Kuasa Facebook – Baik & Jahat

Saya tahu ianya cuma menunggu masa sahaja sehingga sesuatu yang buruk berlaku.

Akhirnya ianya berlaku juga untuk akaun Facebook saya.

Rasanya sudah 2 minggu saya cuba dapatkan semula akaun FB yang saya tak dapat akses.

Sampai sekarang belum lagi berjaya.

InsyaAllah, bila dapat semula akaun tersebut, saya akan ceritakan bagaimana saya lakukannya.

Buat masa sekarang, saya buka 1 lagi akaun Facebook yang baru untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan anda.

Jika, belum menjadi rakan saya, anda boleh lawati laman FB saya di bawah dan “request friend”.

https://www.facebook.com/ZamriNanyan.net

Tinggalkan komen “saya subscriber ZN” semasa anda request friend untuk mempercepatkan saya luluskan request anda. 🙂

Disebabkan masalah ini juga, saya tak dapat akses banyak juga fanpage dan group yang saya maintain.

Jadi, ambillah pengalaman saya ini sebagai “amaran” kepada kuasa facebook yang boleh menjadi kuasa baik & jahat untuk anda pada masa yang sama.

Nasihat saya:

1. buka 2 akaun FB untuk diri anda. Jadikan akaun pertama sebagai akaun utama dan akaun kedua sebagai “back up”.

2. setiap kali anda buka FB group & Fanpage baru, jadikan akaun “backup” anda tersebut sebagai “admin”. Jika ada masalah, anda masih boleh lagi akses fanpage dan group anda melalui akaun FB kedua.

3. jangan bergantung 100% kepada Facebook untuk pemasaran bisnes anda. Lakukan juga kaedah pemasaran yang lain seperti pemasaran email dan sebagainya.

* nota – saya amat galakkan anda kumpul email prospek dan pelanggan anda untuk anda hubungi mereka semula pada setiap masa melalui servis autoresponder seperti Aweber.

=> http://bisnesdigital.com/aweber

Semuanya ini adalah langkah untuk anda ambil sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini untuk akaun Facebook yang anda sayangi.

Kuasa Facebook tidak dapat dijangkakan.

Ianya boleh menjadi kuasa jahat yang boleh melenyapkan bisnes anda dalam 1 malam dan pada masa yang sama, ianya juga boleh menjadi kuasa terbaik untuk memajukan bisnes anda.

Jadi, berhati-hatilah.

ikhlas,
Zamri Nanyan

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)