Jualan Pertama Anda Di Internet
Masihkah anda ingat perasaan anda apabila mendapat jualan pertama di Internet?
Saya masih ingat!
Betapa gembiranya saya kerana selepas 3 bulan cuba melakukan jualan affiliate, akhirnya saya mendapat jualan pertama saya. Komisyen jualan dari ClickBank sebanyak US$9+ tersebut meyakinkan saya bahawa jika saya teruskan usaha dengan bersungguh-sungguh, saya pasti berjaya.
Dan pada hari ini, saya ingin berkongsi bersama anda bagaimana program saya menghasilkan jualan pertama bagi Shamrin.
Shamrin merupakan affiliate untuk ebook Rahsia MLM saya dan anda boleh lihat sendiri email yang dihantar kepada saya.
Memang saya terharu dengan email yang dihantar oleh beliau dan saya harapkan anda mengambil kes beliau ini sebagai panduan bahawa anda juga boleh menjana pendapatan di internet.
Dari paparan blog pada kali ini, kita boleh belajar beberapa perkara.
1. Pemasaran melalui forum masih lagi mampu menghasilkan jualan walaupun kepada mereka yang masih baru menceburi bidang affiliate.
2. Usaha yang berterusan pasti menghasilkan keputusan yang diidamkan.
Kebanyakan daripada ‘orang baru’ di sana mengharapkan pendapatan ratusan dan ribuan ringgit dalam masa yang singkat.
Saya tak menyalahkan mereka 100% kerana di Internet, terdapat pelbagai laman web yang menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa beberapa bulan, minggu ataupun hari. Walaupun memang tidak mustahil untuk mendapat pendapat lumayan sebegini tetapi ianya tidak bermakna yang perkara ini boleh berlaku kepada semua orang.
Bisnes tradisional mungkin akan mengambil masa 5 tahun untuk mendapatkan semula modal perniagaan. Kemudian barulah ianya mula berkembang (atau sebaliknya).
Perniagaan Internet juga boleh dianggapkan sebegitu.
Mungkin anda di dalam proses pembelajaran sekarang dan banyak masa dan wang dihabiskan. Anda mungkin akan rasa kecewa.
Tetapi pernahkah anda terfikir?
Kebanyakan kita (termasuk saya) juga menghabiskan banyak wang dan masa (bertahun-tahun lamanya) untuk mendapatkan sebuah ijazah. Kemudian, barulah kita mula mencari PEKERJAAN (bukan PERNIAGAAN) untuk menghasilkan pendapatan.
Jika dikira… memang tahun-tahun yang kita habiskan di Kolej dan Universiti tidak memberikan sebarang pendapatan dalam segi kewangan. Tetapi kita percaya yang apa yang dipelajari akan masuk ke dalam minda dan suatu hari nanti, apa yang kita simpan di dalam minda akan memberi hasil.
Begitu juga dengan apa yang anda lakukan di dalam perniagaan Internet.
Anda mungkin akan menghabiskan wang dan masa sekarang. Anda mungkin gagal buat sementara. Anda mungkin akan kecewa.
Tetapi sekiranya anda lakukan dengan betul dan berterusan, saya pasti anda akan berjaya nanti.
Akhir sekali, jualan RM1,000/hari anda di Internet mungkin akan tercapai suatu hari nanti tetapi anda perlu lakukan jualan pertama seperti yang dilakukan oleh Shamrin di dalam contoh ini. Tahniah diucapkan kepada beliau dan mereka yang tidak jemu-jemu bertarung di dalam dunia perniagaan internet.
Nota**** Saya alu-alukan sebarang pengalaman anda di dalam perniagaan internet yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca di sini. Cuma tinggalkan komen di ruangan komen.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Assalam alaikum wbt
Awalnya, saya tidak terfikir bahawa internet menjadi pemasaran paling efektif kerana berpegang kepada kaedah pemasaran tradisional.
