Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?
Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?
oleh Zamri Nanyan
Bahasa pengantar utama internet ialah Bahasa Inggeris. Ini hakikat yang perlu anda terima sekiranya anda ingin membina bisnes internet anda.
Pada awal internet diperkenalkan, memang agak sukar bagi anda yang tidak tahu berbahasa Inggeris untuk menggunakan internet, lebih-lebih lagi untuk membina bisnes berasaskan internet. Ini kerana tiada terjemahan istilah-istilah internet dilakukan lagi.
Walaubagaimanapun, zaman sudah berubah dan banyak perkembangan sudah berlaku di dunia internet sehingga anda yang tidak mahir berbahasa Inggeris pun sudah boleh menggunakannya untuk tujuan bisnes.
Pelbagai program, laman web dan juga dokumen lain sudahpun mempunyai bahasa selain Bahasa Inggeris. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menceburi bisnes yang menjanjikan peluang dan pulangan yang lumayan ini.
Pada hari ini, saya terima satu lagi email yang bertanyakan perkara yang sama.
“Zamri, saya tak tahu Bahasa Inggeris, bagaimana saya boleh menjalankan bisnes internet ini?”
Saya ingin berprasangka baik bahawa beliau benar-benar ingin menjalankan bisnes internet dan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk menjadikan halangan ini sebagai cabaran, dan bukannya menjadikan halangan ini sebagai masalah untuk bermula. Jadi, ini saranan saya untuk beliau dan juga anda di luar sana yang mempunyai halangan berbahasa Inggeris ini.
1. Belajar Bahasa Inggeris
Sekiranya anda mahir berbahasa Inggeris, memang mudah untuk mengendalikan bisnes internet anda. Tetapi anda tidak perlulah terlalu pandai berbahasa Inggeris sehingga tahap “mat saleh” di luar sana.
Jika anda dapat memahami apa yang disampaikan di dalam internet, melalui pembacaan, pendengaran dan juga tontonan, ianya sudah cukup untuk anda bermula.
Saya memang amat menggalakkan anda mahir di dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa ini adalah bahasa pengantar dunia.
Selepas anda belajar berbahasa Inggeris, pelajari pula beberapa istilah dan perkataan khusus lain yang berkaitan dengan internet, seperti domain, webhosting, autoresponder dan sebagainya. Dengan memahami maksud beberapa perkataan penting ini, mudah untuk anda memulakan bisnes anda.
Buat masa sekarang, banyak perkataan berkaitan internet dan komputer yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Kebangsaan seperti tetikus, kayuria, papan kekunci dan sebagainya. Ianya baik untuk pembelajaran formal tetapi untuk bahasa santai seperti pembelajaran di forum dan sebagainya, banyak lagi pengguna menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi, amatlah penting untuk anda fahami perkataan-perkataan ini di dalam Bahasa Inggeris juga.
Untuk belajar Bahasa Inggeris, sudah banyak buku diterbitkan. Di sekolah pun sudah bertahun-tahun anda diajar dan saya pasti anda tahu di mana anda boleh dapatkan sumber pembelajaran ini.
Jika di internet, ada satu sumber rujukan untuk anda belajar Bahasa Inggeris melalui ebook di laman web berikut:
http://bisnesdigital.com/bahasainggeris
Nasihat saya ialah mulakan pembelajaran Bahasa Inggeris anda sekarang supaya beberapa tahun akan datang, anda tiada lagi masalah ini dan bisnes internet anda pun mudah untuk dibina.
2. Cari Rakan Kongsi Yang Pandai Berbahasa Inggeris
Membina bisnes secara berseorangan mungkin boleh dilakukan tetapi ianya adalah amat sukar. Cabaran seperti kurang motivasi dan kurang pemahaman istilah teknikal mungkin membantutkan usaha anda.
Di dalam bisnes pun banyak ditekankan “networking” atau perhubungan sesama usahawan di dalam bisnes yang sama atau bisnes berlainan yang dapat membantu satu sama lain. Di sini sahaja anda sudah mendapat klu di mana pentingnya melakukan bisnes bukan secara berseorangan.
