Laman Web Keahlian - Peluang Pasaran Tempatan Yang Masih Terbuka Luas

Laman Web Keahlian - Peluang Pasaran Tempatan Yang Masih Terbuka Luas
oleh Zamri Nanyan

Selepas beberapa lama memberikan sedikit fokus kepada pasaran tempatan, saya dapati sudah ramai yang tahu bagaimana mencipta jualan di internet. Mana tidaknya? Dah banyak ebook yang ditulis berdasarkan pengalaman dan panduan melakukan sesuatu.

Seminar pun dah mula berkembang. Begitu juga dengan “personal coaching” atau bimbingan secara peribadi.

Namun begitu, ada satu lagi peluang yang mungkin belum ramai lagi yang mencubanya. Jika ada pun, mungkin syarikat-syarikat besar yang mengendalikannya secara “big scale” atau besar-besaran. Salah satu contohnya ialah laman web multi-level marketing atau pemasaran jaringan, dan saya tidak merujuk kepada laman web berbahasa inggeris kerana jika hendak dibandingkan dengan laman web berbahasa inggeris ini, sudah tentulah dah banyak di luar sana.

Dan saya juga tidak bermaksud mengajak anda membina laman web pemasaran jaringan kerana mungkin ianya ada banyak komplikasi dari segi perundangan dan juga bantuan produk serta bimbingan.

Yang saya maksudkan ialah “laman web keahlian” yang mudah yang mampu memberi pulangan bulanan kepada pengendalinya.

Di dalam laman web keahlian ini, anda akan berikan produk atau perkhidmatan secara berterusan secara mingguan, bulanan atau tahunan. Langganan perkhidmatan webhosting seperti yang dilakukan oleh “E-Commerce Mastery” dan “Sempoi Hosting” adalah 2 contoh ketara bagaimana pengendali dapat menjana pendapatan secara berterusan melalui pelanggan yang sama sekiranya pelanggan terus menggunakan perkhidmatan mereka.

Di dalam konteks menjana pendapatan di internet seperti ini, pengendali tidak perlu mencari pelanggan yang baru untuk terus menjana pendapatan berterusan tetapi jika bilangan pelanggan ditambah, maka makin bertambah jugalah pendapatan bulanan/tahunan mereka (bukan sekadar mendapat keuntungan sekali sahaja).

Menjadikan pelanggan terus menggunakan produk atau servis anda secara berterusan mungkin menjadi satu cabaran kepada pengendali tetapi untuk mencari pelanggan baru adalah lebih sukar. Kuncinya ialah dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dari segi mutu produk dan bantuan yang kukuh.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu takut untuk memulakan perniagaan yang berbentuk keahlian (ataupun “membership”) dan anda tidak perlu menjalankan operasi berdasarkan perkhidmatan “webhosting” ataupun multi-level marketing untuk mengorak langkah pertama anda.

Terdapat pelbagai idea yang anda boleh jana. Sebagai contoh, anda boleh caj setiap bulan bagi keahlian premium untuk akses ke sebahagian daripada forum online yang anda kendalikan. Atau anda boleh tawarkan produk tempatan yang berbahasa Malaysia yang anda keluarkan setiap bulan. Atau anda caj setiap minggu bagi data bernilai (seperti maklumat saham dan hartanah) dan sebagainya.

Semua idea yang saya nyatakan di atas ada yang telah diimplimentasikan dan ada yang belum dilakukan. Jadi, tidak mustahil bahawa pada masa akan datang, ada individu atau syarikat yang akan mencuba membina laman web keahlian seperti yang saya berikan.

Oh ya, mungkin idea untuk membina laman web keahlian sebegini tidaklah begitu sukar bagi sesetengah orang. Mungkin soalan seterusnya ialah apakah perisian yang sesuai untuk dibeli untuk membina sistem yang mampu menerima bayaran secara berkala.

Secara mudahnya, perisian seperti yang ditawarkan oleh amember.com adalah antara yang digemari ramai tetapi ada juga yang menggunakan perisian Butterfly Marketing daripada Mike Filsaime dan sebagainya.

Namun, jalan pintas yang mungkin anda boleh ambil ialah dengan menggunakan servis yang ditawarkan oleh ClickBank.com dan PayPal.com (atau PayDotCom.com) di mana perkhidmatan ini membolehkan anda mengenakan caj secara bulanan atau tahunan secara sistematik beserta kebolehan menerima bayaran menggunakan kad kredit.

Perkhidmatan ClickBank dan PayPal juga boleh diintegrasikan bersama perisian Amember dan Butterfly Marketing. Jadi, tidak timbul lagi isu bagaimana anda boleh menerima pembayaran melalui kad kredit.

Dan yang paling saya gemari sekali bagi penggunaan ClickBank.com dan PayDotCom.com ialah anda boleh juga aktifkan fungsi perkongsian keuntungan ataupun program affiliate yang ditawarkan. Disebabkan program affiliate merupakan salah satu senjata pemasaran yang amat berkesan, anda pasti tidak mahu ketinggalan menggunakannya.

