Kenapa Tak Guna “Surat Jualan” Video?

Kenapa Tak Guna “Surat Jualan” Video?
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com

Pelik, bukan?

“Surat Jualan” dan “Video” diletakkan di dalam satu ayat yang sama dan digunakan untuk menerangkan bahawa proses jualan dilakukan dengan menggunakan video yang diletakkan di laman web.

Cara melakukan jualan dengan video ini mungkin kurang lagi jika dibandingkan dengan pasaran luar negara, yang rata-ratanya telahpun menggunakan video sebagai cara untuk menghasilkan jualan – lebih-lebih lagi di dalam ‘niche’ pemasaran internet.

Kenapa video digunakan untuk menggantikan surat jualan yang berbentuk teks?

Mengikut kajian, video dapat meningkatkan jualan dengan lebih baik daripada teks jika ianya diletakkan di dalam laman web “direct response”. Malah, video dapat meningkatkan jualan di laman web yang bukan “direct response” juga. Itulah sebabnya video digunakan di dalam surat jualan web.

Dan lagi, dengan adanya video, prospek akan mudah memahami apa yang nak disampaikan oleh penjual kepada mereka. Ini kerana, video dapat memberikan lebih banyak informasi berbanding teks sekiranya dilakukan dengan betul (masih ingat pepatah “a picture tells a thousand words” dan semestinya video adalah lebih daripada 1 gambar).

Dengan adanya video yang mempunyai audio juga, penjual dapat memasukkan emosi ke dalam proses jualan mereka dengan intonasi suara dan penekanan bahagian-bahagian yang penting di dalam proses jualan. Video juga dapat menunjukkan ilustrasi dan penerangan pada masa yang sama dan ini semestinya tidak dapat dilakukan sekiranya cuma teks dilakukan.

Jadi, secara mudahnya, memang terdapat banyak kelebihan menggunakan video di dalam menghasilkan jualan di internet. Tak hairanlah makin ramai yang menggunakan video.

Walaubagaimanapun, di dalam pasaran tempatan, penggunaan video di dalam surat jualan masih lagi kurang. Jika ada pun, mungkin ianya dilakukan oleh mereka yang telahpun berpengalaman di dalam jualan produk di internet.

Ini kerana disebabkan oleh beberapa perkara.

1. penjual malu untuk memperdengarkan suara mereka melalui surat jualan video.

2. penjual kurang pendedahan untuk menghasilkan surat jualan video dan seterusnya tidak tahu untuk melakukan jualan melalui video.

3. penjual takut untuk menggunakan video kerana ragu-ragu dengan keberkesanannya dan telah pun terbiasa dengan penggunaan teks di dalam surat jualan.

Faktor di atas adalah disebabkan penjual sendiri. Namun, anda juga faktor luaran yang lain seperti berikut:

1. tak tahu perisian apa yang perlu digunakan untuk menghasilkan surat jualan video.

2. risau prospek tak dapat menonton surat jualan video mereka disebabkan talian internet di dalam pasaran tempatan sekarang masih lagi tidak baik.

Pada saya, kesemua faktor yang disenaraikan di atas dapat diperbaiki dengan menambah ilmu di dada tetapi faktor talian internet yang kurang memberansangkan adalah sesuatu yang tak dapat diperbaiki oleh penjual.

Saya sendiri pun rasa ragu-ragu sekiranya prospek saya dapat menonton keseluruhan surat jualan video yang saya hasilkan. Jika menggunakan streamyx atau broadband yang tidak mempunyai had penggunaan, mungkin prospek saya tidak ambil peduli sekiranya mereka perlu muatturun fail yang besar untuk menonton surat jualan video saya. Tetapi, bagi prospek saya yang menggunakan broadband yang mempunyai had penggunaannya mungkin berasa tidak selesa untuk menonton video yang saya berikan. Akhirnya, prospek mungkin tidak menonton mesej jualan yang disampaikan dan jualan pun tidak terhasil.

Inilah juga isu yang merisaukan saya kerana saya mahu seramai mungkin prospek melihat tawaran yang saya berikan kepada mereka yang seterusnya akan membantu menghasilkan jualan.

Walaubagaimanapun, saya ada satu tip berharga untuk anda sekiranya anda masih lagi ingin menggunakan video di dalam surat jualan anda.

Apakah tip berharga tersebut?

Ianya adalah dengan memberikan juga surat jualan di dalam bentuk teks.

Jadi, bagi prospek anda yang mempunyai masalah untuk menonton tawaran anda, mereka masih dapat lagi membaca tawaran anda yang seterusnya membantu menghasilkan jualan untuk anda.

Rumusannya, walaupun teknologi di dalam pasaran tempatan masih belum boleh lagi membenarkan penggunaan video dipraktikkan dengan lancar, ianya tidak bermakna anda abaikan penggunaan video di dalam jualan produk anda. Masanya akan tiba nanti bila isu penggunaan video ini dapat diselesaikan dengan mudah, talian internet menjadi lebih baik dan teknologi mencipta video menjadi lebih mudah. Buat masa sekarang, hasilkan juga surat jualan video dan anggapnya sebagai persediaan untuk anda mempelopori jualan menggunakan video pada masa akan datang.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Program terbaru beliau bersama Patric Chan “Pakar Software” adalah sebuah panduan untuk anda menghasilkan dan menjual perisian di Internet menggunakan kaedah Pakar Bisnes Internet. Ianya sebuah sebuah topik dan panduan yang belum pernah didedahkan kepada pasaran tempatan sebelum ini. Dapatkan “Pakar Software” sekarang di http://www.PakarSoftware.com

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukarkan link Pakar Software kepada link affiliate Pakar Software anda untuk tujuan mempromosiakn artikel ini kepada mailing list, blog, forum, Facebook dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara (c) 2011 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

11 Responses to “Kenapa Tak Guna “Surat Jualan” Video?”

Leave Comment

(required)

(required)