Sekiranya anda tidak mahir di dalam Bahasa Inggeris, inilah peluang anda.
Cari rakan niaga yang boleh berbahasa Inggeris dan lakukan bisnes ini bersama-sama. Sebagai contoh, di dalam bahagian pemasaran, anda boleh serahkan kepada rakan niaga anda kerana mungkin pemasaran ke pasaran luar negara memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris. Anda pula boleh bina perisian atau produk yang kurang memerlukan anda berinteraksi dengan orang bangsa Inggeris dan sebagainya.
Rakan kongsi anda ini juga boleh mengajar anda tentang perkara-perkara lain yang mungkin anda tidak tahu disebabkan kelemahan anda di dalam Bahasa Inggeris ini. Sebagai contoh, jika anda tidak tahu mengendalikan “autoresponder”, anda boleh bertanyakan beliau bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana anda boleh menggunakannya.
Selalunya, untuk penggunakan perisian atau skrip, memang ada manual yang menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan. Menterjemahkan manual ini ke dalam Bahasa Kebangsaan mungkin tidak praktikal sekiranya anda perlu merujuknya setiap masa. Jadi, di sinilah anda boleh menggunakan kelebihan rakan kongsi anda ini.
Bukan setakat rakan kongsi anda ini dapat membantu anda di dalam memahami perkara berkaitan Bahasa Inggeris sahaja, malah anda berdua (atau lebih, bergantung kepada berapa rakan kongsi anda) boleh memotivasikan diri anda di dalam bisnes internet ini juga.
Walaupun Bahasa Inggeris adalah satu cabaran bagi anda, namum terdapat pelbagai lagi cabaran yang lain yang menanti anda di dalam apa jua bisnes. Dengan adanya rakan kongsi yang mempunyai sinergi yang sama, cabaran-cabaran ini dapat anda harungi dengan lebih baik.
3. Fokus Kepada Pasaran Tempatan
Anda sedang membaca sebuah artikel berbahasa Malaysia sekarang, bukan? Dan anda boleh lihat sendiri bagaimana ianya dilakukan. Inilah sesuatu yang anda boleh contohi.
Pastikan anda kenali diri anda. Di manakah kelebihan atau kekuatan anda? Jika Bahasa Inggeris adalah kelemahan anda, Bahasa Kebangsaan mungkin kekuatan anda.
Jadi, janganlah anda cuba mengharungi cabaran yang lebih getir sekiranya anda belum bersedia.
Sebagai contoh, saya lihat ramai yang ingin menjana pendapatan melalui ClickBank, Commission Junction dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, saya mendapat rungutan yang mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.
Memanglah pasaran antarabangsa lebih besar dan mungkin dapat memberikan hasil yang lebih lumayan tetapi anda perlu juga faham bahawa saingannya pun juga amat sengit. Jika anda sudah bersedia, tidak mengapa. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia dan anda tidak akan mendapat sebarang hasil.
Sebagai alternatif, anda boleh fokus kepada pasaran tempatan dahulu.
Di sinilah kekuatan anda dari segi penguasaan bahasa. Anda bebas berkomunikasi di dalam bahasa sendiri dan menjual produk kepada pembeli yang juga senang memahami anda.
Cuba anda lihat sendiri berapa banyakkah produk yang ditawarkan di dalam pasaran tempatan. Banyak, bukan? Dan mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Produk saya pun banyak di dalam Bahasa Kebangsaan. Di antaranya adalah:
Perniagaan Internet – www.PerniagaanInternet.ws/r/admin
Pakar Affiliate – www.PakarAffiliate.com
Rahsia MLM – www.RahsiaMLM.com
Sebagai kesimpulannya, cari peluang yang dapat anda tawarkan kepada pasaran tempatan dan pelopori pasaran ini dengan jayanya.
