Jom Pergi Seminar?

Pertama kali saya tahu mengenai laman web Jom Seminar ialah daripada Syed Ikhwan.

Mula-mula ingatkan beliau seorang sahaja yang akan mengendalikan seminar ini tetapi lepas melihat laman web tersebut, ternyata ada 5 penceramah yang handal di dalam perniagaan internet masing-masing. Saya pasti anda pernah mendengar nama Alang, Gobala, Syed Ikhwan dan Fuad.

Yusry pulak? Inilah pertama kali saya mendengar nama beliau. Kebanyakan internet marketer ni diam-diam berubi. Yusry adalah salah seorang daripadanya. :)

Jom Seminar

Berbalik kepada seminar yang bakal dianjurkan pada 10 Mei 2008 nanti, anda boleh dapatkan keterangan lanjut di laman web http://zamrinanyan.com/jomseminar

Tempahan tiket sudahpun dibuka dan anda pasti ingin menjadi salah seorang yang terpantas untuk membuat pesanan kerana terdapat banyak hadiah bonus yang ditawarkan kepada anda (terutama sekali kepada 30 peserta pertama).

Saya juga memang selalu menyarankan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan internet ataupun yang telahpun bergiat aktif di dalam perniagaan internet untuk menghadiri seminar. Ini kerana, bukan sahaja anda boleh mencungkil rahsia daripada orang yang telah berjaya tetapi anda juga boleh network dengan mereka. Di samping itu anda akan berjumpa lagi rakan internet lain yang mungkin akan membuahkan perkongsian bisnes atau Joint Venture.

Jom Seminar ini membariskan 5 penceramah dan anda perlu bayar tak lebih daripada RM100 untuk setiap penceramah (harga keseluruhan kurang daripada RM500). Saya pasti anda tidak akan dapat tawaran sehebat ini lagi.

Jadi, pastikan anda tidak lepaskan peluang ini. Lawati http://zamrinanyan.com/jomseminar untuk keterangan lanjut.

Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

2 Responses to “Jom Pergi Seminar?”

Leave Comment

(required)

(required)