Kenapa Ramai Menyarankan Anda Promosi Program Affiliate Dahulu?
Kenapa Ramai Menyarankan Anda Promosi Program Affiliate Dahulu?
oleh Zamri Nanyan
Saya pasti anda pernah mendengar nasihat daripada ramai usahawan internet yang berjaya untuk melakukan promosi program affiliate dahulu sebelum menjual produk sendiri.
Selain daripada anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan melayan kerenah pelanggan anda, sebenarnya ada satu klu yang besar yang diketengahkan secara tersirat.
Dengan mempromosikan program affiliate, ini bermakna anda perlu belajar melakukan promosi dan jika anda belum lagi mendapat klu yang diberikan ini – PROMOSI adalah salah satu elemen terpenting di dalam kejayaan bisnes internet.
Sama ada anda melakukan promosi sendiri atau anda upah/bayar orang lain lakukan promosi untuk anda. Sekiranya anda tidak upah atau bayar orang lain untuk promosikan barangan anda, anda perlu ada satu sistem yang dapat melakukan promosi ini untuk anda.
Walaubagaimana pun, promosi dan pemasaran ini adalah penting untuk anda berjaya.
Jadi tak hairanlah ramai usahawan internet mula menjana pendapatan pertama mereka melalui program affiliate dahulu (termasuk saya) sebelum mereka mula menghasilkan produk mereka sendiri.
Kerana apa?
Sebabnya ialah menghasilkan produk sendiri memerlukan kos dan ianya mempunyai risikonya yang tersendiri. Sebagai contoh, jika anda hasilkan produk yang menelan belanja RM5,000 dan selepas itu anda tidak tahu bagaimana untuk mempromosikannya atau anda tidak tahu sama ada produk anda mempunyai permintaan atau tidak, anda sebenarnya menuju ke arah kegagalan.
Pemasaran affiliate menjadi padang latihan usahawan internet untuk mula memahami bagaimana untuk mempromosi dan melakukan pemasaran. Di samping itu juga, mereka belajar jenis-jenis produk yang laris dijual kepada pasaran yang mempunyai permintaan yang tinggi.
Selepas adanya ilmu ini, maka lebih mudah untuk anda mencipta produk sendiri supaya ianya mudah dijual.
Sebagai kesimpulannya, jangan abaikan ilmu pemasaran affiliate kerana ianya amat berguna. Anda boleh belajar ilmu ini melalui forum, seminar atau dapatkan program Pakar Affiliate yang saya terbitkan baru-baru ini di http://www.PakarAffiliate.com
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di http://www.PakarAffiliate.com sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PakarAffiliate.com” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









ya, bagi saya tepat sekali. affiliate atau promosi produk lain perlu individu tersebut jalankan sebagai persediaan untuk belajar bagaimana mempromosikan produk orang lain.Bila dah ada produk sendiri,ilmu dan teknik promosi itu sudah ada dan bila da ada step dan teknik sendiri, mudahlah!
p/s-gudlark untuk pakaraffiliate
diharap tidak ditutup secepat mungkin, saya sudah menjadualkan membeli untuk produk ini. Bagi saya Affiliate antara senjata utama dalam perniagaan internet ni.Tak kira yang menjual atau penyedia jualan.Masing2 mendapat imbuhanya.
Memang benar, affiliate adalah medan untuk latihan sebelum memasarkan produk sendiri.Selepas itu anda memasarkannya sendiri atau memasarkan secara JV atau pun anda cari program yang menawarkan insentif yang lumayan dan anda tawarkan produk anda sebagai bonus.
Alhamdullillah, saya telah mendapat hasilnya apabila saya menyertai program ads4bucks
Oh barulah saya tahu kenapa selama ini saya terima banyak emel yang menyarankan produk bermutu Usahawan Internet yang lain.
Kemudian barulah si penghantar emel tersebut mengeluarkan produk mereka sendiri. Rupa-rupanya satu point penting yang perlu ada iaitu ilmu promosi dan pemasaran.
Tahniah dan terima kasih kepada Bro Zamri dengan artikel mantap yang bersifat mendidik ini. Saya baru tahu, wow…
Salam untuk Zamri,banjori agak malang kerana pakar affiliate yang banjori beli RM200 tempohari tak dapat dibaca. Sudah download tapi kosong,Sememangnya Jamal telah menerangkan cara caranya malahan diberinya cara2 nya namun sama juga. Banjori dah tak tau nak buat mcm mana. Kini cuma baru bermula promo ‘autoviralreport.com/index.php?ref=juri.. namun belum ada responding selain dari statistik terdiri 2 orang,tapi tak dapat pula baca url mereka.
hehe…apa respond yang saya sentiasa terima dari list2 saya…saya bukan nama besar tapi tetap ada list
1) perniagaan internet ni semua tipu…cakap suh bayar rm dot…konon2 lengkap cara buat duit tapi mmg langsung tak lengkap..cis.hilang rm200..nanti kena lagi beli yang lain.betul gak..- ni mungkin taknak usaha…sy pk balik..tak usaha,even keje company apa pun,tak usaha mana nak dapat income
2) baru je nak beli yang 1, ada lagi ayat manis kata tambah pakej untuk dapat info lebih lengkap..konon2 tak perlu dah membaca sebab dah tunjuk semua skill, padahal NOTHING..-ni aku rasa sbb squeeze page la…
3) buat abis duit je..nak jadi macam org tu, tak bleh lari punya dr baca byk2…mana ada newbie terus berjaya melainkan ada product..contoh ammar sendiri..dia mmg ada produk…1produk nilai dkt rm100..dh, kalau 100 orang dah berapa??kira tgk..-betui gak yg ni..
