Komisyen Affiliate Getresponse Dan Produk Implix Lain Dinaikkan
Ini merupakan berita terbaru sekiranya anda mempromosikan autoresponder Getresponse dan produk lain di dalam program affiliate Implix.
Dengan serta-merta, komisyen affiliate bagi autoresponder Getresponse telahpun dinaikkan dari 30% ke 33% untuk setiap jualan langsung yang dilakukan oleh affiliate. Ini merupakan peningkatan sebanyak 10% daripada komisyen terdahulu.
Walaubagaimanapun, Getresponse juga memansuhkan komisyen tingkat kedua. Jadi, jika anda selalunya mendapat komisyen dari hasil tingkat kedua ini, sekarang anda tidak akan mendapatnya lagi.
Saya rasa, inilah juga sebabnya Getresponse menaikkan komisyen sebegini.
Beberapa soalan lazim yang diajukan berkenaan pertukaran struktur komisyen ini adalah seperti di bawah.
1. Adakah kenaikan komisyen ini cuma untuk Getresponse sahaja atau produk Implix lain yang seperti WebsiteWizard, EbookGold dan HyperTracker?
Kenaikan komisyen ini adalah untuk semua produk Implix dan komisyen anda akan meningkat dari 30% kepada 33%.
2. Adakah kenaikan komisyen ini cuma untuk jualan baru sahaja (jualan selepas pengumuman ini) atau untuk semua komisyen yang saya sedang perolehi sebagai affiliate sekarang?
Kenaikan ini efektif untuk semua jualan langsung yang anda hasilkan dan kami sedang naikkan nilai cek anda sebanyak 10%.
3. Saya sebelum ini dapat komisyen dari jualan tingkat kedua. Bagaimana kedudukannya sekarang?
Disebabkan kami telah mansuhkan tingkat kedua dari dalam program affiliate kami, anda tidak akan lagi dapat komisyen daripada tingkat kedua dan ianya akan dipadamkan dari akaun anda. Walaubagaimanapun, komisyen hasil dari jualan langsung anda akan dinaikkan dari 30% kepada 33%.
4. Kenapa anda mansuhkan tingkat kedua?
Berdasarkan analisis yang teliti daripada maklumbalas affiliate, kami rasakan komisyen tingkat kedua tidak lagi popular dan kami tukarkan struktur komisyen untuk kepentingan affiliate.
Buat pengetahuan anda, berita ini diterjemahkan kepada anda daripada berita yang disampaikan oleh Getresponse supaya anda peka dengan apa yang berlaku dengan Getresponse.
Walaubagaimanapun, harga servis Getresponse masih lagi kekal seperti sebelum ini.
www.BisnesDigital.com/getresponse
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