Meskipun begitu, saya berminat dalam pembinaan laman web dan menjadi penulis buku membuat saya terdorong menghasilkan sebuah laman web di http://www.zamrimohamad.com
Kejutan kepada saya apabila kurang enam bulan, ditambah lagi pemasaran agresif dibuat, saya menerima e-mel demi e-mel melibatkan universiti, kolej dan perpustakaan bagi menjalankan bengkel penulisan.
Sehingga kini saya masih terpinga-pinga dengan jualan pertama yang saya sendiri belum fokus sepenuhnya.
Tetapi kerana jualan pertama itu, saya serius menaik taraf laman web berkenaan dan belajar sedikit demi sedikit mengenai pemasaran internet.
Namun demikian, bulan lalu saya cuba bereksperimen dengan menjual buku. Kerana minat saya pada buku. Lalu saya memilih menjual buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku.
Bukan mudah untuk saya memilih buku yang hendak dijual. Setelah mengenalpasti latar belakang penulis, barulah saya mempromosikan buku itu di internet.
Tambahan lagi buku ini yang pertama di Malaysia mendedahkan secara lengkap A-Z cara menerbit buku sendiri. Autoriti penulisnya menjadi magnet kepada peningkatan jualan buku ini.
Bayangkan Tuan Zamri,
Saya hanya memberitahu latar belakang penulisnya, “Beliau menerbitkan 250 buah judul pelbagai kategori, antaranya bestseller buku Rahsia Bisnes Orang Cina tulisan Ann Wan Seng yang diterbitkan pada tahun 2006 dan sehingga kini tercetak melebihi 30,000 naskhah di Malaysia dan 40,000 naskah di Indonesia.”
Orang terus bertanya, “Dia menulis buku apa?”
Benar Tuan, pengulangan mesej yang betul penting bagi jualan pertama buku ini.
Meskipun saya sudah mempunyai lima buah buku di pasaran sejak 2006 hingga kini,Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku menjadi prioriti saya dalam pemasaran agresif bagi jualan pertamanya di http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Alhamdulillah, saya sengaja menggabungkan online dan offline marketing. Jualan pertama yang mengejutkan saya apabila ia datang serentak. Sehinggakan saya perlu mengehadkan kepada 100 buku sebulan untuk bulan-bulan seterusnya.
Selain itu Tuan Zamri, jualan pertama memberi kegembiraan kepada saya sehingga saya suka memilih buku-buku yang baik dan berfaedah untuk dihadiahkan kepada pembeli bertuah.
Itu sahaja cerita saya.
Kesimpulannya, jualan pertama yang manis datang apabila kita dapat menjual produk yang berkualiti, berguna, berbaloi dengan wang pelanggan. Kerana mereka membeli dengan kepercayaan dan kita balas kepercayaan itu dengan produk yang memuaskan hati.
————————————————————
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Apabila buka email dapat message ini :
Maybank2u.com 3rd Party Transfer
This is to inform you that POWER TRADE RESOURCES has transferred RM118.50 to your Maybank account on 31 Jul 2007 via Maybank2u.com.
Please check your account balance.
This is a system generated email. Please do not reply to it.
==========================
Mula2 terpinga-pinga juga siapa pula yang bermurah hati mendeposit wang ke dalam akaun dan bila check balik oh.. rupanya ia adalah duit komisen dari satu program affiliate yang saya join.
Memang excited sesangat le sebab tak sangka boleh dapat duit masuk terus ke akaun. Inilah hebatnya perniagaan internet.
Tahniah kepada sesiapa yang dah dapat duit tu. Bukan senang nak dapat first payout dari jualan pertama.
