Kenapa Saya Pilih eBay.com.my
Selepas beberapa lama isteri saya memberikan ‘hint’ bahawa produk kecantikan beliau sudah habis, akhirnya saya pasrah… :-)Dan 2 hari lepas, saya pun mengambil keputusan untuk mendapatkan produk yang dihajati beliau.
Selepas ‘login’ ke dalam akaun eBay, saya pun cakap… “okay, pesan melalui akaun yang saya login ini.”
Akhirnya… berjaya juga isteri saya membuat pesanan PERTAMA beliau melalui eBay.com.my.
Bayaran melalui Maybank pun dibuat dan hari ini, saya mendapat email menyatakan produk tersebut sudah pun dihantar.
Yang menariknya…
1. Produk yang dijual adalah 25% lebih rendah daripada pasaran luar.
2. Saya tidak perlu ke bank untuk membuat bayaran kerana bayaran dilakukan secara online (internet transfer).
3. Saya tak perlu membuat pesanan sendiri kerana langkahnya mudah sehingga isteri saya yang tak pernah membuat pesanan di ebay.com.my pun boleh melakukannya.
Dari sini anda dapat lihat bahawa ada beberapa kelebihan menggunakan eBay untuk membeli barang keperluan anda.
Bukan setakat menjimatkan masa, malah dapat juga menjimatkan wang ringgit.
Lagi pun, terdapat pelbagai barangan keperluan yang boleh anda beli di eBay… dan langkah untuk membelinya mudah sehingga sesiapa pun boleh membeli melalui ebay.
Persoalannya sekarang… pernahkah anda membeli produk melalui eBay sebelum ini dan jika belum, mungkin anda boleh mencubanya.
Dan ini merupakan satu tip bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan dan menjual barang di eBay.
“Sebelum menjadi penjual, anda perlu menjadi pembeli dahulu untuk memahami proses jualan yang dilakukan.”
Mudah sahaja tip ini, bukan?
Walaubagaimana pun, untuk menjual, anda perlu mempunyai lebih sedikit ilmu berbanding apabila anda membeli.
Anda boleh pelajari ilmu dan selok-belok menjual di eBay melalui orang yang pernah melakukannya… atau jika anda tidak dapat berjumpa dengan orang tersebut, dapatkan ebook panduan daripada beliau.
Jika ebook menjadi pilihan terbaik anda, saya sarankan anda mendapatkan ebook daripada saudara Noorizam untuk memulakan bisnes di eBay.
Laman web beliau adalah seperti di bawah:
http://simurl.com/kuasa-lelong
(ebook Kuasa Lelong ini baru sahaja dikemaskini dengan info terbaru. Jadi, tak rugi anda mendapatkannya sekarang).
Baiklah, saya tinggalkan anda dahulu dengan idea untuk menjual produk di eBay ini dan akan menyusul dengan email yang lain lagi apabila mendapat barangan yang dipesan nanti.
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. Pertama kali saya bertemu dengan Noorizam ialah pada Gathering WangCyber yang lepas. Orangnya tinggi lampai dan peramah jugak.
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
saya berminat untuk membeli ebook dari raja eBay sebagai bahan rujukan saya untuk berurusan dengan dunia eBay. Tetapi sejauh mana product ebook ini dapat membantu saya untuk berjaya dalam duni eBay.
URL untuk rujukan: http://raja-ebay.com/








En Zamri, harga di ebay lebih murah berbanding harga market luar. macam mane plak ngan kualiti barang tu ek? Memandang En Zamri mempunyai pengalaman membeli barang melalui ebay, mungkin leh terangkan sikit. Terima Kasih..:)