Kuasa Forum : Tujuh Sebab Anda Perlu Menggunakan Pemasaran Forum
PERCUMA – muatturun ebook Asas Pemasaran Forum – klik link di bawah
=> www.bisnesdigital.com/kuasaforum/asas-pemasaran-forum.pdf
Kuasa Forum : Tujuh Sebab Anda Perlu Menggunakan Pemasaran Forum
Forum adalah salah satu platform pemasaran percuma atau paling kurang pun memerlukan sedikit kos. Terdapat banyak kelebihan jika anda menggunakan forum sebagai salah satu tempat anda memasarkan perniagaan anda.
Di artikel ini, saya berikan tujuh sebab mengapa anda perlu menjadikan forum sebagai salah satu platform pemasaran perniagaan anda:
1. Percuma: Untuk menyertainya, ia adalah percuma. Bagi anda yang kekurangan modal untuk melakukan pemasaran atau promosi, forum mungkin sesuai untuk anda kerana ia tidak menggunakan kos yang terlalu tinggi.
2. Prospek sedia ada: Kebanyakan forum mempunyai ahli yang ramai, mencecah ribuan orang. Tidak seperti kaedah lain yang memerlukan anda mencari sendiri bakal pembeli produk anda, tetapi di forum, bakal pembeli anda sudah ada. Anda hanya perlu melakukan promosi dengan cara yang betul dan berkesan sahaja.
3. Hubungan: Konsep asas forum online adalah berkongsi sesuatu yang bermanfaat iaitu maklumat dan pengalaman serta membantu ahli-ahli forum yang lain di dalam menjawab persoalan yang mereka tanya. Jika anda banyak berkongsi maklumat, semakin ramai yang memberi perhatian kepada anda. Dari situ, anda akan dipercayai dan diyakini. Maka mudah untuk anda mendapat pelanggan bagi produk atau perkhidmatan anda.
4. Sumber Idea: Di forum, begitu banyak soalan dan perbincangan. Ini semua dapat dijadikan sebagai satu sumber bagi anda untuk menghasilkan penulisan sama ada untuk blog anda atau dijadikan sebagai ebook percuma.
5. Rakan JV: Satu perkara yang mudah untuk anda dapatkan rakan Joint Venture (JV) untuk perniagaan anda sama ada untuk melaksanakan projek bersama atau saling mempromosikan produk satu sama lain.
6. Viral: Jika anda banyak membantu orang lain di forum, terutama sesuatu yang berkaitan dengan bidang anda, maka ahli-ahli forum biasanya akan menyebut nama anda kepada kawan-kawan mereka atau menulis mengenai anda. Ini akan menjadi viral atau dalam bahasa lain dipanggil “promosi mulut ke mulut”.
7. Kredibiliti: Forum adalah tempat berkongsi sesuatu pengetahuan. Jika anda banyak berkongsi dan membantu ahli forum lain, maka kredibiliti anda akan meningkat kerana tahap kepercayaan mereka terhadap kepakaran anda adalah tinggi.
Semua kelebihan di atas akan dapat anda capai jika melakukannya dengan betul. Layari laman web berikut untuk mendapatkan panduan pemasaran forum yang berkesan:
www.bisnesdigital.com/kuasaforum
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









join forum mmg bagus.. tapi klau pemasaran tu xder kena mengena dalam forum macamana citer plak? contoh.. kita join forum mengenai komputer tapi pemasaran kita mengenai kesihatan.. mcmana tuh?? so.. forum yang kita join mesti ader mengena dengan pemasaran yang kita buat. btul tak??