Kelebihan Menghadiri Seminar Perniagaan Internet
Pada permulaan saya menceburi perniagaan internet, memang jarang sekali saya dapat melihat individu atau syarikat yang menganjurkan seminar perniagaan internet. Mungkin pada tahun 2002 tersebut, ramai yang masih dalam pembelajaran atau dalam proses memperkembangkan bisnes internet mereka. Namun, sekarang, pengendalian seminar dan workshop internet sudah semakin rancak nampaknya.
Di dalam akhbar atau internet, sudah ramai yang mengiklankan seminar atau workshop perniagaan internet ini. Ada yang menawarkan seminar yang membincangkan perkara asas seperti pembinaaan laman web dan ada yang menerangkan dengan lebih lengkap tentang salah satu model perniagaan internet yang boleh diceburi oleh orang ramai.
Peluang sebegini patut diambil oleh mereka yang ingin menceburi perniagaan internet atau memahirkan lagi bidang perniagaan ini. Walaubagaimanapun, setelah saya amati, ada segelintir daripada mereka yang meluahkan perasaan kurang senang dengan hasil yang diperolehi setelah menghadiri seminar sebegini.
“Saya pergi ke seminar _______ anjuran _____ tapi selepas setahun, masih tak dapat menjana pendapatan daripada internet.”
“Betul ke boleh buat duit selepas pergi seminar _______ ni?”
“Kalau dah bergelar jutawan, kenapa perlu beliau anjurkan seminar dan ajar orang buat duit di internet? Atau beliau jadi jutawan kerana anjurkan seminar?”
Tidak dinafikan bahawa memang akan terdapat mereka yang akan berfikiran negatif terhadap sesuatu yang baik. Ini adalah lumrah manusia tetapi biarlah saya katakan sekali lagi (mungkin ada yang pernah dengar):
“Tiada Jaminan Kejayaan di Dalam Perniagaan Internet Melainkan Anda Belajar Mengenai Perniagaan Tersebut, Mahirkan Diri dan Berusaha Secara Berterusan”
Seminar atau workshop perniagaan internet mampu menolong anda belajar dengan cepat dan berguru dengan mereka yang telah pun berjaya. Selebihnya akan bergantung kepada usaha anda sendiri.
Memang anda boleh belajar perniagaan internet ini dengan sendiri - melalui bacaan ebook, buku atau bertanyakan orang ramai di forum. Namun, masih terdapat pelbagai kelebihan menghadiri seminar atau workshop perniagaan internet ini berbanding dengan belajar sendiri.
Walaupun kos menghadiri sesuatu seminar perniagaan internet adalah sedikit mahal berbanding dengan membeli sebuah buku bisnes internet, namun keistimewaannya tidak dapat ditandingi (itupun kalau anda menggunakan peluang menghadiri seminar bisnes internet ini sepenuhnya).
Jadi, mari kita lihat kenapa anda masih perlu menghadiri seminar perniagaan internet tak kira di mana tahap anda berada di dalam bisnes internet ini.
1. Jalan pintas untuk belajar perniagaan internet
Di dalam seminar perniagaan internet, anda akan diajar bagaimana bisnes ini dijalankan bukan sahaja secara teori bahkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan usahawan internet itu sendiri. Sekiranya anda tidak memahami sesuatu, anda boleh bertanya kepada penceramah dan soalan anda bakal dijawab pada masa yang sama. Dari sini juga anda dapat belajar perkara yang patut anda elakkan dan praktikkan tanpa membuat tekaan atau andaian salah mengenai topik yang dibincangkan.
2. Cungkil rahsia dalaman usahawan internet
Sesetengah usahawan internet memang tidak akan membongkar sesetengah rahsia mereka di dalam blog ataupun email yang mereka hantar. Jika rahsia perniagaan internet mereka ini diulas di dalam laman web mereka sekali pun, ianya tidaklah terperinci seperti yang bakal mereka berikan semasa seminar. Jika anda kurang percaya, cuba anda dengar rakaman temubual seseorang usahawan internet yang hebat. Pasti anda akan dapati sesuatu yang anda tidak pernah ketahui sebelum ini. Yang menariknya apabila anda menghadiri sesebuah seminar perniagaan internet, anda sendiri boleh mencungkil rahsia mereka secara peribadi.