4. Cari Model Bisnes Yang Sesuai
Terdapat terlalu banyak model bisnes internet. Ada yang perlu anda berinteraksi dengan pelanggan. Ada yang tidak perlu. Ada yang perlu anda jual produk dan ada yang anda tidak perlu lakukannya.
Ada juga model bisnes yang tidak memerlukan anda menggunakan Bahasa Inggeris setiap masa dan ini mungkin model bisnes yang sesuai untuk anda.
Sebagai contoh, anda boleh jadi pembekal barangan untuk dijual di eBay.com tetapi semua urusan jual beli dan khidmat pelanggan diuruskan oleh seorang atau dua orang pekerja. Yang perlu anda tahu ialah berapa banyak barang yang dapat dijual dan berapa banyak keuntungan yang diperolehi. Perkara yang lain diuruskan oleh pekerja anda.
Ini merupakan contoh anda berniaga untuk pasaran luar. Di dalam pasaran tempatan pula, anda boleh sertai program affiliate tempatan dan promosikan produk ini kepada orang dalam negara. Dengan cara ini, anda tak perlu mencipta produk sendiri tetapi masih lagi boleh menjana pendapatan melalui internet.
5. Tinggalkan Bisnes Internet
Jika cadangan saya di atas tidak dapat dipenuhi, saya sarankan anda tinggal perniagaan internet dan cari bisnes lain. Cari kekuatan anda selain daripada bisnes internet dan lakukannya.
Walaupun bisnes internet menjanjikan pulangan lumayan, pendapatan pasif dan sebagainya, ada banyak lagi bisnes konvensional yang dapat berikan pendapatan yang serupa. Anda cuma perlu selidik apa yang dilakukan oleh orang lain.
Salah satu caranya ialah dengan menghadiri seminar perniagaan yang dianjurkan oleh pelbagai individu dan syarikat yang berkaliber. Di antara bisnes yang anda boleh lakukan ialah bidang hartanah, pelaburan yang sah di sisi undang-undang, penternakan dan sebagainya.
Perlu juga anda ketahui bahawa anda mesti ada sistem untuk membina bisnes anda supaya anda tidak menjadi hamba kepada bisnes anda nanti – nak pergi ke mana pun tak dapat kerana perlu sentiasa berada di tapak perniagaan.
Jika anda sedang bina bisnes internet, sistem anda akan membantu anda untuk bebas ke mana sahaja tanpa terlalu risaukan sangat operasi bisnes anda ini. Topik mempunyai sistem ini diterangkan dengan lebih terperinci di dalam modul 4 “The Four Weeks To Freedom” (http://www.TheFourWeeksToFreedom.com) sekiranya anda berminat untuk mendalami konsep membina bisnes internet yang sebenar.
Akhir sekali, saya nasihatkan kepada anda yang kurang mahir di dalam penguasaan Bahasa Inggeris untuk jadikan kekurangan anda ini sebagai sumber motivasi anda. Mungkin pada suatu hari nanti bisnes internet anda berkembang maju dan anda boleh bangga mengatakan bahawa anda sudah berjaya walaupun tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang kukuh.
Jika anda jumpa individu lain yang mempunyai rungutan yang sama mengenai kekurangan berbahasa Inggeris ini, berikan artikel ini kepada mereka supaya anda dapat mengubah seorang lagi individu untuk maju di dalam bisnes internet yang anda cintai ini.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Terima kasih dengan tips yang diberikan. memang perlu diberikan pendedahan lg kepada rakyat Malaysia untuk beranikan diri menceburi perniagaan internet walaupun tanpa kemahiran Bahasa Inggeris.
Betul juga. Bahasa Inggeris memang penting. Saya juga terkial-kial dan perlu banyak belajar.
Tq, bro zamri kerana berkongsi maklumat ini.
Apa yang saya perhatikan pada zaman sekarang ramai yang faham BI tapi tak tahu bertutur dalam BI. Itu tidak jadi masalah, tontonlah video-video BI di Youtube lama-lama pandailah bertutur.
