Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate
Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate
oleh Zamri Nanyan
Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.
Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.
Kenapa?
Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.
Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).
Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.
Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.
1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)
Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.
Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di http://www.PakarAffiliate.com sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








satu tips yg berkesan..
akak baru jer berjinak2 dengan internet biznes ni.
alhamdulillah akak dah berjaya jana sikit ncome dari program affiliate ni..
Teringin gak nak success macam en. zamri ni
insyaAllah akak yakin boleh..
affilite cara yang mudah untuk memperolehi pendapatan melalui
internet dengan mempromosi product yang di sediakan tanpa memmerlukan product sendiri.
Dah lama teringin nak berjaya dalam bisnes internet ni, tapi bila join semuanya menipu.
terima kasih.
@ kakzed… kalau silap pilih program affiliate, memang boleh kena tipu jawabnya… penat promosi dan dapatkan jualan tetapi komisyen tidak diberikan… jadi, kena berhati-hati dan tanya orang yang arif.
Artikel yang bagus untuk dibaca. TQ
affilite ini sangat perlu dalam perniagaan internet untuk mendapatkan wang dengan cara mudah,
Mentor yang banyak membantu newbie seperti saya.Tips yang sangat-sangat berguna…..
Terima kasih
Salam Semua,
Yup, tak di nafikan affiliate memang asas bagi
perniagaan internet. Bak kate AmmarZahar
dia menjalankan 2 model sahaja iaitu
Jualan produk digital n affiliate
Tapi saya masih belum mampu menjana
dari affiliate. Orang kata “to be a
good affiliate, we must have a good
mailing list”.
Betul ke Bro Zamri? Apa pun saya harap
saya dapat jadi macam saudara 1 hari
nanti.
Salam
Amril Muidz
info yg amat berguna utk saya!
InsyaAllah, saya sedang giat menghasilkan e-book pertama
saya sekarang ni……
p/s: teringin juga jadi mcm saudara zamri ni.
Dh lama perhatikan affiliate ni..mungkin salah satu choice saya..insyaAllah
Dah cuba juga tapi gagal buat jualan. Kenapa ya? Boleh ke bantu saya bagaimana nak menjadi hero dlm affiliate ni. hehe
Memang tak dinafikan sistem ini untuk mereka yang tiada produk tapi masih lagi boleh menjana pendapatan internet. Walaubagaimanapun nak kene tahu jugak affiliate yang boleh kita ikuti mana la tau kan zaman sekarang ni banyak sangat penipuan berlaku. Huuhuuu.
kite masih baru nk kenal n bejinak2 dg program ni…nmpknye program spt ni mudah utk org baru weh…masih belajar..tq
Saya pernah join satu affiliate rahsiaxxxxx, tapi bila kena tipu. Walaupun stat di web saya mencatat ada visitor hampir 50-100 sehari, tetapi stat di web affiliate, 0. Bila saya inform webmaster affiliate, dapat reply akan ambil semak, tapi kesudahnya, janji palsu. Susah nak percaya affiliate melayu. So berhati-hati.
Saya memang nak tau sgt ape ke bende nya affiliat ni, nak sebut tak reti..
ade sesiapa yg boleh tlg expalin kan kt saye ni…
salam…
memang berminat tp still x dapat buat link affiliate ni….camne ye…tq
Saya kurang faham dengan program afflte yg diceritakan.
salam,
Saya baru nk berjinak2 dlm bisnes internet dan saya masih samar2 lg ttg affiliate serta kurang pengalaman.
Apakah step2 yg ptt sy lakukan utk mulakan bisnes affiliate ni.
Bolehkah en.zamri memberi sdikit ilmu dan tunjuk ajar kpd sy.
Sekian,terima kasih.
Salam’..Sya pun dah banyak kali dengar pasal affiliate ni,
untuk reka laman web’, tapi sya masih tak faham dan 0…tlong ajar sya..wassalam..terima kasih.
Salam,
Setelah hampir setahun saya berblog dan sambil2 mencari info perniagaan internet,memang saya akui menyertai dan membuat program affiliate ini merupakan salah satu peluang perniaggaan yang terbaik di internet. Jika mempromosikan affiliate ni mmg kita untung tanpa sebarang modal.Jika kita menggunakan kaedah2 yang betul. Jgn mudah terpedaya dengan buat bisnes tanpa modal.Tanpa modal yang saya maksudkan ini adalah kita tidak menggunakan modal utk menghasilkan produk itu. Tetapi,dari segi marketing,kita memerlukan sedikit modal utk membuat promosi dan sebagainya.
