Kepentingan Menjejaki Keberkesanan Iklan Anda

===============================================
Pemasaran Affiliate + Statistik Klik + Laman Web Sosial =
http://get.linktrackr.com/linktrackr-art
===============================================

Kepentingan Menjejaki Keberkesanan Iklan Anda
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com

Di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”, Daegan Smith dan saya ada beritahu anda bahawa satu perkara yang amat penting di dalam pemasaran internet anda ialah mengetahui keberkesanan iklan anda. Saya rasa anda pun tak akan nafikannya sekiranya anda faham apa yang saya maksudkan.

Contohnya, anda lakukan promosi di forum A, Forum B dan Forum C secara agresif. Tiba-tiba anda dapati ada 10 jualan dihasilkan dalam sehari. Anda gembira kerana usaha anda sudah berjaya dan anda rasakan mungkin jualan tersebut datangnya dari promosi anda di forum B kerana anda dapati ramai yang bertanyakan tentang produk yang anda promosikan. Jadi, anda tinggalkan Forum A dan Forum C yang cuma mendapat sambutan yang dingin dari segi soalan lanjutan yang anda terima. Anda fokus usaha anda 100% di forum B sekarang.

Pelik. Selepas seminggu anda promosi di Forum B, anda dapati tiada jualan dihasilkan. Anda usaha lagi untuk dua minggu seterusnya dan masih tiada jualan dihasilkan. Sekarang, anda fikir mungkin jualan anda sebenarnya dihasilkan di Forum A atau Forum C tetapi anda masih lagi tidak pasti. Jika anda lipatgandakan usaha promosi anda di Forum C dan masih tidak mendapat jualan, anda takut usaha anda sia-sia. Jadi, anda tiada jalan lain melainkan promosi produk anda di Forum A dan Forum C secara serentak. Jualan konsisten seperti dahulu pun boleh diperolehi semula.

Nak tinggal Forum C dan fokus kepada Forum A, anda takut kerugian masa. Begitu juga sekiranya anda cuba fokus Forum A.

Kemudian, anda dapatkan nasihat seorang pakar bisnes internet dan katanya, “guna servis ‘ad tracking’ bagi setiap kempen promosi anda”.

Dengan berat hati anda mencubanya. Seperti anda baru bermula, anda promosi ke Forum A, Forum B dan Forum C secara serentak dengan usaha yang sama. Ternyata hasilnya masih lagi sama tetapi sekarang terdapat perbezaan yang nyata.

Ini yang anda dapat simpulkan.

Forum A cuma mendapat 10 klik. Pastinya ia tidak berbaloi dengan usaha anda selama ini.

Forum B yang aktif dengan soalan daripada peserta forum lain juga tidak menunjukkan hasil yang memberansangkan. Cuma 30 klik terhasil dan anda tahu sebelum ini, Forum B sebenarnya tidak menghasilkan jualan langsung. Anda rasa penat sahaja menyertai Forum B ini.

Forum C sebaliknya mengejutkan anda. Anda lihat 900 klik dihasilkan walaupun tidak ramai yang berkomunikasi melalui forum ini dengan anda. Jika anda telah mendapat lebih daripada 10 jualan, tidak mungkin ianya datang daripada Forum A atau Forum B. Jadi, sekarang anda tahu forum mana yang anda perlu fokus sekarang.

Sebulan kemudian, anda melakukan proses yang sama dengan mempromosikan produk berlainan tetapi kali ini anda tahu. Forum C perlu diberikan perhatian kerana forum ini yang banyak menghasilkan jualan. Forum A dan Forum B mungkin akan dianak-tirikan buat masa sekarang. Ternyata, hasil yang lumayan diperolehi dengan promosi kali ini.

Ini baru satu kaedah promosi melalui forum. Bagaimana pula jika anda beli iklan “banner” di laman web lain? Tahukah anda samaada iklan anda efektif atau tidak. Berapa klik anda peroleh daripada iklan di laman web A? Berapa banyak klik anda dapat untuk iklan di laman web B?

Sekiranya anda promosi produk melalui email, tahukah anda berapa ramai yang klik ke atas link yang anda promosikan? Kalau anda mempunyai 10,000 di dalam “mailing list” anda dan cuma ada 5 klik bagi setiap email yang anda hantar, sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan jumlah klik tersebut. Tapi, jika anda tidak tahu jumlah klik ini, sampai bila pun anda tertanya-tanya samaada email anda dibaca ataupun tidak.

Berkenaan dengan “mailing list”, anda bernasib baik jika anda menggunakan autoresponder yang mempunyai fungsi pengesanan klik ini sebab anda tak perlu beli perisian tambahan untuk melakukan pengesanan klik ini. Autoresponder seperti Aweber, GetResponse atau TrafficWave mempunyai fungsi untuk membenarkan anda menjejaki jumlah klik yang diperolehi melalui email ini. Tetapi ini cuma untuk pemasaran email. Untuk kaedah pemasaran lain, anda masih lagi perlukan khidmat perisian “ad tracking” atau “link tracking” ini. Jika tidak, pemasaran anda sentiasa dalam keadaan gelap. Anda teraba-raba dan tercari-cari mana satu tempat pemasaran terbaik untuk produk anda.

Kesimpulannya di sini ialah mengetahui keberkesanan iklan anda di dalam pemasaran internet adalah sangat penting. Itulah sebabnya servis seperti ini dicipta – untuk membantu anda melihat dengan terang lagi jalan untuk pemasaran dan pengiklanan yang lebih efektif.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.BisnesDigital.com untuk mempelajari strategi pemasaran internet yang berkesan. Untuk “link tracking”, anda boleh lawati http://get.linktrackr.com/linktrackr-art dan cuba sendiri servis ini selama 30 hari pada harga $1 sahaja.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

Free Affiliate Marketing Tips
Free Affiliate Marketing Tips

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, percuma, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

8 Responses to “Kepentingan Menjejaki Keberkesanan Iklan Anda”

Leave Comment

(required)

(required)