Laman Video Sebagai Model Bisnes “Set & Forget” Dan Sumber Pendapatan Pasif

Laman Video Sebagai Model Bisnes “Set & Forget” Dan Sumber Pendapatan Pasif
oleh Zamri Nanyan

Di antara model bisnes internet yang menjadi pilihan saya ialah di mana sesebuah laman web tersebut berkembang dengan sendirinya dari segi kandungan, interaksi pelawat dan sudah tentunya trafik daripada enjin carian. Ini kerana selepas anda mempromosikan laman web sebegini pada permulaannya, ianya kemudian akan berkembang tanpa interaksi daripada anda lagi. Inilah yang dinamakan automasi atau apa yang orang putih cakap “Set & Forget”.

Dahulu, model bisnes sebegini selalunya dilakukan melalui pengendalian forum dan ianya dapat dilakukan dengan efektif sekali. Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya sendiri mengendalikan sebuah laman forum, ianya juga memenatkan kerana forum selalu dihujani dengan spam dan penulisan yang tidak terkawal. Semestinya saya perlu mendapatkan khidmat banyak “moderator” untuk mengatasi masalah ini. Akhirnya, saya tutup forum tersebut dan fokus kepada model bisnes yang lain.

Walaubagaimanapun, masa beredar dan semakin ramai yang bijak melihat peluang model bisnes sebegini dan mencipta sistem “Set & Forget” mereka sendiri. Contohnya, laman video yang memaparkan kandungan daripada laman video utama, Youtube, mula mendapat tempat. Lihat sahaja salah satu contoh laman video yang saya maksudkan di bawah:

http://www.OfficialMusicVideos.com

Laman web ini mengambil video daripada Youtube dan memaparkannya semula di Official Music Videos. Pada masa yang sama, ianya juga berkembang dengan sendirinya kerana Youtube juga berkembang dengan penambahan video setiap hari. Jadi, masalah penyediaan kandungan bukan lagi masalah utama. Cara memasang potensi menghasilkan pendapatan melalui laman video sebegini juga bukannya sukar. Ianya semudah meletakkan banner atau pautan ke produk anda atau produk orang lain yang memberikan komisyen jualan kepada anda (affiliate). Ini diterangkan dengan serba ringkas melalui video yang saya hasilkan di:

http://www.youtube.com/watch?v=4wfbMpb1Tao

Dari segi menghasilkan laman video seperti Official Music Videos pula, ianya tidaklah terlalu mahal seperti sekiranya anda ingin menghasilkan laman sebegini 5 tahun yang lalu, yang mungkin akan mencecah harga RM3,000 setiap laman web.

Terdapat banyak skrip laman video di luar sana dan yang saya gunakan untuk Official Music Videos adalah dari hasil tangan orang tempatan sendiri. Dengan kos RM130 sahaja, anda telah dapat memiliki skrip laman video ini. Sekiranya anda bukan orang yang teknikal, servis pemasangan juga disertakan di dalam pakej RM180 (cuma tambah lebihan RM50 sahaja). Sudah tentulah anda perlu juga ada nama domain dan hosting anda sendiri. Kos hosting dan domain juga tidaklah terlalu mahal. Walaupun saya tidak menyarankan mana-mana pengendali pendaftaran domain dan hosting di sini, namun saya pernah lihat ada yang menawarkan pendaftaran domain dan hosting pada harga cuma RM100 setahun. Jadi, dicampurkan dengan kos skrip laman video dan pemasangannya sekali, anda sebenarnya berpotensi menghasilkan laman video kendali sendiri pada kos cuma RM280 pada tahun pertama. Murah, bukan?

Ini skrip yang saya gunakan untuk laman Official Music Videos saya:

http://get.linktrackr.com/VideoPrima

Pada pendapat saya, laman web dengan model bisnes internet “Set & Forget” sebegini mesti dimiliki oleh usahawan internet supaya satu hari nanti, apabila mereka berhenti melakukan bisnes ini, pendapatan mereka masih lagi berterusan.

Tidak semestinya anda jadikan laman video sahaja untuk sumber pendapatan pasif pada masa akan datang. Ada beberapa lagi model bisnes sebegini yang mungkin menjadi pilihan anda. Sebagai contoh, laman muatturun aplikasi telefon, laman muatturun lagu/video dan sebagainya.

Sudah banyak peluang sebegini di hadapan mata kita sekarang. Anda cuma perlu peka dan bijak melihatnya. Kemudian ambil tindakan pantas.

Sebagai penutup, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa walaupun laman web “Set & Forget” sebegini dapat bergerak secara sendiri pada masa akan datang, anda tidak lepas daripada mempromosikannya secara agresif pada permulaannya. Selepas seketika, biarkan virus pemasaran anda berkembang dengan sendirinya. Pada masa ini, terpulang kepada anda untuk terus mempromosikan laman web anda ini atau biarkannya begitu sahaja. Apa jua keputusan anda pada masa itu, pendapatan daripada laman web sebegini tidak akan terjejas dengan tindakan anda tersebut.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan tidak sarankan anda terus terjun ke dalam bidang perniagaan internet tanpa perancangan teliti. Malah, beliau sarankan anda menceburinya secara separuh masa dahulu sebelum melakukannya sepenuh masa selepas hasilnya memberansangkan. Ikuti saranan beliau dengan lebih terperinci lagi melalui buku The Four Weeks To Freedom beliau di http://www.TheFourWeeksToFreedomBook.com dan jangan lupa untuk melawati laman web beliau di http://www.BisnesDigital.com untuk lebih banyak informasi tentang bisnes internet sebenar.

 

PS. video yang dirujuk di dalam artikel di atas juga boleh ditonton di bawah:

http://get.linktrackr.com/VideoPrima

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

15 Responses to “Laman Video Sebagai Model Bisnes “Set & Forget” Dan Sumber Pendapatan Pasif”

Leave Comment

(required)

(required)