3. Berjumpa dengan rakan usahawan internet lain
Bukan sekadar menimba ilmu sahaja, anda juga bakal berjumpa usahawan internet yang lain yang mungkin juga mempunyai minat dan tahap pengalaman bisnes yang sama dengan anda. Dari sini anda dapat meningkatkan lagi kepercayaan anda mengenai perniagaan internet yang hebat ini. Walaupun perniagaan internet boleh dilakukan secara individu atau perseorangan, pada satu ketika, anda pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sekiranya anda mempunyai ramai rakan usahawan internet yang lain, perniagaan internet anda akan berkembang dengan lebih cepat.
4. Mencipta perkongsian bisnes atau “joint venture”
Tidak seperti perniagaan konvensional, perniagaan internet adalah hebat kerana saingan anda juga boleh menjadi rakan niaga anda yang kuat. Sebagai contoh, sekiranya saingan saya mempunyai produk yang seakan-akan produk yang saya jual, saya akan menjadi rakan niaga beliau dan menjual produk beliau kepada pelanggan saya untuk komisyen jualan. Begitu juga yang dapat dilakukan oleh beliau. Dengan menggunakan sedikit kreativiti, saya dan saingan saya akan sentiasa mendapat untung dari promosi yang sama-sama kami jalankan. Di seminar perniagaan internet, anda bakal menjumpai rakan “joint venture” anda. Setidak-tidaknya anda bakal menjumpai mereka yang mungkin ingin memulakan perniagaan internet berdasarkan model bisnes yang sama yang ada di fikiran anda. Ini akan memudahkan lagi anda memulakan perniagaan internet anda (fikir lakukan bisnes secara berkumpulan). Dan lagi, siapa tahu? Mungkin anda juga boleh mencadangkan “joint venture” kepada penceramah seminar tersebut.
5. Mempunyai mentor anda sendiri
“Sekiranya anda (pelajar) sudah bersedia, guru anda akan menjelmakan diri” - bukan saya yang cipta ayat ini tapi diambil daripada peribahasa Cina. Maksudnya, anda sendiri yang akan mencari guru anda untuk dijadikan panduan perniagaan internet anda, dan anda perlu bersedia untuk menerima ilmu yang akan diturunkan kepada anda. Guru anda ini akan menjadi mentor kepada perniagaan internet anda dan beliau akan membantu anda mencapai kejayaan. Syarat yang anda perlu ada ialah persediaan anda untuk menerima ilmu yang bakal diberikan disamping usaha anda sendiri. Jadi, sebelum anda menimba ilmu daripada sebarang seminar atau workshop, anda perlu juga melakukan kerja rumah (homework) anda sendiri. Buat pembacaan sendiri terlebih dahulu tentang topik yang hendak dibincangkan, senaraikan soalan yang bakal anda tanya dan usahakan supaya penceramah pada hari itu mengenali anda dengan lebih rapat. Kemudian jadikan beliau mentor atau rujukan anda pada masa akan datang sekiranya anda mempunyai masalah berhubung dengan bisnes internet anda.
Jadi, sekarang anda sudah dapat 5 kelebihan mengapa anda perlu menghadiri (paling kurang sekali seumur hidup) sesebuah seminar perniagaan internet. Semestinya nilai menghadiri sesebuah seminar bisnes internet adalah melebihi 5 perkara di atas, namun cuma mereka yang nampak sahaja akan menganalisa segala kebaikannya.
Saya sendiri memulakan perniagaan internet selepas menghadiri sebuah seminar 3 hari 2 malam di Genting Highlands pada 20-22 Disember 2002. Tetapi saya juga telah melakukan penyelidikan dan pembelajaran secara sendiri selama beberapa ketika. Tak hairanlah kenapa saya akan sentiasa menyarankan anda menghadiri sebarang seminar bisnes internet yang dianjurkan. Hasilnya sangat berbaloi. Walaubagaimanapun, pilih seminar yang sesuai untuk anda dan pastikan penceramah adalah usahawan internet yang sebenar. Jika disediakan bantuan selepas seminar atau workshop, ambil peluang ini untuk terus belajar dan memperkembangkan bisnes anda.
