Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate
Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate
oleh Zamri Nanyan
Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.
Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.
Kenapa?
Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.
Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).
Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.
Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.
1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)
Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.
Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di http://www.PakarAffiliate.com sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









a’kum,
saya menemui program affiliate ini melalui google.
produk pertama yang saya promosikan ialah produk clickbank.com
saya mendapat sale yang pertama(komisen) berjumlah usd21.00,
dari situ saya terus mendalami lagi tentang program ini.
untuk promosi yang lebih berkesan, adakah “mailing-list” saja yang boleh digunakan untuk menghantar email, macamana dengan list email yang dihantar ke mailbox kita, adakah consider spam ke kalau kita promosi guna list tu…Nak jga promosi existing affiliate yang dah saya register,tapi nak tanya pakar dulu
Salam Bro. Zamri,
Tak dinafikan mailing list satu kelebihan untuk promosi program affiliate. Yg tak ada tu kene pakai PPC lah ye? Nak spam gerenti tak dibenarkan…..
Saudara,
Program Affiliate,jual barang orang,dapat commission.
Persoalan nya,berapa percent?
3jenis program affiliate.
Antara nya pay per sale,di bayar berdasarkan jualan.
Persoalan nya,kat siapa dan kat mana nak di jual,sasaran
nya siapa dah?Mailing List,bagaimana nak menjala nama2
prospect,ada kah saudara Zamri ajarkan nanti?
Email di mailbox kita boleh pakai kan,ambil email address
yg di hantar kat kita,promo kat dia balek,boleh kan.
Ada kah nanti Zamri bagi tau kita Lubuk2 iklan di mana
lots of traffic,samaada bayar atau free.
Saya cadangkan Zamri bagi tau prospect kat mana nak iklan
bagaimana,siapa nak contact dan berapa pula bayaran nya.
Saya percaya akan ramai lah prospect anda nanti.
Kalau zamri buat Rm10.000,tunjukan jalan nya,bukan hanya
jual barang,pas tu tinggalkan propect blank tak tahu nak
buat apa.Ibarat ada pistol tak tahu nak tembak,tak tahu
sasaran nya,main belasah saja iklan nya,tu sebab tak dapat
jualan.
Sekian,nanti sambung lagi,ni baru part 1.
salam. harap en. zamri dapat menjawab pesolan2 yang dinyatakan oleh ramai di sini.. boleh lah yang lain belajar juga tanpa perlu ulang soalan sama.
terimaksih untuk info berguna.
Thank bro.. saya memang yakin bahawa peluang terbesar di dalam perniagaan internet adalah melalui affiliate. namun bagi sesetengah orang, mereka hanya tahu untuk menyertai program-program affiliate ini sahaja tetapi mereka tidak tahu cara mempromosikannya dengan kaedah sebenar kerana bagi saya apa-apa perniagaan sekalipun perkara yang paling utama ialah promosi berkesan. Bagaimana kita nak bina ayat-ayat power, web jualan dan di mana nak promosi.saya amat tertunggu-tunggu satu ebook yang betul-betul memberi pendedahan tentang promosi paling berkesan di internet…sebab inilah kelemahan utama para usahawan internet yang baru..Kami tidak tahu ke mana step seterusnya setelah menyertai pelbagai program affiliate..
Affiliate Pay Per Sales adalah satu sistem yang dipasang oleh pemilik laman web penjual yang merekrut agen-agen promoter untuk mempromosi produk mereka.
Pendaftaran affiliate ini biasanya adalah percuma dan sesiapapun boleh menyertainya. Dengan system affiliate ini, anda akan mendaftar sebagai agen affiliate dan akan mempromosi produk penjual tadi di internet. Selepas anda
mendaftar sebagai agen affiliate, anda akan diberikan link affiliate anda (link id anda). Anda akan menggunakan link ini apabila mempromosinya.
Sekiranya ada jualan melalui link anda, komisyen akan direkodkan secara automatik ke dalam ruangan affiliate anda. Dan jumlah komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda apabila tiba masanya, biasanya 31 hb. Biasanya komisyen yang dibayar adalah dalam lingkungan 30% – 50% dari setiap jualan yang berjaya anda lakukan. Contohnya, anda promot ebook A melalui link/id anda, dan ada satu jualan. Jika ebook tersebut berharga RM30, anda akan dibayar komisyen 50% iaitu RM15. Itu baru satu jualan, jika banyak jualan, lagi banyak untung yang bakal anda terima.