Sekiranya tidak faham juga, google mempunyai tool translate, gunakan tool ini sebagai panduan walaupun ia tidak lengkap tetapi cukup untuk membantu.
Pada zaman sekarang, tiada alasan untuk kita tidak mahir dalam penggunaan bahasa inggeris kerana semua maklumat telah ada di hujung jari anda…
Agreed… Bg saya, cukup sekadar tahu utk berbahasa inggeris klu tak mahir… Dan tak salah tuk belajar…
Bahasa inggeris adalah bahasa international saya di universiti wajib menggunakan bahasa inggeris saban hari menggunakan syukur bahasa inngeris saya dah semakin baik..Thanks infomasi yang diberikan oleh Zamri Nanyan
Bisnes usahawan tani
sy juga ada menerima rungutan sebegini dr downline sy. apa yg sy tekankan kepada beliau ialah lebih fokus pd pasaran local dahulu. tambahan pula byk tools yg berkaitan dgn bisnes yg dilakukan tersebut telah disediakan dlm bhs malaysia dan beliau blh merujuk dr tools2 tersebut sbg bantuan dan panduan untuk beliau teruskan perniagaan internet ni. dan sy juga mengalu2kan beliau bertanya jika trdpt sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan….
Walaupon bahasa Melayu bahasa ibunda kita…jgn kita silap yang bahasa lain tidak penting…mari belajar semua bahasa…dan mulakan dulu dgn bahasa English…tapi paling penting belajar mengaji dulu….
Kaedah paling cepat adalah buat translate, dari English to Malay.
Gunakan translation Google. Paste satu buku pun dapat. Ia tidaklah berapa baik, tatabahasa ada kurang sikit.
Sekurang-kurangnya ada dapat memahami apa yang anda baca?
Apa banyak affliate program menyediakan promotion article dan email dalam bahasa Inggeris. gunakan saja.
Upah copy writer buat email untuk anda.Nak dapatkan copy writer baik. cari dalam worrierforum.com
Kalau anda subscribe, sent button product dari Jeff Dedrick.
beliau menyediakan banyak bantuan. Sebab itu saya sanggup bayar RM168 sebulan. Malangnya member sudah tutup. Limited.
tak tahu bila dia akan buka lagi. . Anda boleh register dulu. Anda kosong boleh subcribe.Ada banyak product macam ini.Russell Brunson, Mike Filsaime. Jeff Dedrick punya amat mudah bagi orang macam saya yang tiada masa nak create product.
saya tunjukkan screenshotnya.
Ada Private Label Rights to these 150 Autoresponder. messages…Beliau dah upah copy writer yang hebat.
Kalau tak berapa pandai bi, rajin2lah belajar…
Dalam bisnes Internet kita tak perlu bercakap Bahasa Inggeris tapi yang perlu ialah faham Bahasa Inggeris dan bijak untuk meniru (copy & paste),
kalau tak pandai cakap english, tapi faham, boleh gunakan kemudahan@tools yg banyak disediakan di internet seperti google translator. lagipun ada banyak servis mengarang dlm english. dengan sedikit bayaran, semuanya beres. walaupun saya seorang makcik, seorang surirumah, tak pandai pun english apatah lagi mengarang dlm english. tapi berkat kesungguhan, dan ingin belajar, alhamdulillah saya berjaya buat duit di internet dengan google adsense dan affiliate. kita boleh dpt byk input dari forum2 dan perbincangan dgn rakan2 internet. pokoknya, nak 1000 daya.
yea betul, semua kena belajar dulu
kalau x pandai bahasa inggeris, boleh dapatkan perkhidmatan daripada ‘ghost writer’ untuk translate article anda. Boleh search keyword ‘ghost writer’ di search engine. Thanks
salam..saya setuju bahasa english memeng penting untuk memulakan bisnes secara online ni..tp org yang tak mahir dalam berbahsa english seperti saya biasa gunakan google translate je..
mazhan, saya setuju, kena bijak meniru dengan cara yang berhemah.
