Kemahiran HTML atau Model Bisnes Internet… Mana Lebih Penting?

Kemahiran HTML atau Model Bisnes Internet… Mana Lebih Penting?
oleh Zamri Nanyan

Adakah Anda WAJIB Ketahui HTML?

Soalan ini mungkin tidak diajukan kepada saya secara langsung tetapi apabila soalan-soalan yang dihantar kepada saya dibaca sepintas lalu, sah bahawa kebanyakan daripada mereka yang ingin menceburi perniagaan internet rasa bahawa mereka perlu tahu dan faham perisian HTML (kod untuk membina laman web).

Contoh-contoh komen yang diberikan ialah seperti “saya buta IT”, “saya cuma tahu baca email aje”, dan “saya tak tahu bina laman web” merupakan komen yang menjurus kepada persepsi bahawa untuk memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu bahasa komputer seperti HTML atau PHP.

Jadi, persoalannya ialah… adakah MESTI anda mengetahui perisian HTML untuk menjalankan perniagaan internet?

Jawapan saya mudah… bergantung kepada model bisnes internet yang anda ceburi.

Sebagai contoh, jika anda adalah seseorang yang suka membina laman web sendiri untuk dijual kepada orang lain (website flipping), mungkin kemahiran HTML menjadi faktor nombor satu. Tetapi jika anda adalah seorang yang cuma fokus kepada pengiklanan Google Adword untuk membawa trafik terus ke laman web affiliate, anda mungkin tidak memerlukan pengetahuan mendalam mengenai HTML.

Di dalam temubual Labanon dan saya di dalam pakej Rahsia 10K, saya ada menceritakan bahawa sekiranya anda tidak mahir dengan sesuatu perkara, anda boleh ‘outsource’ atau upah orang lain untuk buatkan kerja untuk anda.

Jika diambil contoh “website flipping” di atas, tidak mustahil jika anda upah orang lain untuk membina laman web yang hendak anda jual. Tugas anda cuma untuk pastikan laman web tersebut dapat dijual. Dan, di sini anda boleh lihat bahawa kemahiran HTML sudah bukan menjadi faktor nombor satu lagi.

Semuanya bergantung kepada model bisnes internet yang anda ikuti.

Namun, saya tidak nafikan bahawa mempunyai kamahiran HTML adalah kelebihan yang besar di dalam operasi bisnes internet seharian anda. Paling tidak, anda tahu perkara asas seperti bagaimana caranya untuk membuat pautan, memasukkan imej ke dalam laman web atau memahami terma-terma seperti “meta tag” dan sebagainya.

Saya sendiri pun cuma mengetahui perkara-perkara asas mengenai HTML ini (satu-satunya perisian untuk membina laman web yang saya tahu). Jika ditanya mengenai skrip dan sebagainya, sudah pasti saya akan menyerah kalah. Namun ini tidak menghalang untuk saya meneruskan usaha saya.

Tetapi, jika pembelajaran perisian HTML merupakan sesuatu yang anda perlu ada di dalam model bisnes internet anda sekarang, saya cadangkan anda membeli satu atau dua buah buku berkaitan pembinaan laman web dari kedai-kedai buku seperti MPH dan sebagainya, belajar dan cuba praktikkan.

Masalahnya, buku-buku yang ada di kedai-kedai buku di luar sana akan memberikan penerangan yang mendalam mengenai HTML dan cara-cara membina laman web. Sekiranya anda tiada masalah dengan maklumat sebegini, teruskan. Tetapi jika anda mahukan maklumat yang mudah difahami khusus untuk memahami HTML, saya boleh syorkan ebook yang bertajuk Panduan HTML di http://simurl.com/panduan-html

Secara amnya, saya rasa pengetahuan asas mengenai HTML atau perisian membina laman web adalah penting tetapi tidaklah menjadi faktor utama di dalam bisnes internet. Mengenali model bisnes internet anda terlebih dahulu adalah lebih penting kerana ianya akan merupakan plan perancangan untuk anda menghasilkan pendapatan di internet.

Soalan saya sekarang… apakah model bisnes internet yang anda ikuti?

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

================================================

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

Salam admin,

Pada saya asas HTML perlu n penting. Tapi kalau dok pikiaq apa nak wat HTML tapi perniagaan dalam minda x dikeluarkan.. Sama ja.. X p mana pun.. Mulakan langkah pertama.. Itu yang best dalam biz nie.. :) Nak2 online biz.. :)

Assalammualaikum,

Pada pendapat saya, untuk memulakan sebuah perniagaan internet, kita perlu tahu serba sedikit HTML. Yang paling penting adalah model dan strategi pemasaran.