Akhir sekali, jangan jadikan seminar sebagai satu-satunya cara untuk anda berjaya di dalam bisnes internet ini. Jadikan seminar atau workshop perniagaan internet sebagai alatan (tool) untuk anda menapak maju ke hadapan. Saya pasti anda akan berjaya suatu hari nanti.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat. Untuk maklumat lanjut mengenai seminar perniagaan internet, sila lawati http://rahsia.bisnesdigital.com/seminar
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
pergi seminar jugak adalah satu bonus besar sebab boleh mendapat support terus dari penceramah tersebut..mesti pertanyaan kita juga akan dijawab kerana kesanggupan kita belajar bersama mereka di seminar yang dianjurkan…buktinya macam irwan sebelum dia lancarkan bisnes sms, dia kata dah banyak kali berbalas emel dengan penceramah(saifulsham team).. ini yang kita tak dapat jika tak pergi seminar…
betul kat bro Zamri.. pada awalnya, saya pun mempersoalkan mengapa harus saya pergi seminar internet nie. tp setelah tengok dan lihat perkembangan perniagaan internet sejak kebelakangan ini, membuatkan saya mengambil keputusan untuk join seminar yg akan datang. pd saya… kata nak dapat duit dari internet, so kena jumpa guru la… bak kata tn guru… belajar kena ada guru… hehehehe…
betul bro Zamri memang
tidak ada Jaminan Kejayaan di Dalam Perniagaan Internet Melainkan Anda Belajar Mengenai Perniagaan Tersebut, Mahirkan Diri dan Berusaha Secara Berterusan, kegagalan tidak akan pernah terjadi asal kita sabar, dan sunguh-sungguh untuk melakukannya. Artisnya tidak ada kegagalan bila kita mengerjakannya dengan sungguh-sungguh. prinsip yang harus dijalankan “bisa tidak bisa, harus bisa, mampu tidak mampu harus mampu” yang penting adalah belajar dan berusaha. thank.
best regards
dermawan_sag
Salam,
Pada pandangan saya, dalam melakukan sesuatu
perkara kita perlulah mempunyai ilmu.
Untuk memperolehi ilmu, kita perlukan
seseorang guru yang mampu memberikan
tunjuk-ajar, panduan dan nasihat.
Ataupun, jika ada sebarang kemusykilan,
kita boleh rujuk pada guru tersebut.
Sehubungan itu, menghadiri seminar ini
pun salah satu cabang untuk mendapatkan
ilmu di samping menambah kenalan:)
Bagi saya, jika tiada aral saya pun
akan menghadiri seminar ni.
Sekian, terima kasih.
Hi Sdr. Zamri,
Memang benar seperti anda nyatakan, seminar tumbuh seolah-olah macam cendawan. Saya cukup menyokong idea Zamri tentang kebaikan menghadiri seminar. Kita bertemu ‘the real people’ yang benar-benar berjaya di Internet.
Mungkin selama ini kita masih tak yakin dengan perniagaan internet(skeptical), dengan menghadiri seminar kita akan berasa yakin dan bersemangat untuk mencuba.
Saya percaya sebarang was-was yang tertanam selama ini akan terpadam, kerana di sana kita berinteraksi secara bersemuka dengan mereka yang terlibat secara langsung berniaga di
Internet dan kita boleh bertanya kalau tak segan.
Kongsilah bersama sdr Zamri, pandangan beliau cukup ikhlas dan sangat membantu.
Saya sendiri ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd. beliau krn. banyak panduan yang diberi kpd saya melalui ebook yang di download secara percuma.
Kepada orang baru(Newbie), seminar adalah tempat yang paling sesuai.Maklumat cepat dan tidak curiga.
Saya juga orang baru dan banyak membaca di Internet… Sekarang dalam proses utk. mencuba. Sekali lagi,terima kasih atas segala bantuan. Sekian.
Pada pendapat saya kebanyakan mereka yang gagal memahami atau tidak berpuas-hati adalah mereka yang ‘blank’ dalam IT dan takut untuk mencuba serta tidak mahu bertanya. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh peserta Seminar Perniagaan Internet.. tapi apa2 juga seminar atau kursus yang berkaitan IT.
Sejak saya mula mengajar IT hingga kini, sifat ini sangat ketara dikalangan orang melayu… mereka ingin berjaya, atau pandai dalam IT seperti org lain, tetapi takut mencuba dan buat silap atau belajar dari kesilapan. Mereka sepatutnya menjadikan orang berjaya seperti saifulsham(yang bukan background IT) sebagai model. Malah saya sendiri walau pun seorang pensyarah IT, mahir buat web, mahir buat grafik.. tapi belum tentu berjaya dalam bidang perniagaan internet jika saya tidak mahu mencuba.
Memang saya setuju….belajar ini mestilah ada guru. Bukan apa senang bertanya kalau ada kemusykilan berbanding kita membaca sahaja…paling tidak kita yang jawab sendiri. Meng hadiri seminar dengan membaca buku memang ada perbezaan dari segi input yang kita dapat. Membaca adalah teori tetapi mendengar membaca dan bertanya adalah input yang terbaik untuk ilmu.
