Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda
Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda
oleh Zamri Nanyan
Bila disebut perkataan “Social Network”, pasti anda akan terbayang laman web seperti myspace, friendster, forum dan sebagainya.
Facebook juga adalah salah satu laman web yang dikategorikan sebagai laman “social network” di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan email atau komen di halaman utama akaun Facebook anda atau rakan anda.
Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah laman web untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan baru sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Tanggapan ini adalah salah.
Facebook boleh digunakan untuk perlbagai tujuan.
1) Facebook sebagai pembina kredibiliti
Di dalam perniagaan internet, terlalu ramai penipu yang menyatakan bahawa mereka menjalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa atau pun berinteraksi dengan mereka sekali pun. Jika anda lakukan carian di Google pun, anda tidak akan dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka.
Tetapi jika anda mempunyai akaun Facebook yang anda selalu kemaskini dari masa ke semasa, anda sebenarnya memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tidak cuma berselindung di sebalik laman web jualan yang statik.
2) Facebook sebagai pembina jaringan bisnes
Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud ‘network marketing’ atau program berbilang tingkat. Ianya bermaksud jaringan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu satu sama lain.
Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan (atau ‘groups’) di mana fungsinya ialah untuk menarik sesuatu kumpulan yang berminat untuk sesuatu subjek untuk berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan peniaga lain untuk menyertai kumpulan anda.
3) Facebook Sebagai Medium Untuk Memasarkan Produk
Sebenarnya ada banyak cara anda boleh memasarkan produk atau servis anda melalui Facebook. Cara paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link) ke laman web anda di bahagian “Link” atau taipkan sahaja di ruangan “What’s on your mind?”.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sumbangan maklumat yang lain, mungkin cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selang selikan iklan anda dengan maklumat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas.
Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum “Advertise” yang membolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis yang anda tawarkan. Ebook “Panduan Facebook Ad” menceritakan cara pemasaran ini dengan lebih lanjut.
Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang dapat
menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang digemari oleh usahawan internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri).
Walaupun saya cuma berikan beberapa contoh di sini sahaja, namun dengan sedikit kreativiti anda, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook.
Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan berinteraksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya.
Beberapa sumber bacaan tempatan di bawah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.
1) Buku “Rahsia Pemasaran Facebook” oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapati di kedai-kedai buku tempatan. Ianya juga sebuah buku yang baik untuk mula mengenali Facebook.
2) Ebook “Panduan Facebook Ads” oleh Richie di http://www.BisnesDigital.com/panduanFBA.php
3) Ebook terbaru Richie, “Kuasa Viral Facebook” yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pemasaran di http://www.BisnesDigital.com/kuasaVFB.php
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









saya setuju…saya juga menjalankan perniagaan kraf saya secara online dan melalui facebook…kawan-kawan saya dapat mengetahui mengenai apa yang saya jual…walaupun saya tidak mempromosikan mengenai kraf saya secara ‘terbuka’ namun saya dapat menjual kepada mereka secara peribadi….bagusnya facebook…lebih baik dari friendster:-)
Assalamua’laikum En Zamri….
Saya sebenarnya berminat nak buat perniagaan melalui internet mcm en buat ni…
boleh tak en tolong ajar saya macam mana nak buat perniagaan internet?
Saya ni orang susah, teringin jgak nak cari pendapatan sampingan ni…saya amat berharap dapat tunjuk ajar dari en zamri….terima kasih…
Assalamua’laikum
saya masih baru …betul apa kata en.zambri sememangnya penggunaan facebook memang berkesan .saya telah menggunakannya
yup bro. memang ketagih la main benda tu
dan yang lebih penting, ianya tak seperti friendster or myspace, kita boleh isi sebanyak mana pun or submit apa sahaja yg ada dalam kepala kita. memang seronok. he
facebook mmg bgs malah lebih bgs dari myspace dalam menarik traffic. saya sendiri menggunakan facebook untuk menarik traffic ke website saya. tapi cara yang diterangkan di sini menggunakan applikasi adalah sesuatu yang baru bagi saya. mungkin saya akn cuba dapatkan ebook dari richie itu..
setuju.. tapi.. myspace, friendster, dan yahoo group pun ader option untuk buat group untuk bisnes.. mengapa mesti facebook jer?
Kadang pening tengok macam-macam panduan,tak tahu mana satu nak fokus. Rasanya buat masa sekarang nak fokus kepada clickbank dan adsense, dah ok yang ni mungkin boleh cuba yang lain. Terima kasih atas perkongsian sdr Zamri.
Tkasih e. Zamri kerana berkongsi post ini. Saya hampir pasti akan mendapatkan ebook ini.
tkasih …tapi saya buta mempelajari pengunaan internet dalam perniagaan – tiada asas langsung…so apa perlu dibuat
Tq..bro..share pasal facebook…
macamana ya,…mat salleh muda-muda lagi ada innovatif..buat benda orang tak buat,…kita tukang pakai..
Facebook memang satu tool yg sangat bagus untuk marketing. Selain tu juga, ramai yg gunakan twitter utk tujuan yg sama.
Tapi nasihat saya, jangan terlampau mempromosikan link anda ataupun cuba menjual di facebook. Cara terbaik adalah membina kredibiliti anda, dan dari situ barulah boleh buat jualan..
Terima kasih kepada saudara Zam kerana sudi memberi tip tentang teknik pemasaran bisnes melalui Facebook.Di samping itu juga kita dapat bantu membantu antara satu dengan melalui kawan-kawan kita yang mempunyai pengalaman.
Saya tercari-cari kaedah pemasaran profesional selama ini.
Tidak tahu dimana nak mula. Adakah ada jalannya pemasaran PERKHIMATAN disini. Dimana nak beli facebook tuu…
Ada kawan-kawan boleh bantu..?
Apa sahaja social network, digalakkan anda sertai untuk bisnes, asalkan anda tidak melakukan SPAM
saya tak pernah buat bisnes dlm internet so ajar saya