun membeli “Info Riches” semata-mata untuk mendapatkan lesen hak jualan semula “Info Millions”.
Selepas mendapat lesen hak jualan semula “Info Millions”, saya bercadang untuk menjualnya semula di domain www.info-millions.net pada harga di antara US$197 - US$497 (tak pasti lagi) dan mungkin akan mencuba offline direct-marketing untuk mencuba pasaran.
Walaupun saya mampu untuk mendapatkan produk ini, saya pasti ramai di antara anda yang masih tidak mampu mendapatkan “Info Millions” pada harga yang saya nyatakan di atas.
Jadi, saya ingin membuat tawaran kepada anda…
Tempah “Info Millions” (tanpa resell rights) daripada saya sekarang pada harga yang sangat rendah, dan saya akan menghantar salinan “Info Millions” ini kepada anda apabila ianya sampai ke rumah saya nanti (ya, ini merupakan produk fizikal berbentuk CD yang akan dipos dari USA). Jika anda tempah selepas saya mendapat produk ini nanti dan bila saya mula menjualnya di www.info-millions.net, saya 100% YAKIN yang harganya tidak akan sama dengan harga yang saya tawarkan di sini.
Produk: Info Millions (tanpa Resell Rights).
Harga:
US$297 (atau RM950)RM80RM110 atauUS$25US$35 (PayPal) (Harga dinaikkan pada 10 Mei 2008)
Kos pembungkusan & penghantaran: PERCUMA
Bila dihantar: Selepas produk ini sampai ke tangan saya
Kenapa saya menawarkan harga yang sebegini rendah?
Kerana produk ini belum lagi sampai ke tangan saya dan saya rasa ramai daripada anda yang serius dengan produk ini akan membelinya pada harga promosi ini.
Rumusannya… Anda akan membeli produk yang harganya ratusan ringgit (US$297 = RM950) pada harga cuma RM80 RM110.
Noktah.
Sekiranya berminat, hubungi saya di http://zamrinanyan.com/success/contact
Info Millions ialah satu kajiselidik bagaimana sepasang suami isteri yang seperti orang kebiasaan memulakan perniagaan dari meja makan mereka dengan hanya $300 sehingga dapat membina syarikat yang memperolehi $177 juta.
Mereka juga merupakan pelajar Dan Kennedy yang menggunakan ilmu dan strategi yang diajar sehingga menjadi multi-millionaire.
Akhir sekali… untuk menjadi seorang jutawan, belajar dari jutawan. Ianya lebih praktikal!
Dan jangan lepaskan peluang ini sementara saya masih memberikan tawaran harga yang sangat istimewa.
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Syabas zamri satu peluang yang sangat baik untuk semua yang ingin belajar dari babak internet .rasanya semua yang berjaya kat dunia online adalah bekas pelajar belia.Oleh itu jika berminat boleh dapatkan segera dari zamri yang suatu ketika dulu bermula dari kosong juga.Belajar dari mereka yang lebih senior.Apapun tunggu kemunculannya.Syabas zamri.
Salam,
Nak tanya transkrip,carta/diagram, sample iklan termasuk sekali ke?
-
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Anda akan dapat CD dan segala yang saya terima dari Dan Kennedy (kecuali bahan untuk resell rights).
Iklan tak termasuk kerana ianya hanya untuk reseller.
Zamri Nanyan
Peluang macam ni memang tak patut dilepaskan apalagi menjual info product memang kegemaran saya. En. Zamri, saya dah bayar US$25 ke akaun Paypal tuan, harap bila produk tu dah sampai nanti dapat hantarkan segera kepada saya. Terima kasih.
actually produk ni memang best,tapi satu soalan
nanti dapat yg original ke yg copy?Harap dapat yg ori ![]()
Sekarang dah bayar dengan maybank. takut dak dapat sebab tu buat penbayaran hari ni. harap dapat bila produk tu dah sampai nanti dapat hantarkan segera kepada saya.
Terima kasih.
Tawaran Hebat! Tahniah En. Zamri. Produk Info yang sangat-sangat berguna untuk dijadikan panduan bagi penggiat IM Malaysia terutamanya. Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini. En. Zamri, saya sudah membayar RM80 ke akaun maybank. Harap dapat bungkusan “Info Millions” daripada En. Zamri. Terima Kasih ![]()
Assalamualaikum,
Saya telah membuat pembayaran US25 ke akaun PayPal saudara.
Alamat telah saya hantar menerusi emel.
Terimakasih.
Wassalam,
Osman Dastageer
saya dah buat pembayaran dah.. da email da pun.. agak2 nye bile la dpt produk ni??? bro, ade cadangan la.. apa kata bro buat forum psl produk ni.. nnti kite ley la blaja2, tanya2 mana2 x fhm.. ley share2 pendapat.. setuju x? buat la bro..
adui…. erm.. kalau mcm tu, susahla kalau nk tanye2 soalan.. bro buat la forum hanya kpd member yg beli produk dr bro jer.. yela, kalau ada forum, kalau bro bz,xley nk jawab soalan, member2 lain ada kat situ. ley la tlg2 sket.. cian la kat newbie mcm sy ni.. hehe..