Dan yang paling best boleh berurus niaga di bilik tidur:)

Assalamualaikum Semue……

Menyentuh perkara samada HTML atau Modal Bisnes mane yang lebih penting, saya rase kedua-duanye amat penting. Tapi yang lebih penting adalah menguasai HTML. Apabila anda menguasai HTML saya rasa modal bisnes anda kurang sikit. Cuma anda hanya keluarkan modal untuk menyewa tapak url anda sahaja.

Mengapa anda harus menguasai HTML? Jawapannya anda dapat mengurangkan kos, boleh buat bisnes buat web, tak perlu tempah dengan pakar dan sebagainya. Itu je yang penting. Tapi kalau ada modal sikit, bolehlah belajar sikit2 dengan orang yang pandai HTML. Rugi kalau tak belajar……jangan takut pada sesuatu yang baru.

Md Yakub
http://www.hotnusantara.com

Assalamualaikum,

Nampaknya sama-sama penting, cuma apakah keutamaannya dulu mengikut situasi semasa kita. Kita perlu juga tahu sedikit asas.Bila tahu, mudah untuk menimba ilmu apabila ada kawan-kawan memberi penerangan kelak

pada saya, ianya sama penting. tapi idea itu leih penting jika mahu lebih kejayaan. Ilmu HTML itu bukan nombor satu tapi bukan juga nombor dua dalam bisnes internet hari ni.

Kendatipun, ilmu tentang HTML itu, jika diperolehi oleh seseorang, merupakan satu advantage yang melebarkan jurang di antara mereka yang tidak memilikinya…

http://creamstudents.com

Pada pendapat saya menguasai html adalah bonus! Sekurang-kurangnya kita tahu apa yg asas dan tidak terkial-kial atau takut untuk memulakan sesuatu yg memerlukan coe-code html. Saya sendiri mengambil short course untuk mengetahui programming code ini walaupun tiada basic IT ( tak semua yg tahu IT tahu pasal code-code ni).

Bagaimana pun sekadar mengetahui tapi terlalu asyik dengan html pun tiada gunanya kerana tujuan kita adalah menumpukan perhatian pada perniagaan yg kita mulakan. Kalau boleh outsource apa salahnya. Saya sendiri pun mana yg kurang mahir, saya outsource dan hasilnya saya dapat lebih fokus pada marketing ( yg penting ada income )!

Orang lain mungkin pendapatnya pun lain.

seperti yang telah di beritahu, apa model perniagaan yang hendak dijalankan?? itu yang penting… jika lebih kepada membina web maka pentinglah HTML tu, jika nak buat promosi jer kurang pentinglah, jika belajar dapat tambah ilmu baru….

Asas html itu penting jika kita selalu outsource sahaja, bila kita nak pandai. Ada banyak perisian yang kita boleh dapat sama ada secara percuma atau berbayar atau pun satu cara lagi
adalah dengan berkongsi dengan orang lain. Mungkin saudara Zamri Nayan boleh memberi pandangan dan idea yang bernas.

Pada pendapat saya, HTML tidak penting dalam perniagaan internet.

Affiliate marketing adalah perniagaan internet yang paling mudah dan menguntungkan. “Sales page” telah disediakan dan kami hanya perlu menjana “trafik yang fokus” ke “sales page”.

Pasaran terdapat banyak percuma/berbayar software yang senang “dimanipulasikan”. Hanya guna teknik “copy” and paste”. Contohnya: Frontpage atau “template” yang percuma.

Selain itu kami juga boleh mengguna “blog” yang percuma yang tidak perlu ‘ilmu” HTML. Contoh: https://www.blogger.com/start

Memang tidak menafikan pengatahuan HTML akan menguntungkan kamu yang ingin menceburi diri dalam “bidang” website design. :)

Jika sesiapa yang ingin “menambahkan” ilmu HTML boleh merujuk ==> http://www.make-a-web-site.com/
(kamu tidak “membazir” ringgit untuk membeli buku HTML:) )

To Your Success
Bryan Hee

Kedua2 adalah penting…sbb untuk memulakan perniagaan internet kita perlu tahu kedua2nya sekali…supaya perniagaan internet akan terurus dgn baik…Tq.

Semuanya adalah penting..tapi bagi saya produk lebih penting dari mengetahui html, jika kita ada produk, kita dah boleh start berniaga, tidak semetinya secara mempunyai laman web..melalui blog pun masih boleh berniaga..kalau ada produk pun kita boleh menjual secara pos atau pun iklan kan dalam akhbar..sementara berniagan secara pos tuh, boleh la blaja2 html plak..dengan kata lain, sambil blaja html, pemasaran telah pun berjalan..betul tak..kalau nak tahu cara berniagan pos boleh try tengok kat sini

http://www.rahsiaperniagaanpos.com

Leave a comment

(required)

(required)