Seminar memberi satu motivasi kepada kita disamping kita berhadapan sendiri dengan mereka yang berjaya. Kita boleh membuat penilaian sendiri dari segi penyampaian seseorang penceramah itu. Kalau dia tipu takkan ramai yang berjaya melalui ilmu yang di kongsinya itu. Namun sekiranya seseorang itu tidak mengadaptasikan ilmu yang dipelajari itu mana mungkin ia boleh hadir dengan sendiri…
fro
amir Jempool
www.anugerahremajaperdana.blogspot.com
jumpoooo laieee….
Betul dan sememangnya betul semuanya. Apa pun semangat, matlamat dan daya motivasi boleh jadi keutamaan walaupun ilmu dari menghadiri seminar sudah diperolehi. Jangan hilang pedoman sudah lee…
apa apa pon apa yang baik, bagus la untuk anda semua.ok
teruskan usaha yang baik tak salah kalau berusaha.dan jika ada minat.ikhlas
anwar.
Saya pun dah confirm nak pergi seminar ni, saya ni memang bukan orang IT tapi minat tu je yang ade, walaupun usia dah terlewat harap dapatla terima ilmu nanti
saya dah confirm pergi seminar ni kerana saya memang mahu menimba ilmu internet ini lebih lebih pula saya ni baru aje nak mencuba perniagaan internet ni. saya paling minat mengenai adsense dan saya dah mula belajar dari syed ikhwan salah seorang dari usahawan internet yang bakal saya temui nanti. saya harap dengan menghadiri seminar ini akan menambahkan lagi keyakinan saya dalam perniagaan internet ni. terima kasih zamri atas sokongan anda kepada saya selama ini walaupun saya baru aje menceburi bidang internet ini. syabas juga saya ucapkan kepada zamri atas usaha anda mengingatkan kami semua. terima kasih sekali lagi
Untuk pergi seminar pula kita harus ada banyak duit, kalau kita tiada duit kita tidak dapat pergi untuk berlajar. saya kata seminal ini untuk orang orang yang banyak duit sahaja.
kadang kadang diseminar kita tidak dapat apa yang kita hajati mungkin kefahanan kita tidak sama dengan orang lain.
Pecerahan diseminar ini kadang kadang bercakat dengan kita lain dan dengan orang lain, lain pula jadinya, dia pandai bercakat saja. tidak semua rahsia dia ceritakan pada kita.
Kadang kadang tidak semua, diseminar boleh kita belajar rahsia perceramah itu,. Tapi diseminar juga kita akan dapat ramai kawan kawan yang sama minat dengan kita. kita boleh bertanya atau berbicang dengan kawan kawan diseminar ini.
Sy pernah pergi kursus membuat laman web dan perniagaan internet anjuran En.Zaki,dh hampir setahun,tp x de ape2 yg boleh sy buat,kursus dibuat seolah2 kita dh master dlm bidang IT,harap ada pendedahan yg lebih praktikal dan memberi pemahaman cara bisnes IT dijalankan
Kalau dah dapat kerja tapi tak buat kerja, mana mungkin bos nak bayar gaji..kalau dah berniaga, tapi tak jalan kan bisnes tu, takkan income nak turun dari langit..sama juga dengan seminar ni..kalau dah attend seminar perniagaan internet, tapi isi kursus tak di praktik kan, akhirnya individu tu menyalahkan org lain pulak..
Gunakan serta praktik kan sepenuhnya ilmu yang anda dapat di mana-mana seminar, insyaAllah income (RM) menunggu anda!!
Sebagai permulaan, belajar sedikit dahulu ilmu internet sebelum berjumpa guru. at least sudah ada gambaran untuk bertanya berkaitan ilmu yang lebih advance. Ilmu yang lebih advance inilah yang amat diperlukan oleh peniaga / blogger internet. Setakat basic boleh belajar sendiri. Banyak ebook percuma dan blog khas untuk mendapat ilmu berkaitan. Laman web yang saya bina juga adalah usaha saya belajar sedikit demi sedikit. walaupun tak secanggih laman web yang advance. tapi saya tetap berpuas hati. Ianya dihasilkan oleh saya sendiri. walaaaaa
syah
www.pil-fiber.com
www.premiumbeautiful.wordpress.com
www.food-additives-health.com
Hai bro…
sy belum lgi join Dalam Perniagaan Internet tpi berminat
cuma dlm minda nie..mcm dah d blok bhawa kegagalan pasti d hujung…sbb org yg buat nie…rata2 dah ada capital..buat utk menambah apa yg ada klu tak “masuk” tak apa.is ok..