Saya hanya menyatakan sesuatu dari hasil pembacaan juga.Saya juga masih belajar dan perlu mengetahui byk benda lagi. Tapi untuk jadi rakan JV ni kena la kenal partner kita,itu yg penting.Barulah tk kena ditipu.
saya mmg sgt bminat untuk memulakan perniagaan internet tp msh keliru nk mula mcm mane.program affiliate ni mmg bgs untk lgkh pertama di dunia perniagaan internet ni tp nk promosinya xth mcm mane lak.kesimpulan y sy fhm,nmpak sng tp jlnnye berliku..
salam..
Nak tahu juga, program affiliate apa yg benar2 boleh buat duit kat internet. Maklum la…skrg byk yg menipu. Hrp en.Zamri dpt membantu..ma kasih.
Sememangnya benar, menyertai program affiliate itu cukup mudah. Saya pernah dan masih ada beberapa program affiliate yang saya sertai, khususnya clickbank. Saya pernah mendapat pembayaran walaupun tidak banyak. Tetapi ada satu program itu tiba-tiba hilang. Link ke websitenya tidak berfungsi langsung. Saya kurang pasti kenapa… tetapi mungkin tuan-punya website affiliate tersebut ada sebab tersendiri mengapa ianya ditutup. Itulah masalah yang pernah saya hadapi. Satu lagi yang kurang memuaskan hati ialah ketidak-tegasan pihak yang mengendalikan program affiliate tersebut. Mereka “membenarkan” pembelian menerusi link affiliate sendiri. Contohnya, saya membeli produk tersebut menerusi link affiliate saya. Dan saya kemudian mendapat komisen darinya. Itu tidak adil kepada mereka yang memperkenalkan atau mempromosikan program tersebut kepadanya. Terms and Condition mesti diperketatkan. Kalau semua orang buat macam itu, bila nak buat duit??? Satu lagi yang kurang memuaskan hati ialah promosi affiliate kita itu lebih menguntungkan pihak yang mengendalikan program tersebut kerana banyak hits yang mereka terima dan kekadang pembelian dibuat terus kepadanya tanpa menerusi affiliate yang mempromosikannya… dengan lain perkataan, affiliate tidak mendapat pembayaran…
Terima kasih.
Walaupun masih kabur bagaimana untuk menjana wang dari program sebegini, tetapi sedikit sebanyak ianya memberikan idea dan ilmu dalam perniagaan internet di mana pada masa sekarang ni ramai yang lebih mementingkan memenuhkan poket sendiri berbanding membantu sesama manusia.
Apapun semuanya bergantung pada NIAT.
Mudah2an keikhlasan untuk membantu agar bersama-sama dapat memperolehi manfaat dari perniagaan sebegini akan melahirkan lebih ramai lagi usahawan internet di negara ini.
Memang saya sedang mencari-cari peluang perniagaan diinternet
tapi susah sedikit nak memahamkan dlm Bahasa Inggeris tapi
sekarang sudah dapat faham dalam bahasa Malaysia dan tak perlu ada barang sendiri hanya promosikan yang sudah disediakan ,juga saya takut kena tipu .ok saya ingin cubalah
dalam prgram ini.
Terima kasih.
satu info yang baik terutamanya macam saya yang baru nak belaajar tuk memulakan businnes interent ni.tq
salam…nice info..
affiliate lebih mudah jika ada mailing-list….
Salam,
Sebelum ini saya banyak membeli produk yang turut menawarkan menjadi affiliate jenis pay per sale. Ada sesiapa boleh tolong saya dapatkan sebarang panduan tentang keadah “pemasaran email” yg sesuai dengan affiliate jenis ini?
Terima kasih
assalamualaikum ,zamri !terima kasih kerna menghantar poste ini kepada saya ,ianya amat berguna kepada saya walaupun ringkas selama ini saya pakai hentam kromo sahaja dalam promosi program affiliat
bolehkah kita membuat biz affiliate tanpa produk akan tetapi peserta yang menaja diberi komisen selagi ada penaja.apakah jenis lesen yang diperlukan.