Jualan ini semuanya dikesan secara automatik oleh system affiliate yang dipasang oleh pemilik/penganjur/penjual produk affiliate tersebut. Maknanya, apabila anda mempromosikan link affiliate anda, cookies akan ditanam dalam komputer pembaca selama – lamanya (kecuali pembaca itu clearkan cookies). Walaupun pembaca tersebut tidak membeli selepas membuka link affiliate anda itu, cookies akan terus tertanam. Dan apabila di lain masa pembaca itu membuka semula laman web tadi tanpa menaip link affiliate anda, dan apabila jualan dibuat, komisyen tetap akan masuk ke akaun anda.
Contohnya, pada kali pertama anda promotkan link affiliate anda seperti ini
http://www.kerjaxx-kerajaan.com/index.php?ref=jamal , pembaca tadi akan terus ke laman web http://www.kerjaxx-kerajaan, tapi id anda telah tertanam dalam Komputer pembaca.
Dan apabila di lain masa dia ingin membeli, tapi pada masa tersebut dia hanya buka link http://www.kerjaxx-kerajaan.com, komisyen adalah milik anda. Inilah fungsi cookies yang ditanam oleh system pengesan affiliate.
Affiliate seperti ini agak sukar sedikit bagi orang baru (newbie) mendapat hasil jika tiada ilmu marketing. Jika sentiasa belajar ilmu marketing, insyallah tiada masalah. Berbeza pula dengan affiliate PPL, ianya amat mudah untuk anda dapat komsiyennya. Suruh je member download, anda boleh dapat komisyennya.
p/s: Penulis komen ini JaMaL owner blogjamal.com/buatebook.com yang berpengalaman dalam dunia affiliate tempatan dan pernah menduduki carta teratas cabaran affiliate…termasuk produk En Zamri Nanyan
As’kum. Haa dah lama saya nak buat IM. Dah banyak duit abih beli ebook, tapi takdak asil. Mukin lum rezeki saya kut. Kali ni nak terai buat GDI lak. Moga dapat hasil yang +ve.
Salam…
input yang sangat berguna… saya pun dah study lama pasal affilite nie… cuma tak tau nak mula kat mana . harap Brader Zam boleh tolong bagi idea…
Bagus sekali artikel ni. Saya rasa masalah terbesar saya ialah tidak fokus dan konsisten dengan pilihan yang terdapat dan juga strategi pemasaran yang dibuat. Apatah lagi bila senarai email saya pun tidak cukup besar untuk digunakan sebaik yang mungkin. Ada ke apa-apa panduan yang boleh Zam berikan untuk saya jika tak keberatan?
Tahniah bro Zamri, satu aktikel yang menarik dan memberikan gambaran tentang affiliate.
psst..dapat juga berjumpa dengan bro Zamri di True Wealth Open Day pada Ahad lepas.
Ramai yang menyertai MLM dan memperomosikan produk sesebuah syarikat.Ada sebilangan membentuk kumpulan sendiri serta menawarkan hadiah sampingan dalam usaha menarik ahli baru menyertai kumpulan mereka.Kumpulan ini biasanya akan menganjurkan perjumpaan atau seminar untuk menerangkan produk yang ditawarkan oleh sykt berkenaan.
Jika anda ada produk “unik” , anda boleh “repackage” produk anda bersama produk yang ditawarkan oleh sykt MLM ini ,serta membentuk jaringan perniagaan anda sendiri.Saya dapati cara ini AMAT BERKESAN kerana pesaing anda tidak mampu menembusi “NICHE MARKET ” anda.
Salam,terima kasih kerana beri banyak maklumat mengenai Program Affiliate yang sangat berguna.saya masih baru lagi dan kena banyak belajar lagi.bagaimana hendak dapatkan alamat email lebih banyak untuk buat promosi? TQ
saya dah masuk programe gdi dah dah promote tapi hasilnya tak de pun
Salam.. nak tau, di mana nak dapatkan software affiliate system…blh bgitau URL address?, software affiliate mana yg paling bagus
Salam..buku macam ni memang berguna untuk saya yang baru dalam bisnes ni.Tahniah la bro
Saya pun dah hampir setahun lebih menceburi dunia penulisan blog. Banyak juga join affiliate program. Cuma hasilnya belum ada lagi. Saya mencari-cari juga kaedah menjalankan perniagaan ini supaya hasilnya limayan.
hasilnya limayan? apa tu?….. ikan lumahan kot?
sampai la nie x paham-paham apa dia biz internet.
jual apa? kat sapa nak jual.
mcm mana cara.
dengar masuk beribu-ribu rm.
ada mcm2 plan dr a ke z tp tk ckp apa pun.
saya suka program affiliate ini kerana ia mampu menjana wang melalui internet….syabas zamri
wah,,informasi yg amat bernas….