Kehebatan Produk Digital [MESTI BACA]

Dahulu memang saya ingatkan bahawa untuk melakukan bisnes, saya perlu ada prouk yang boleh disentuh dan dilihat di depan mata sebelum saya dapat menjual dan menghasilkan pendapatan daripada bisnes ini.

Apa yang saya fikirkan pada masa tersebut ialah, “bagaimana saya nak hasilkan produk tersebut?”

Kalau saya nak jual kopi, terpaksa buka kilang atau tempat kecil untuk simpan stok dan bahan mentah supaya ianya senang diproses nanti.

Kalau saya nak jual tudung, terpaksa saya hasilkan sendiri atau dapatkan pengilang untuk hantar kepada saya, di mana saya akan jual dan dapat keuntungan berdasarkan peratusan sahaja.

Kesemua ini adalah memerlukan saya berusaha keras untuk menghasilkan produk sebelum dijual.

Modal yang banyak juga mungkin diperlukan.

Memanglah pada masa tersebut, saya tidak terfikir untuk melihat model bisnes yang amat menguntungkan ini (saya akan terangkan sebentar lagi) kerana pemikiran saya masih lagi di takuk lama.Mungkin bagi sesetengah orang, bisnes secara konvensional adalah sesuai untuk mereka dan mereka berminat untuk melakukannya.

Malangnya, saya bukanlah orang yang sukakan bisnes secara menjual produk fizikal. Tak tahulah pada masa akan datang tapi pada masa sebelum ini dan sekarang, ianya masih tidak terlintas di dalam fikiran saya.

Namun, semangat menghasilkan pendapatan melalui titik peluh sendiri, dengan mempunyai bisnes sendiri, mendorong saya mencari dan mencari sehinggalah saya temui satu cara mencipta produk dengan mudah tanpa memerlukan modal yang banyak. Dan, yang lebih penting lagi, saya dapat hasilkan produk ini dari rumah sahaja.

Percubaan pertama saya menjual produk sebeginimeng hasilkan pulangan sebanyak lebih RM3,000 dalam masa beberapa minggu. Lama-kelamaan, saya menjadi semakin mahir sehinggalah berjaya menghasilkan jualan sehingga lebih RM100,000 dalam masa yang singkat.

Ya, memang bunyinya seperti “hype” atau melebih-lebih tetapi jika anda belum merasainya, saya harap anda bersikap terbuka dan cuba mengikuti jejak-langkah saya (itupun sekiranya anda ingin menghasilkan produk yang dapat menjana pendapatan 5 hingga 6 angka untuk anda).

Jadi, apakah produk yang saya maksudkan?

Ianya adalah tak lain dan tak bukan “produk digital”- produk informasi yang mempunyai permintaan dan pasaran yang luas.

Disebabkan permintaan dan pasaran yang luas ini sangat besar, saya cuma perlu penuhi permintaan ini dan dengan pantasnya saya dapat lihat hasil yang lumayan.

Yang lebih menarik lagi ialah anda juga sebenarnya boleh hasilkan produk digital dari rumah anda sahaja sekiranya anda mempunyai peralatan dan ilmu yangcukup. Inilah mesej yang ingin saya sampaikan kepada anda kerana saya sudah lihat sendiri kehebatan produk digital di hadapan mata saya dan bagaimana ianya mengubah persepsi saya untuk menjana kekayaan di dalam hidup.

Berita baiknya, saya dan seorang lagi jutawan internet dari Malaysia telah pun sebenarnya siapkan satu program khas untuk mengajar anda menghasilkan produk digital yang laris dijual.

Ianya dinamakan “Pakar Produk Digital” dan akan menemui anda pada hari esok, Selasa 21 September pada pukul 10:00 Pagi.

Ini juga merupakan perkongsian paling lengkap saya dengan audio, video dan fail PDF yang menerangkan secara terperinci bagaimana untuk mencipta produk digital yang dapat menghasilkan jualan yang lumayan.

Pastikan anda lawati laman web di bawah tepat pada jam 10:00 pagi esok:

http://www.PakarProdukDigital.com/

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. ini juga peluang untuk anda sama-sama mencipta produk seperti yang dihasilkan oleh jutawan internet yang saya maksudkan di dalam email di atas.

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, Perniagaan Internet, Ulasan Produk

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

2 Responses to “Kehebatan Produk Digital [MESTI BACA]”

Leave Comment

(required)

(required)