maybe sy salah. tpi tu masing2 cara mindanyer berfikir.sy byk idea tpi tkut…malas ..tak tahu…mcm2 alasann yg bermain d fikiran nie…sy nak berubah tpi…tu lahh kite org melayu nie byk sgt ..fikir risiko..tu lah nie lah..
seminar tu mmg bgus..tpi masa pd tu aje..lepas tu. klur semangat pon ilang..
mcm mana bro… sy mmg nak berubah..sy mmg nak..
tpi….tpi……..
az
Saya paling setuju kata Zamri yang no 1 tu..jln pintas. Saya membuang masa mencari pelbagai maklumat utk perniagaan internet dan tak tahu step-step yang betul. Asyik try and error yang kadang-kadang membuatkan saya give up.
Setelah saya tahu serba sedikit mengenai internet biz ni, saya semakin ingin tahu lebih detail rahsia macamana diaorang boleh dapat hingga ke 5 angka.
Saya juga akan pergi ke seminar tersebut walaupun jauh dari JB.Jumpa di sanaa..
Bagi yang takde modal eloklah buat sendiri dulu.Sekurang-kurang setelah ada pengalaman sikit dan tahu masalah-masalah disebalik perniagaan internet ini dan dah ada modal sikit baru join seminar. Ia lebih berkesan.Sebab kita faham apa yang guru ajar dan kita boleh berbincang dengan lebih berkesan sebab tahu apa masalah kita setelah menyertai perniagaan ini dan belajar kenapa dah buat lama tapi belum nampak hasil yang memberangsangkan.
Assalammualaikum,
Tidak dinafikan sumber ilmu adalah dari pelbagai cabang.Realitinya ,kita juga perlu ingat berapa peratus kah yang telah berjaya drp sdr/sdri kita yang telah menceburi perniagaan internet ini?.Adakah kita akan tergolong dalam kumpulan tsb. Ini lah ilmu yang sangat penting untuk kita teroka .
sorang berfikir macam tu sebenar orang yang senang cepat. Kalau boleh, lepas habis belajar terus dapat apa yang dia mahukan. Orang yang macam nie memang ramai dan kebanyakkannya terdiri dari bangsa kita sendiri.
seminar best kalau diajar step by step nak buat sesuatu perniagaan internet.. contohnya macam sistem autoresponder… klu masa seminar tu ada diterangkan untuk berjaya kena ada sistem autoresponder sendiri… pastu diajar sekali mcm mana nak buat… xde la peserta tu tekapai-kapai…
Bagi saya seminar perniagaan internet adalah sumber yg bagus untuk dapat terus informasi daripada pengiat perniagaan internet yg sebenar. Namun informasi tidak dapat ditransfer sekiranya, peserta seminar sendiri tiada asas tentang komputer & IT. Dalam seminar sebegini istilah IT pasti digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara..Jika juang sebegini terlalu besar ibarat “komunikasi antara itik dengan ayam” yg bercakap harap yg mendengar faham, yg mendengar pula xtahu apa yg dicakapkan. Saya nasihatkan anda yg tiada asas IT belajar serba sedikit sebelum hadir sesuatu seminar berkaitan IT.
Dalam seminar sebegini perlu ada bengkel antara 25-30 sahaja yg dikendalikan oleh seorang pakar ( fasilitator ). Bagi sy jika dengar saja x banyak beri manfaat. Untuk pengetahuan anda, sy bukan ada background ITpun, Sekarang ni sy dah berjaya membuat laman web sendiri & mengendalikanya. Yg masih sy xpuashati sy masih gagal buat grafik. Sy masih belajar buat laman web dgn lebih baik lagi drp yg sy telah buat sekarang.Untuk berjaya dalam apa2 bidang, sekalipun mesti ada kemahuan dan keazaman untuk berjaya.
Menghadiri seminar memang Ok … tapi janganlah charge mahal sgt skarg pun ekonomi tak baik . Brg semua mahal dan skrg buat business pun nampak lembab aje. Macam saya dah menganggur 3 tahun dah cari kerja pun susah lagi lulusan overseas bila pi interview suruh buat business tapi bukan senang pi sana sini semua org nak $$$ ajeee .








Tak perasan ada artikel baru pasal seminar. Selama ni belajar sendiri je