Cara Tiru email:
1. Anda kena create (buka) akaun untuk digunakan khas untuk optin email.
2. okey. Cari affiliate yang nak di jual. optin email anda HANYA KEPADA mereka yang ada NAMA SAJA UNTUK product tersebut.
3. Anda akan terima email dari mereka. Copy. Yang berkaitan saja.
4. Ulangi beberapa GURU LAIN yang promote produk sama.
Note: Cari Produk internet yang murah, permintaan tinggi,
NO Free item optin. I hate this free item. Most of the time I lost my sale. After they delete the cookies. Sebab yang off for free item ni belum sure lagi beli. Ha. Zamri macam mana betulkan. Yang untung owner affilite.
Ewin Chia selalu suruh kita delete cookies. Sebelum click link CK beliau. Bijak-bijak. You penat-penat buat promotion orang lain dapat. Hah…(mengeluh)
Contoh Product sure okey seperti Golf product dan health product.
Note: biasa nya mereka yang pakar ni. sudah test email mereka dalam E-filtrate Spam check program untuk mempastikan telah melalui customer’s Spam filters.
Pada pendapat saya tidak semua rakyat Malaysia boleh bertutur bahasa inggeris dengan jelas. Yang pentingnya di sini pemahaman bahasa inggeris yang disampaikan kepada kita.
Asalkan boleh faham sedikit dan bertutur bahasa inggeris asas memadai bagi individu. Bahasa inggeris tidaklah wajib tetapi PERLU kepada semua orang tidak kira ingin membuka perniagaan di peringkat antarabangsa mahu pun tempatan kerana kita adalah di dalam kelompok yang berbilang kaum. Tidak semua boleh bertutur dalam bahasa Melayu jadi alternatifnya adalah bahasa Inggeris. Maka belajarlah bahasa Inggeris kerana itu adalah ILMU.
Terima kasih banyak kerana sering menhubungi ben walaupun kebanyakannya berbentuk produk ilmu, namun ben masih terkial-kial untuk memahaminya dan masih lagi gagal untuk adakan autoresponder bagi tujuan penyebaran cepat dan tepat sekaligus untuk tujuan pemasaran.
itulah hakikat kita kene terima, walaupun kita tak suka atau tak pandai utk berbabhasa omputih
tetapi hakikatnya, bahasa omputih laah bahasa yang universal pd zaman ini, lihat shj signboard jalan negara2 mcm thailand, arab saudi, diorang ada character tulisan sendiri tp nak tanak terpaksa juga tulis bahasa roman dlm bahasa omputih
sy rasa negara2 mcm tue lg tinggi cabarannya berbanding kita bahasa melayu pun dah dlm tulisan roman….
selain dari bahasa Inggeris sbg medium untuk mendapatkan sumber ilmu bisnes internet, perlu juga dilihat adanya market yg amat besar dalam bahasa lain terutama Mandarin. Elok kiranya kepada sesiapa yang nak belajar bahasa Inggeris supaya belajar serentak dgn Mandarin, atau Jepun dan Korea..
saya setuju, bahasa inggeris memang amat penting pada masa kini
salam Zamri,
pada pendapat saya, bahasa inggeris memang penting kerana b.i adalah bahasa ilmu..ilmu memang boleh dapat dalam pelbagai bentuk bahasa tetapi kebanyakan buku ilmiah menggunakan b.i sebagai bahasa perantaraan ilmu.
yang lain bagaimana pula?
Artikel yang telah membuka minda. Sesuatu keperluan itu perlu dipelajari walaupun kadang-kadang ianya memberikan sedikit kerumitan pada diri kita.
Sebagai contoh lain, mempunyai lesen kereta adalah satu keperluan pada hari ini walaupun sedikit gementar ketika mula belajar memandu. Namun ianya akan menjadi ‘alah bisa tegal biasa’ juga.
