Kenapa Saya Pilih eBay.com.my (Bahagian II)
Paparan kali ini sepatutnya saya lakukan pada minggu lepas. Walaubagaimanapun saya harap anda tidak kisah dengan kelewatan ini.
Selepas 2 hari pesanan produk saya di eBay.com.my, akhirnya pakej yang ditunggu-tunggu pun sampai.
Begitulah efektifnya penjual yang menjual produk ini kepada saya.
Dan jika anda ingin lihat bagaimana produk ini dibungkus, di bawah ialah 2 gambar kotak dan produk yang dikirimkan.
Jadi, anda sudah tahulah bahawa produk yang saya pesan untuk orang tersayang saya tu ialah produk kecantikan Dermalogica.
Tak tahulah jika kesemua produk yang dipesan itu merupakan kesemua produk yang ditawarkan oleh Dermalogica. Yang saya tahu, beratus-ratus juga harga barang kecantikan wanita ni.
Berbalik kepada penjualan produk di eBay.com.my, anda boleh lihat di sini bahawa bungkusan yang dihantar menggunakan kotak yang dijual di pejabat pos itu sendiri. Jadi, pembungkusan menjadi mudah sekiranya produk yang anda ingin kirimkan kepada pelanggan dapat dimuatkan ke dalam kotak yang dijual di pejabat pos ini.
Salah satu alternatif lagi ialah dengan menggunakan sampul surat pos ekspres yang dijamin sampai dalam satu hari. Ini merupakan kaedah yang selalu saya gunakan sekiranya saya menjual buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” atau “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan bagi saya, ianya merupakan cara terbaik untuk menghantar barangan kecil.
Dengan adanya gambar di atas, saya harap anda dapat idea bagaimana produk yang dijual di eBay.com.my ini dibungkus rapi dan dihantar kepada pelanggan.
Pembungkusan yang sempurna juga menjadi penting untuk kepuasan pelanggan anda.
Akhir sekali, sebelum saya akhiri paparan ini, saya ingin berkongsi bersama 2 video tutorial yang sempat saya rakam minggu lepas dan muatnaik ke Youtube.com.
Kedua-dua video ini menceritakan proses bagaimana untuk menyenaraikan produk anda dan seterusnya menjual produk tersebut di eBay.com.my. Lebih menarik lagi, penyenaraian di eBay.com.my masih lagi percuma. Jadi, ambil kesempatan ini untuk belajar menjual di eBay.
Tutorial Menjual Produk Di eBay.com.my (1/2)
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=X_6oVN8yhNc[/youtube]
Tutorial Menjual Produk Di eBay.com.my (2/2)
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=COXQN0EpRH8[/youtube]
Sekiranya anda ingin menggunakan video-video di atas untuk dimuatkan ke dalam blog anda supaya lebih ramai pembaca laman web anda mempelajari ilmu menjual di eBay ini, saya mempersilakannya.
Semoga lebih ramai lagi memperolehi kebaikan daripada usaha saya mencipta video percuma seperti di atas dan seterusnya memberikan motivasi untuk saya terus mencipta video bisnes internet sebegini.
Seperti biasa, jika anda ada sebarang komen mengenai paparan ini atau video yang disediakan di atas, jangan malu-malu untuk meninggalkan komen anda di blog ini.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Panduan2, ebay ni semua crap jerk,
simpan la duit anda dan erus pergi ke ebay untuk beli barang yang anda nak. Buku2 ni ajajr bukak akaun la macam mana nak beli la. Budak sekolah pun tau guna ebay. Kalau tak tau tanya jer support kat ebay malaysia tu, dioran ada jer opis time ni. Simpan duit korang wei….
bro.Zamri nanyan..saya pernah mendapat kiriman buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” daripada beliau dan memang efektif sekali penggunaan pos laju sekiranya kita memakai laman web ebay malaysia. Saya sendiri pun ada membeli buku bro Noorizam…memang bagus dan saya lebih lagi memahami bagaimana ebay berfungsi…
saya juga dah baca buku saudara noorizam tu.banyak tips yang diperolehi.beliau menekankan tentang pentingnya kredibiliti sellers,feedback utk mendapatkan kepercayaan pembeli…dan seterusnya dapat meningkatkan penjualan…
saya juga tertarik dengan about me page yang diterangkan..
menarik sekali..
pelanggan tidak akan teragak-agak untuk memberi feedback yang terbaik sekiranya penjual mengambil kira semua aspek termasuk tempoh penghantaran dan pembungkusan..
Saya rasa kalau nak dibandingkan pos ekspres dengan pos laju, saya rsa poslaju lebih selamat. Saya tak galakkan guna pos ekspres sebab kadang² pos ekspres ni kalau hilang, susah nak dapat balik(saya sebagai penjual brg fizikal selalu terkena). Kalau sampai pun kadang² dah koyak. Pos Ekspres lebih sesuai kalau nak pos dokumen.
Alamak… Suara kurang jelas. Slow bangat nih
Saya pernah membeli buku daripada amazon.com . Pembungkusannya sungguh canggih, plastik yang diseal kedap udara dan kalis air. Plastik tebal juga kalis haba. Saya teruja dengan cara pembungkusan tersebut dan cuba mencari alat yang sama digunakan oleh amazon, tetapi belum jumpa.
Sehingga kini saya membungkus dengan cara yang sama seperti di atas, guna plastik span, kemas dan tahan lasak. Tetapi cara ini sungguh lambat bagi mereka yang terpaksa membungkus berpuluh-puluh (malah ratusan) bungkusan setiap hari (alhamdulillah). Saya yakin kebanyakkan online bizer juga menghadapi masalah menguruskan banyak bungkusan setiap hari.
Sesiapa ada maklumat di mana boleh dapat alat seal kedap seperti itu?
http://www.rawatankesihatan.com
baru jer beli buku saudara norizam minggu ni. sedang meneliti dan belajar sikit demi sikit. memang berguna betul buku ni sebagai panduan untuk newbie cam aku ni.
tak rugi labur sikit duit untuk tambah ilmu.
salam semua, buku noorizam tu di sediakan forum kan… boleh lah kita berbincang,
untuk pengetahuan @eboy , memang betul semua ebook adalah crap, tetapi salah kalau seseorang tak tahu apa-apa… mungkin bro bukan macam orang lain, yang memerlukan sesuatu panduan sebagai rujukan mereka baru boleh berjalan… nampaknya bro, lebih kaya dari segi penjimatan duit dan meluangkan banyak masa untuk mengumpul setiap informasi-informasi mengenai ebay
kesemuanya demi “MASA”
ebay adalah benda yang paling tepat nak buat duit. ramai da berjaya kat ebay ni. aku masa mula2 join dulu wat part time boleh la dapat RM1000-Rm2000 sebulan. tapi semua tu lepas aku usaha macam nak mati jer sebab xder lg panduan ebook mcm sekarang ni. tapi sekarang ni dah ader ebook yang banyak sgt2 membantu. ebook ni aku kongsi dgn korang untuk samer2 kiter berjaya dan bersaing secara sihat. dalam ni ader panduan secara detail tentang ebay dan juga ader nama2 dropshipper yang dah terbukti boleh dipercayai.pandai2 korang la huhuhu…..
mcmana nak beli barang guna ebay?di malaysia?