“Info Millions” Pada Harga Paling Rendah!
Salah satu cara untuk menjana pendapatan yang lumayan di Internet ialah dengan menjual produk informasi yang mahal.
Jika anda tidak perasan, kebanyakan usahawan internet luar negara yang sering dipanggil “guru” ada mempunyai produk mereka sendiri yang berharga ratusan atau ribuan dollar. Paling tidak, mereka akan mempromosikan produk yang memang harganya mahal (dan semestinya produk pun kena yang berkualiti).
Sebelum ini memang saya sangka jika produk yang mahal dijual, mungkin tiada yang akan membelinya.
Sangkaan saya salah…
Dengan menggunakan kaedah dan usaha yang sama (dan mailing list yang sama), saya masih mampu menjana komisyen sehingga US$450 untuk setiap jualan. Menarik, bukan?
Nanti satu hari saya kongsikan bersama anda bukti bagaimana jualan sebegini dapat dilakukan… tetapi sebelum itu, mari lihat kenapa saya menulis kepada anda pada hari ini.
Lesen Hak Jualan Semula “Info Millions”
Disebabkan faktor yang saya sebutkan di atas, saya akan telah membeli sebuah lesen hak jualan semula bagi produk yang bertajuk “Info Millions”. Lesen jualan produk ini diberikan sekiranya saya mendapatkan produk “Info Riches” daripada Dan Kennedy. Laman web jualannya ada di http://getresponse.net/t
Jualan “Info Riches” hanya berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei (3 Hari) dan laman web jualan sudah ditutup pada 2 Mei.
Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Dan Kennedy akan telah membuka semula jualan TETAPI hanya untuk SATU hari (6 Mei tengah hari – 7 Mei tengah hari EST).
Untuk mendapatkan lesen hak jualan semula “Info Millions”, saya ada 2 pilihan.
1. Beli Lesen Hak Jualan Semula pada harga US$1497
2. Beli produk “Info Riches” pada harga US$685 dalam masa satu hari yang disebutkan di atas.
Sudah tentu anda tahu jawapan mana yang saya pilih.
Nama domain www.info-millions.net sudah saya beli dan saya nekad untuk telah pun membeli “Info Riches” semata-mata untuk mendapatkan lesen hak jualan semula “Info Millions”.
Selepas mendapat lesen hak jualan semula “Info Millions”, saya bercadang untuk menjualnya semula di domain www.info-millions.net pada harga di antara US$197 – US$497 (tak pasti lagi) dan mungkin akan mencuba offline direct-marketing untuk mencuba pasaran.
Walaupun saya mampu untuk mendapatkan produk ini, saya pasti ramai di antara anda yang masih tidak mampu mendapatkan “Info Millions” pada harga yang saya nyatakan di atas.
Jadi, saya ingin membuat tawaran kepada anda…
Tempah “Info Millions” (tanpa resell rights) daripada saya sekarang pada harga yang sangat rendah, dan saya akan menghantar salinan “Info Millions” ini kepada anda apabila ianya sampai ke rumah saya nanti (ya, ini merupakan produk fizikal berbentuk CD yang akan dipos dari USA). Jika anda tempah selepas saya mendapat produk ini nanti dan bila saya mula menjualnya di www.info-millions.net, saya 100% YAKIN yang harganya tidak akan sama dengan harga yang saya tawarkan di sini.
Produk: Info Millions (tanpa Resell Rights).
Harga:
US$297 (atau RM950)RM80RM110 atauUS$25US$35 (PayPal) (Harga dinaikkan pada 10 Mei 2008)
Kos pembungkusan & penghantaran: PERCUMA
Bila dihantar: Selepas produk ini sampai ke tangan saya
Kenapa saya menawarkan harga yang sebegini rendah?
Kerana produk ini belum lagi sampai ke tangan saya dan saya rasa ramai daripada anda yang serius dengan produk ini akan membelinya pada harga promosi ini.
Rumusannya… Anda akan membeli produk yang harganya ratusan ringgit (US$297 = RM950) pada harga cuma RM80 RM110.
Noktah.
Sekiranya berminat, hubungi saya di http://zamrinanyan.com/success/contact
Info Millions ialah satu kajiselidik bagaimana sepasang suami isteri yang seperti orang kebiasaan memulakan perniagaan dari meja makan mereka dengan hanya $300 sehingga dapat membina syarikat yang memperolehi $177 juta.
Mereka juga merupakan pelajar Dan Kennedy yang menggunakan ilmu dan strategi yang diajar sehingga menjadi multi-millionaire.
Akhir sekali… untuk menjadi seorang jutawan, belajar dari jutawan. Ianya lebih praktikal!
Dan jangan lepaskan peluang ini sementara saya masih memberikan tawaran harga yang sangat istimewa.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Salam Abg Zamri..
Saya masih tak dapat audio CD tersebut walaupun dah 17 Jun dah.. Kenapa yer?
Fai, please check email (termasuk spam folder). Saya baru hantar email ke akaun Fai.
Beres Abg Zamri.. Dah reply dah..
Thanks..
salam, jual lg ke info millions ni? ade xsape2 yg leh bg review? bende ni bleh tolong newbie dlm ebiz x? harap ade jwpan…:)
Saya masih lagi membuka pesanan. Jika berminat, hubungi saya seperti yang dinyatakan di paparan blog ini.
Fai ada menulis serba sedikit mengenai produk ini di laman web beliau di http://www.immalaysia.com/featured/2008/06/25/review-produk-im
Anda boleh baca dan nilai sendiri sama ada ianya dapat membantu anda.
Zamri
ps. Ini merupakan produk audio temuramah… bukannya produk tutorial yang selalunya disukai oleh ramai orang baru (newbie).
Saudara Zamri,
Saya dari Balik Pulau, Penang. Jika saya nak jumpa saudara
bagaimana? Saya pelajar PJJ USM. Saya difahamkan saudara selalu balik Penang.
Wassalam.
Insyaallah saya akan dapatkan produk saudara dalam masa terdekat ni.
http://blog.syokbisnes.com