Selebihnya, bina laman web keahlian anda dengan produk atau perkhidmatan yang bermutu dan pastikan laman web keahlian anda sentiasa dikemaskini setiap masa.

Ingat, peluang membina laman web keahlian ini masih lagi terbuka luas kepada anda.

Dalam masa beberapa tahun nanti, saya tidak dapat jamin bahawa peluang ini akan masih terbuka luas.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

================================================

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

Salam…hm,ye ke?mgkn benar sebab masih ramai tercari2 dan tak tahu nak mulakan seperti saya.ramai yang perlekeh bidang ni.di
Malaysia,orang2nya suka memperlekehkn benda yang dia lihat dan dirasa luar keupayaan namun saya yakin ada segelintir masyarakat Malaysia yang membuka minda untuk mencari pendapatan lain.ntahla..tepuk dada tanya akal.hehhe..

nak masuk blog macamana? pls let me know tq or sms to me
016 286 2762.

Terima kasih zamri kerana menyedarkan saya dan banyak pihak kerana masih banyak yg belum diteroka dalam pasaran tempatan.

Sesuatu yg menarik perhatian saya kerana zamri sering mengaitkan pemasaran jaringan(MLM) dengan perniagaan internet.

Kalau sesiapa yg baca buku terbaru anda di pasaran sekarang sudah tentu faham mengapa teknik pemasaran di internet tidak jauh beza malah sama sahaja sekiranya kita menjual produk milik sendiri atau pun dari syarikat MLM.

Namun bagi seorang newbie macam saya perjalanan masih jauh utk terus memahami dan mempelajari teknik2 perniagaan di internet.

Syabas zamri teruskan usaha anda..:)

Saya lihat begini berkenaan Pemasaran Internet ini….Apa saja Internet Marketer di USA buat dan berjaya kita TIRU shj. Sudah tentu mereka sudah buat kajian sebelum ini.

Contohnya : www.listdotcom.com
blum lagi ada dlm bahasa malaysia.

Salam,

Saya amat bersetuju dengan tulisan saudara Zamri spt
di atas.

Memang laman web keahlian boleh memberikan pulangan
jangka panjang yang lumayan (jika kena cara)kepada pemiliknya.

Cuma si pemilik haruslah menyediakan bahan berkualiti
atau setimpal dengan yuran keahlian yg dikenakan.

Untuk menambat hati pelanggan, pemilik boleh kongsikan
input yang unik dan bermutu untuk mengekalkan pelanggan
sedia ada.

Kemudian, pelanggan sedia ada pasti akan mewar-warkan
kepada kenalan mereka tentang kebaikan menjadi ahli
di laman web tersebut.

Dalam kes ini, pemilik mungkin boleh buat satu program
affiliate kepada ahli sedia ada.

p.s: Betulkan kalau saya salah yer. :)

Sekian, terima kasih.

terimakasih kepada yang memberi hanya Allah saja yany dapat membalasnya.

terima kasih bro.zamri di atas perkongsian yang bermanfaat ini. Sememangnya apa yang dikatakan betul dan idea yang dilontarkan berpotensi untuk berkembang di Malaysia.

Cuma yang sy rasa agak complicated sedikit adalah berkenaan kaitan di antara clickbank dan laman web keahlian. Masih lagi kekurangan ilmu…

Saya amat bersetuju dengan pandangan Encik Zamri.

Dan saya merasakan orang-orang Melayu masih “lambat” mahu atau hendak menerima perniagaan menerusi internet ini sebagai satu sumber pendapatan yang menguntungkan. Kita seharusnya cepat sadar bahawa peluang ini masih “terbuka” luas untuk diceburi. Jangan sampai nanti apabila telah terlalu ramai yang menceburinya dan kita masih memperlekeh-lekehkannya, akhirnya kita akan rugi. Maksud saya ialah apabila sudah tiada ruang lagi untuk kita mencubanya, baru kita hendak menceburinya. Bila keadaan tersebut berlaku, siapa yang akan rugi?

Pesanan saya: Jangan tunggu lama-lama…

terima kasih saudara zamri,bagi saya yang masih baru dalam dunia internet banyak yang harus saya teroka,dengan adanya jaringan web keahlian mungkin banyak input dapat diperolehi,tapi yurannya kena munasabah jugak.

wasalam

Terima kasih diucapkan kepada saudara Zamri, kerana telah membuka mata saya, saya ingin sekali bertemu dengan saudara dan ingin menuntut lebih lanjut ilmu dari saudara yang dah lama dalam bidang ini. Ilmu saudara berikan adalah suatu yang manfaat. Semoga Allah murahkan rezeki saudara dan keluarga
wasalam
Talib
www.hormonelife.com

Terima kasih saudara, diatas saranan, idea dan peluang yang diberikan. Semuga kita sama-sama mendapat manafaat darinya.

Tahniah! idea yg bernas!

Leave a comment

(required)

(required)