Labur RM145.50 Untuk Buku eBay Sahaja…
Minggu lepas, saya telah menghabiskan RM145.50 untuk mempelajari satu lagi cabang perniagaan internet - eBay.
Sebuah eBook dan 2 buah buku fizikal yang saya perolehi di MPH bookstore. Berikut adalah tajuk ketiga-tiga buku yang saya maksudkan.
1. Kuasa Lelong tulisan Noorizam dari KuasaLelong.com (Ini merupakan ebook dalam Bahasa Malaysia). Harganya ialah RM30.00.
2. eBay QuickSteps daripada John Cronan & Carole Matthews. Harganya ialah RM48.00.
3. Tricks of the eBay Business Masters (101 Tips and Tricks) daripada Michael Miller. Harganya ialah RM67.50.
Buat pengetahuan anda, saya sudahpun mempunyai akaun eBay semenjak tahun lepas dan telah pun membeli beberapa barangan daripada eBay. Jadi, saya tahu kandungan buku yang saya beli di atas mungkin merangkumi sesuatu yang saya telah tahu sebelum ini.
Lagipun, memang saya pernah membaca beberapa ebook lagi yang berkaitan dengan eBay, mempunyai pengalaman berurus niaga di eBay dan tahu yang eBay boleh memberikan pulangan yang lumayan jika dilakukan dengan baik.
Tapi… kenapa saya masih lagi membeli sesuatu yang mungkin saya telah ketahui? Pelik bukan?
Ya, inilah yang akan terjadi kepada anda apabila anda sudah cukup lama berada di dalam perniagaan internet ini. Mungkin apa yang anda bakal pelajari daripada sesuatu produk itu bukan lagi rahsia kepada anda. Mungkin anda akan menjumpai sesuatu yang baru dan lebih berharga, tetapi besar kemungkinannya anda akan mendapati kesemua yang diterangkan adalah sesuatu yang bukan lagi asing buat anda.
Jadi… bersedialah!
Walaubagaimanapun, kali ini saya membeli beberapa produk berkaitan eBay adalah kerana saya ingin meneliti dan mencari idea samaada saya boleh menjual buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” di eBay.
Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” ini adalah tulisan Daegan Smith bersama saya dan diterbitkan oleh True Wealth. Ianya boleh didapati di MPH dan kedai buku berhampiran anda. Sekiranya anda ingin membuat pesanan buku ini secara online, lawati www.OnlineMLMBlueprint.com dan buat pembayaran melalui kad kredit. Syarikat Azizi Ali akan menghantarnya ke rumah anda dan mereka tidak akan mengenakan sebarang kos penghantaran (sementara promosi masih lagi sah).
Satu lagi soalan…
Kenapa saya ingin menjual buku ini di eBay sedangkan saya masih lagi menjualnya di Malaysia?
Jawapannya mudah dan ini adalah satu tip berharga untuk anda.
Walaupun buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” masih lagi dijual di Malaysia, harganya tidak sehebat harga yang saya boleh jual di luar negeri. Disebabkan buku ini diterbitkan di Malaysia, ianya adalah sebuah buku yang memang unik dan tidak dapat diperolehi di luar negara.
Di Malaysia, harga buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” ialah RM29.90 tetapi tahukah anda berapa harga buku yang sama ini saya jual di Amazon.com?
$39.95 USD!
Atau bersamaan RM132 (lebih kurang).
Kalau tak percaya, boleh lawati link di bawah untuk kepastian:
The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success
Menarik bukan?
Disebabkan faktor peratusan keuntungan yang tinggi inilah membuatkan saya berminat untuk mengetahui sekiranya saya boleh juga menjual buku yang sama di eBay. Namun, saya harus bersedia untuk terjun ke bidang lelongan eBay dan disebabkan perkara inilah saya perlu meneliti dengan lebih halus sekiranya ianya berbaloi untuk melakukannya. Maklumlah, perniagaan di eBay ini memerlukan anda membungkus produk anda dan seterusnya menghantarnya kepada pelanggan.
Saya mungkin akan melakukannya.
Saya mungkin tidak akan melakukannya.
Apa yang pasti ialah saya perlu perkemaskan diri saya dengan ilmu yang mencukupi untuk sesuatu yang bakal saya lakukan.
Begitu juga dengan anda yang baru bermula di dalam bisnes internet ini. Jangan mengharapkan dengan cuma membaca satu ebook, anda boleh melakukan segala-galanya. Sebaliknya, ambil sedikit masa untuk membaca beberapa buku atau ebook yang boleh membantu anda memahami bisnes ini dengan lebih baik. Sekiranya perlu, pergi ke seminar perniagaan internet yang menawarkan sesi bimbingan selepas workshop/seminar tersebut.
Dan jangan lupa tip yang saya berikan di atas - dapatkan sesuatu yang murah dan unik di Malaysia. Kemudian, cuba jual pada pasaran antarabangsa dengan harga yang lebih tinggi - tak kiralah produk tersebut sebuah buku atau kraftangan.
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Memang betul pasaran luar lebih menguntungkan. Tapi untuk bersaing dengan Internet Marketer luar agak sukar. Tapi saya percaya semua tu bukan halangan. Terima kasih buat saudara Zamri berkenaan maklumat yang saudara sampaikan.
Assalamualaikum Zamri,
Bagaimana cara mendapatkan tips2 yang cepat selain membeli buku-buku yang dinyatakan di atas?







banyak trick kalau nak make money dengan eBay.. macam ebook bisnes digital juga, banyak perkara yang kita nampak macam dah tahu, sebenarnya ada yang terselindung dan jika dibongkarkan, ianya pasti menjadi