4)pk la sendiri…tu yang prospek2 aku sentiasa berikan…yup..mmg betui..customer always right…ni baru sedikit respon..banyak lagi alasan2 lain..-alasan sentiasa timbul bila taknak usaha
ps:even aku sendiri beli banyak produk untuk bergiat dalam affiliate and dikatakan ada support..ada 1ketika aku send lebih 3kali pertanyaan,1pun tak reply..last2, aku wat dek jelah..dia sibuk buat duit gamaknya..hehe..tak kisah la…pelaburan aku untuk dapat ilmu..even tak dapat lagi duit, akan sentiasa terus berusaha…
saya berminat tp saya buta IT.x pandai nk promote kpd rakan email saya.
kalau buta IT, kena celikkan diri…
saya jumpa ramai yang juga berjaya walaupun buta IT. Semuanya terletak di atas diri sendiri dahulu… take responsibility…
banyak orang sekarang ni miss bab dapatkan ilmu dan praktikkan secara berterusan dahulu… kita cepat marah kalau dengar skim cepat kaya tapi kita sendiri selalu expect cepat kaya bila beli “ilmu”… so, camne?
buat pengetahuan anda semua… saya beli banyak produk yang kadang-kadang tu saya sendiri dah tahu dan kadang-kadang tu saya tak menepati apa yang saya nak… tapi saya tak pernah minta refund sepanjang saya buat bisnes internet ni… sebab semua produk yg saya beli tu ada pengajaran di sebaliknya yang saya ambil… kadang-kadang kalau spend USD$97 untuk produk yang saya tak mahu pun akan berikan pengajaran di sebaliknya…
yup… ada yg tersurat dan tersirat…
Tidak dinafikan, ‘orang kita’ memang nak cepat kaya, nak jalan mudah. Kalau boleh nak goyang kaki, duit masyuk. Usaha ataupun bab mencari ilmu memang payah. Liat sesangat. Entahlah… apa-apapun kita perlu bukak minda, kekadang ilmu yang kita dapat, tak ternilai harganya. Namun tidak dinafikan dalam perniagaan internet, akan ada yang mengambil kesempatan di atas “kebutaan IT” seseorang. So yang paling baik, dapatkan ilmu, elakkan dari terlalu berkira soal nilai. Mungkin hari ilmu itu belum berguna pada kita, tapi masa depan ianya menjadi amat penting. Yang penting ‘basic knowledge’. Dan perlu kesabaran dalam perniagaan internet.
Salam Saudara Zamri,
Tahniah saudara nak keluarkan satu lagi produk yang amat2 bermanfaat pada bakal2 usahawan internet di Malaysia. Moga2 2010 lebih banyak produk akan saudara keluarkan untuk kita sama2 kongsi pengetahuan dalam perniagaan internet. Tahniah
Saya sendiri mula kenal dunia internet dengan mempromosikan produk affiliate. Kene banyak usaha dan amik tau strategi promosi. Kalau setakat letak affiliate, tu masih tak cukup untuk dapatkan satu jualan.
Salah satu strategi dalam promosi produk affiliate ialah menngunakan emel.Anda perlu mengetahui ilmu pemasaran melalui emel.
Walupun saya tiada pengalaman promosi produk affiliate , saya dapati pemasaran melalui emel amat berkesan. Selagi anda berurusan melalui emel, ilmu ini banyak membantu.
Kini saya tidak lagi menawarkan produk saya sendirian, Sudah sebulan saya menyertai ads4bucks dgn tumpuan kpd pemasaran melalui emel.Kalau kumpulan lain menggunakan risalah / flyers / banner utk promosi produk ads4bucks, dgn pengetahuan yg saya praktikan , saya dapati , InsyaAllah kaedah emel mampu menjana pendapatan yang memberangsangkan
orang baru biasanya terlibat dulu dengan affilate
Salam…
Ramai orang hanya ingin membuat duit sampai mereka salah mempromosikan produk affiliate mereka. Kadangkala mereka bukan sengaja tetapi tidak mengetahui cara sebenar kerana banyak orang baru dalam IM ini membuat affiliate.
Banyak ilmu promosi yang telah di kongsikan di luar sana cuma kita perlu pandai mengasingkan mana yang boleh di guna pakai dan mana yang tidak boleh.
Tidak pandai mengasingkan menyebabkan ramai memilih spam sebagai method utama mempromosikan produk mereka. Sebab itu ramai ingin memiliki software yang boleh menghantar emel dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. (buka autoresponder)
Salam
Amril Muidz
macam mana nak mulakan program ini, kena daftar paypal tapi tak de credit card
Program affiliate memang sepatutnya menjadi asas pada para newbie.Bagi saya ianya WAJIB,sebab bidang inilah kita banyak belajar cara2 promosi iaitu KUNCI suksesnya seseorang IM.
-Hidayat
salam..saya baru mula berjinak2.. cara yg saya guna cuma dgn meletakkan link affiliate pd signature email dan banner pada blog dan website saya yg sedia ada.. Ni kira langkah permulaan..
Sesiapa yg sudi membantu blh jenguk2 web saya..