Thanks bro atas tips yang sangat bermanfaat ini. Insyaallah akan kucuba.
Salam,
Terima kasih atas artikel yang diberi.
Saya pun masih banyak nak kena belajar.
Mempromosi affiliate memang mudah tapi nak
dapatkan jualan, tak semudah yang disangka.
Apa pun, dimana ada kemahuan disitu ada
jalannya…
Syabas kepad semua yang telahpun merasa
income dari affiliate program
Kenapa anda perlukan program affiliate? Jika saya menjual produk, boleh dapat untung lebih banyak. Jika saya jual produk orang lain, saya boleh dapat duit. Masalahnya, program affiliate ni bukanlah sesuatu yang sesuai untuk semua orang.
Kadang2, idea program affiliate ni melahirkan ramai spammer. Mana tidak, spammer pun nak untung juga. Last2, vendor juga yang kena komplen.
Sebenarnya affiliate memang cara terbaik untuk memperoleh pendapatan di Internet tanpa menggunakan produk sendiri. Alhamdulillah, pada minggu lepas saya memperoleh RM2,520 dalam tempoh hanya 1 minggu. Komisyen tersebut saya peroleh hanya disebabkan saya mengulas 2 produk IM tempatan di blog saya. Bayangkan komisyen yang mampu diterima jika mempromosikan produk2 antarbangsa. Memang lumayan.
Syabas pada bro Zamri Nanyan kerana menghasilkan produk yang sememangnya boleh manjanjikan pendapatan kepada semua.
saya masih baru dalam mencari-cari (1 tahun) pendapatan dalam internet. Dengan subscribe blog ini dapat membantu. terima kasih.
Semoga Program Affiliate ini akan memberikan kejayaan yang besar kepada kehidupan saya sampai bila-bila.
Saya setuju yg affiliate merupakan cara terbaik untuk menjana wang tanpa produk sendiri. Yg penting kena ada strategi untuk lakukan promosi.
Salam..
Terima kasih atas artikel yang diberi.
Saya pun masih banyak nak kena belajar.
terima kasih
Masing-masing nak berjaya. Memang ada yang kena belajar dari zero. Ada jugak yang recall semula apa yang belajar semasa belajar dulu2. Nak berjaya kena usahalah. Kena cuba banyak kali, dan jalan yang berbeza. Jangan ikut jalan yang sama je, nanti kang KO lagi. Ingat tu, masing-masing nak berjaya. Ambik kertas sehelai, ambik pen dan….lakarkan…lakarkan…lakarkan…
Salam kejayaan buat semua
Saya pernah join dulu, tapi senyap gitu aje tak bergerak. Nasib baik muarah. Tak ape le… lagi satu pernah join jugak, tapi tak tahan, kena bayar iklan lepastu kena maintain beli produk die, kalau tidak membership hangus.. yang saya dah dengar video tapi kurang faham…boleh jelaskan lebih detail…
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang program ini
t.kaseh
ingin tahu bagaimana nak mulakan program ini
Salam,
Terima Kasih diatas tip yang di berikan moga2 ianya dapat membantu semua orang dalam menjana pendapatan melalui internet.
Huhuhuhuhu saya pun belum dapat apa2 imcome daripada internet.
Terima kasih…..
terima kasih
Terimakasih. Saya cuba mendalami ilmu perniagaan online ini. Isnyaallah saya akan buat keputusan bila benar-benar faham
Salam…En Zamri Nanyan
Terima kasih kerana sentiasa memotivasikan diri pengguna Internet.Ya..benar Affiliate program memang salah satu cara mendapat pendapatan di Internet. Setelah cuba-cuba dan cuba alhamdulillah terhasil juga wang tu. Terima kasih sekali lagi.Semoga Allah tambahkan rezeki En Zamri.
Wassalam.
Nampak macam mudah affiliate ni tapi kena cara juga untuk promosi. Saya lemah sikit dalam promosi mempromosi ni. kena belajar lebih banyak nampaknya.
…bermanfaat dan berfaedah tentang program affiliate
segala gala nya demi untuk memperoleh pendapatan
yang lumayan