Salam Zamri. Saya sudah depositkan RM80 ke dalam M2U Zamri dan telah emelkan maklumat yang dikehendaki. Terima kasih kerana menawarkan produk ini. ![]()
nak tanya, adakah produk ini ada kelebihan kepada online mlm marketing? maaflah jika pertanyaan saya ini tidak membina kerana saya baru sahaja mahu berjinak-jinak dengan dunia online marketing… ![]()
Saya dah bayar untuk info millions. Melalui maybank 2u. ref no -1246412070.
I feel i can trust u to learn more abt IM, insyaAllah. This matter is foreign to me, n the tecnical aspect is scarry! I m yet to start anything online.
Good luck to me n to all students of zamri nanyan ![]()
Salam,
Saya dah buat pembayaran ke akaun maybank dan dah reply pm diforum wc untuk bukti pembayaran.
Salam En. Zamri,
Saya telah membuat pembayaran ke akaun
Maybank saudara melalui Maybank2u.com.
No. rujukan : 1246525348
Sekian, terima kasih.
ps: saya juga telah menghantar butiran
lanjut ke e-mel saudara.
en zamri,
saya dah buat pembayaran RM80 pukul 3.33pm tadi melalui maybank2u dan reference no. 1246527963. personal info saya dah emailkan sejurus selepas pembayaran dibuat.
saya harap, jika ada masalah during our learning from the product, i hope we can help each other.
saya suka sangat idea untuk tubuhkan forum khas untuk pembeli produk ni:)
thank you.
Assalamualaikum,
Saya telah membuat pembayaran US25 ke akaun PayPal En. Zamri.
Dan alamat telah saya hantar ke akaun email saudara
Terima kasih.
Wassalam,
abee
Hi Sdr Zamri,
Saya belum order lagi. Tapi nak tanya sikit. Adakah produk-produk atau service-service lain yg perlu dibayar selepas ini? Sebab sebelum ini saya telah beli satu produk dan tak boleh dijalankan krn. dikehendaki produk lain pula untuk berfungsi. Was-was juga! Kalau boleh hurailah sikit. Berkaitan dengan apa. Affiliate ke. Mlm ke. adwords ke adsense ke atau menjual produk PLRight atau sebagainya.
Sekian, mohon maaf. Jika ada kekasaran kata-kata.
Assalamualaikum..
Salam Sejahtera En. Zamri.
Saya telah membuat pembayaran ke akaun yang dinyatakan.
Terima kasih kerana membuat tawaran ini
p/s:Reference number: 1246717328
Saudara Zamri,
Saya dah bank in tadi pukul 09:42pm 09/05/08 ke ak.
m maybank anda. Diharap saya telah membuat keputusan tepat!
terima kasih.
ta
Salam,
Saya sudah bank in RM80 ke akaun sdra dan e-mel butiran
pembayaran sudah dihantar.
Terima kasih.
Salam Bro…
Saya kat Negara Brunei agaknya susah lah nak oder kan?
Kat brunei ada MayBank jugak tapi tak tau la kalau bolih buat pembayaran dari maybank brunei…
Assalamualaikum Encik Zamri,
Saya sudah membuat pembayaran untuk Info Millions & juga Unstuck Seminar. Diharapkan Encik Zamri dapat menghantarkan DVD itu ke alamat yg telah saya berikan di contact form tadi.
Sekian,
Saya ucapkan ribuan Terima Kasih atas kerjasama Encik Zamri.
Yang benar
Zul
En. Zamri,
Sy dh buat bayaran melalui Maybank2U, reference no : 1250113722 - RM110
Tq.
p/s feedback yg sgt pantas. Will definitely support u on yr future project. Keep it up.
Alhamdulillah,
Sampai juga produk tu dengan selamat ye..
Huhu..tak sabar rase nye nak terima prduk ni..
Anyway , thank to Mr.Zamri because make this special offer.
Thank You Very Much..give clap to him..
P/s: ni tengah tggu kat depan pintu , tunggu posmen datang
..hehe
terima kasih…
Wlaupun blm smpai.tetapi kalau abg zamri yang rekomen mesti berkualiti tiggi.-thumb up-
Ps:sibuk sket…cuti2 nie ramai sedara yang kawin.hoho.aku xtau lagi bile…hehehe
Terima Kasih Abg Zamri,
Cd tersebut selamat sampai.Dan bonus yang diberikan lebih dari nilai RM80.Puas hati giler….tq Abg Zamri.
Sape2 xbeli mmg rugi.Cayalah…
salam, jual lg ke info millions ni? ade xsape2 yg leh bg review? bende ni bleh tolong newbie dlm ebiz x? harap ade jwpan…:)
Saudara Zamri,
Saya dari Balik Pulau, Penang. Jika saya nak jumpa saudara
bagaimana? Saya pelajar PJJ USM. Saya difahamkan saudara selalu balik Penang.
Wassalam.
[…] Info Millions yang saya jugal RM110 (volume 1) dan RM150 (volume 2) - dapat kedua2 volume Detail: ?Info Millions? Pada Harga Paling Rendah! 2) Buku terbaru saya "Rahsia Bisnes MLM Di Internet" dengan tandatangan peribadi […]








Tak kisah harga mahal sedikit asal produk berkualiti. Ermm…rambang plak mata nih.