Jumpa Saya Di Pesta Buku 2008
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (www.klbookfair.com) sedang berlangsung sekarang dan bersempena dengan minggu pesta buku ini, saya akan meluangkan masa untuk memandu dari Penang ke Kuala Lumpur dan mengunjungi PWTC.
Saya juga ingin berjumpa dengan pembaca blog saya dan juga pelanggan ezine Bisnes Digital. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk kita sama-sama bertemu muka. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, saya pasti anda tidak mempunyai masalah untuk menghadirinya dan sekiranya saya datang dari Penang, saya pasti ada juga yang sanggup datang dari jauh untuk ke pesta buku ini.
Untuk memeriahkan lagi kehadiran anda, saya akan menawarkan 10 pembeli pertama buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” sebuah audio CD “12 Pillars Of Success” yang bernilai USD$49. Maksudnya, anda beli buku yang bernilai RM29.90, anda akan mendapat sebuah lagi CD yang berharga RM161 (USD$49).
Menarik, bukan?
Tawaran ini sah bagi pembelian dari pukul 3:00-3:30pm dan untuk 10 pembeli pertama sahaja.
Saya harap ramai yang akan datang walaupun berita ‘last minute’ ini baru saya paparkan di blog ini.
Jumpa anda di sana!
Tempat: Putra World Trade Center, KL
Booth: A17 (Millionaires Planet)
Tarikh: 13 April 2008
Hari: Ahad
Masa : 3:00pm - 3:30pm
Di bawah ialah imej Audio CD “12 Pillars Of Success” dan jika anda ingin tahu… inilah audio CD yang saya telah pasang berulang-ulang kali dan masih tak puas mendengarnya (disebabkan ‘wisdom’ dan falsafah kejayaan yang amat mengagumkan dari Jim Rohn ini). Saya pasti anda juga akan bersetuju dengan saya apabila anda mempunyai audio CD ini.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Insaallah,saya akan ke sana juga dgn anak demi utk ilmu dan juga sifu internet marketing nih..Salam dari wak..
alamak mmg looking forward nak jumpa en. zamri tapi apakan daya hari tu lar pulak ada hal … lagipun baru smlm gi sana … mmg interesting sesgt lar …
Insya allah saya nak pi sebab skerang saya pun tenagh promotoe barangan keluaran saya dan nak belajar macam mana nak advertise my product throm on line … AMinnn
Kecewa rasanya tak dapat gi KL, sbb ada kepentingan lain,tak palah saya akan usaha jumpa Encik lain waktu Insyaallah.
Saya agak ketinggalan sedikit utk menyeberagi Laut China Selatan kerana saya berada di kepilauan Borneo (Kuching. Sarawak) Semoga anda semua sukses sentiasa.
Tak dapat pergi..ada keuzuran sikit. Insyallah ada rezeki saya akan berjumpa juga dengn En Zamri.Ilmu yang berkat mesti berguru.Kita berguru tapi tak jumpa guru. Mesti kena jumpa ![]()
..agak terkilan juga kerana tidak dapat berpeluang berjumpa dengan Zamri di PWTC, KL. Ada masa yang terluang, pasti akan
bertemu jua.
terima kaseh Zamri.
tidak dapat datang kerana jika saya kekurangan bajet utk membeli tiket sedangkan pada masa ini pun kerita belum bebayar apatah lagi kan membali tiket kapal terbang saya tinggal diluar malaysia jauh dari KL. Maaf ya, jika saya ada kelapangan dan mempunyai bajet yang mencukupi boleh ke kita berjumpa nanti, tempat akan ditentukan kemudian atau boleh kita kasih saya alamat dan no tel.







InsyaAllah, klu ada masa lapang, saya akan sampai sana