Salam internet,
Pengalaman mendapat jualan pertama dari program affiliate sememangnya kenangan paling manis yang mungkin tak akan dilupakan seolah-olah baru mendapat cahaya mata pertama biarpun lama menunggu….
itulah pengalaman saya apabila mendapat tahu jualan ebook BisnesDigital dari Zamri Nanyan telah pun terjual untuk kali pertama pada bulan lepas….peh rasa lega dihati bila ianya betul2 menjadi…
walaupun saya hanya menggunakan blog percuma tapi sekurang2nya ia berhasil juga…memang untuk buat promosi dah tentu bertungkus lumus berbulan lamanya tapi bila dah dapat hasil yang pertama memang kepuasan tak terkata…
dah tentu akan memotivasikan kita untuk berusaha mendapatkan jualan ke2 ,3 dan seterusnya…saya kini dalam peringkat buat blog/web sendiri untuk kemudahan yang lebih meluas……
Semoga ianya menjadi kenangan manis seterusnya…
[Komen dari Zamri Nanyan]
Wow! Ebook Rahsia Perniagaan Digital juga berjaya melakukan jualan pertama bagi salah seorang affiliate saya.
Saya berbangga dengan usaha anda semua.
Tahniah,
Teringat mase mule2 dapat jual produk affiliate dulu…
Rase cam nak lompat je walaupun komisennye hanyalah usd20 aje..
Tahniah dan semoga kite semua berjaya dlm perniagaan internet.
Zamri,
Jualan pertama saya ialah koleksi 20 buah ebook MRR yang saya beli RM20 kemudian saya jual semula dengan harga yang sama dengan mengubah sedikit salesletter asal lebih kurang 2 tahun yg lalu.
Itulah detik pertama saya memulakan langkah menjadi IM. Sehingga buku tersebut telah terjual hampir 100 orang dan akhirnya saya membuat buat lelongan dengan harga RM5 sahaja.
Salam,
Dalam menjalankan sesuatu perniagaan… anda perlu bersabar dan banyak yang perlu anda korbankan tak kira dari segi tenaga, wang ringgit dan macam-macam lagi,,segala penerangan di atas memang benar sama sekali tak kira bisnes online atau offline????
Anda perlukan sedikit ilmu bagi memantapkan pengetahuan anda dalam menjana keuntungan dalam bidang perniagaan dan jangan anda tengok orang dapat RM5000 sebulan anda pun nak dapat juga dalam masa 3 bulan sedang mereka sudah pun terlibat dalam bisnes itu dah 3 ke 4 tahun… so lakukan proses pembelajaran dari sekarang demi keuntungan anda pada masa 4 tahun akan datang!
Jangan mudah putus asa atau kecewa sekiranya anda gagal… gandakan usaha anda… didalam ebook The Silent Pasar Malam Billionaire terdapat informasi yang berguna untuk anda mulakan perniagaan anda.
Itulah sebenarnya pendapatan pertama itu sebenarnya dinilai pada berapa banyak, tetapi angka itu sendiri yang membuat kita terujakan?
Saya tidak bagaimana saudara-saudara semua, tetapi masih melihat angka pertama itu, terdetik pada hati saya “Ini boleh buat lebih lagi?”
Adakah saudara semua berasa demikian?
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Salam Zamri,
Jualan affiliate pertama saya adalah ebook mengenai pemasaran tradisional. Terkejut jugak dapat komisen USD45 masuk ke dalam akaun Paypal. Terkejut? Bukan apa, tetapi sebab masa itu main hentam saja buat internet marketing..hehe
Sejak itulah, saya yakin bahawa buat duit dengan internet boleh dilakukan.
Sekian,
Ihsan Bahri @ Deen
English-Malay Translation Service Provider
http://www.SimplyTranslate.net
Salam sejahtera semua,
Memang betul apa yang pernah orang kata perniagaan secara pos atau pun internet memerlukan promosi yang betul dan berterusan. Saya buat bisness ni pada bulan 1 tahun ini. Dalam tempoh 3 bulan memang tak pernah dapat apa2 hasil, masa tu memang putus asa rasanya, tapi selepas 3 bulan tu baru saya dapat bayaran pertama e-book yang saya jual..masa tu bukan main gembira lagi, saya semakin bersemangat..sekarang dalam diri tekad mempromosikan website saya 10 kali sehari dalam mane2 website..
Yalah, dari laman web, blog kemudian shopping cart, semua jenis bentuk paparan bisnes secara online memberi peluang yang sama dan dipromosi dengan cara yang betul.
————————————————————
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com