Dan tidak salah jika tiada lesen kereta kerana hari ini banyak cara untuk pergi ke satu tempat lain. Cuma sesiapa yang mempunyai lesen & kereta adalah suatu BONUS.
Apabila boleh berkomunikasi bahasa inggeris, adalah merupakan satu kelebihan, samada bertutur atau menulis.Pengalaman saya bekerja di syarikat jepun ygmana kita tahu org jepun pun mcm kita juga , tp kita boleh jika kita mahu.
setuju dengan bro Zamri- kena belajar dan berani cuba.So di
internet cukup banyak artikel dlm bahasa inggeris, boleh cuba memahami dari satu article ke satu article, lama-lama pasti pandai.
saya sokong bro. memang betui tu bab saya dulu pun bodoh sangat bahasa ingg. ne tapi bila saya keja dengan mat salleh mulanya rasa kekok juga tapi lama kelamaan tak segan segan pulak nak jawab. Soalnya betui ka tak betui yang penting kita faham dan jawaban yang ringkas.Ayat tu tak kisahlah tersusun ka tak.Lama lama kita akan faham dan lancar berbahasa walaupun tak sehebat mereka. tq bro
…..Betul- betul Betul- betul.bg saya tak salah kalau tak tau bahasa inggeris tapi salah kalau tak belajar untuk mempelajarinya.Mencari ilmu tu IBADAH.
Saya sangat bersetuju dengan saudara Zamri. Bahasa Inggeris bukan penghalang untuk mula berniaga di internet. Kalau tidak pandai BI boleh target pasaran tempatan dulu. Belajar BI dan bila rasa boleh guna BI tembusilah pasaran antarabangsa.
salam
Bahasa inggeris merupakan bahasa global dan semua orang didunia mnggunakannya dalam aktiviti perniagaan. So setiap orang perlu belajar bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris kerana pentig dalam bisnes internet yg ingin kita lakukan
itu baru bahasa Inggeris, belum bahasa Arab, Perancis, Jepun, Korea dll, mau ranap di buatnya ….
nak tak nak kena belajar jugak. banyak kelebihan belajar bahasa inggeris dari tak belajar. saya pun grammar tunggang langgang jugak. apa yang saya buat, rajin bertanya dan gunakan teknologi macam google translate dan microsoft word. lagi satu, bahasa ni kena budayakan.
yang penting kena rajin dan minat nak belajar…cara yang paling mudah adalah ikut cara saya nie…
1. Tengok DVD gune subtitle english
2. Tengok cite Melayu kat Astro gune subtile English
3. Baca paper English (yang Free hari2 tue)
4. Dengar lagu2 english dan cube fahami maksudnye…
dalam mase 2minggu,confirm mata da tukar jadi biru sikit..hahaha!
Semua bahasa adalah penting untuk berkomunikasi. Bezanya Bahasa Kebangsaan untuk kegunaan tempatan dan ILMUnya terhad mungkin kekurangan eBuku. Manakala Bahasa Inggeris lebih maklumat dan meluas untuk pasaran antarabangsa. Kita bergerak ikut kemampuan. Jika tiada kemampuan buat komputer, maka kita buat keyboard atau casing dulu. Jika berusaha kita akan berjaya ikut acuan kita. Semua bangsa yang bijak berpeluang mendahului zaman. Layari produk-produk terbaik anda dalam Bahasa Malaysia…..
…tengah belajar hingga menjadi tetapi tidak lah pandai sangat
kalau ada kemahuan pasti akan berjaya
Ya..Betul! Jadi Dah tahu kelemahan diri..berusahalah untuk majukan diri Anda.. Banyak buku di pasaran..beli lah, rujuk lah…kita tak akan rugi. Tambahan sekarang banyak kemudahan yang boleh kita dapati terutama di internet sendiri… salah satunye.. ebook mahir bahasa inggeris. Cuba dapatkannye..saya yakin dengan usaha kita yang mengunung untuk belajar, kita akan berjaya!
Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan
1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.
Semoga memberi manfaat