Mahukan Pendapatan Dari Internet Tapi…
Anda seorang yang telah pun berpengalaman di dalam perniagaan internet?
Saya pasti anda selalu menerima email yang bunyinya seakan-akan begini… Jika anda baru lagi dengan bisnes internet ini, tunggu dan lihat nanti.
- “bagaimana saya boleh menjana pendapatan di internet secara mudah dan cepat?”
- “saya tak ada kad kredit, bagaimana saya hendak menyertainya?”
- “boleh tak saya datang rumah awak untuk belajar? saya tak ada laptop lagi tapi saya boleh bawak thumb drive…” (kisah benar)
-
“wei ada tak cara dapat duit dgn senang ? tapi tidak menggunakan card credit ? sebab aku tak ada card credit..” (saya baru dapat email ni semalam)
- “saya nak phone number saudara untuk belajar bisnes internet.”
- dan banyak lagi…
Kesimpulannya, ramai yang mahukan pendapatan di internet tetapi tak ramai yang mempunyai mentaliti untuk menjana sebarang pendapatan di internet.
Lihatlah sendiri contoh email yang saya dapat di atas. Kebanyakannya cuma inginkan jalan mudah untuk mendapat kejayaan. Ya, memang ada yang berjaya mendapat pulangan lumayan dalam masa yang singkat tapi ianya tidak benar untuk kebanyakan orang.
Bukan setakat itu sahaja, ada yang tiada hormat langsung (email keempat) apabila bertanyakan sesuatu kepada saya. Adakah ini ciri-ciri orang yang perlukan bantuan? Selalunya email sebegini akan masuk ke dalam “tong sampah maya” saya sahaja tanpa sebarang jawapan kerana sikap orang yang bertanya itu sendiri.
Di dalam mencari ilmu perniagaan internet ini, walaupun identiti anda boleh disorok, namun kejayaan anda tetap akan bergantung kepada mentaliti dan sikap anda itu sendiri.
Disebabkan berpuluh kali mendengar audio CD Jim Rohn yang bertajuk “12 Pillars Of Success”, kata-kata ini terus lekat di minda saya sehingga kini.
“Your income seldom exceeds personal development”
Maksudnya, pendapatan anda tidak akan melebihi pembangunan diri anda. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Jim Rohn tentang perkara ini tapi untuk memahami apakah maksud “personal development” ataupun “pembangunan diri” pun kadang-kadang memerlukan kajian yang agak lama.
Ini satu lagi…
“Become a millionaire not because of the money but because of the person you have to to become”
Maksudnya… jadilah seorang jutawan bukan disebabkan wang ringgit tetapi disebabkan insan yang anda perlu ‘jadi’. Pernah kita baca cerita bagaimana jutawan boleh kehilangan harta dalam sekelip mata dan jadi muflis. Pernah juga kita mendengar cerita bagaimana seorang yang papa kedana menjadi “multi” jutawan dalam masa yang singkat. Dalam kedua-dua kes, sekiranya mereka jatuh muflis, cuma satu golongan sahaja yang akan bangun balik - iaitu mereka yang memperkayakan diri dengan “pembangunan diri” atau “personal development”.
Ya topik ini memang tidak membincangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan di Internet tetapi ianya lebih kepada menjiwai diri anda sendiri tentang betapa pentingnya mempunyai jati diri, mentaliti dan juga keupayaan membina perniagaan internet.
Beberapa butir penting yang saya boleh rumuskan di sini:
- Hormat kepada orang yang anda hendak bertanya. Berikan soalan yang ringkas tetapi cukup informasi untuk dijawab oleh “guru” anda.
- Jika soalannya mudah, cari sendiri jawapannya. Internet adalah sumber ilmu yang terbentang luas. Forum perbincangan juga merupakan sumber yang baik.
- Laburkan sedikit wang untuk diri anda. Contohnya, sudah banyak orang membincangkan pasal PayPal dan ebook MalaysiaPal pun dah dapat menjelaskan “masalah dan penyelesaiannya” dengan secara terperinci. Jangan disebabkan anda ingin terlalu berjimat untuk ilmu sebegini sehingga mengganggu masa orang lain dengan soalan anda.
- Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kadang-kadang anda akan gagal beberapa kali sebelum melihat kejayaan kecil anda buat pertama kalinya. Jadi jangan berputus asa dan bersedia untuk gagal.
- Jangan lupa mantapkan diri anda dengan ilmu teknikal dan “soft-skills”. Ingat! Perniagaan internet juga melibatkan orang dan anda perlukan jaringan usahawan yang berjaya di kemudian hari.
Akhir sekali…
Ramai yang mahukan pendapatan dari Internet tapi… cuma yang layak sahaja akan memperolehinya.
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Biasala en.Zamri memang ramai yang ada mentaliti mcm tu, kita harus ingat tiada shortcut dlm perniagaan internet ni.”Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.”
Zamri,
tahniah tak banyak artikel didalam bahasa melayu dalam dunia bisnes internet ini, saja seronok membaca artikel anda.
terima kasih,
rosli
http://roslishafiee.com
slm,i’m agree with you all points..cuma saya lum nampak dunia internet biznes secara menyeluruh..nampak mcm jual ebook je..apa dmaksudkan’soft skill’? apa future trend dlm internet biz d malaysia?
post yg menarik…kengkadang sebb org2 mcm ni dah tergilakan duit…sbb tu la men harung je..salam pun x bg…
Salam saudara Zamri & pembaca sekalian,
Saya menerima emel anda & antara yg menarik ialah; “ramai yang mahukan pendapatan di internet tetapi tak ramai yang mempunyai mentaliti untuk menjana sebarang pendapatan di internet.”
di sisni bolehlah dikatakan pelaburan merupakan aset utama dalam apa-apa jua perniagaan termasuk biz offline sekalipun (betulkan sy jika salah)…jadi bermulalah sekarang dengan langkah bijak :p
ALHAMDULILLAH BERKAT USAHA SAUDARA MEMBERIKAN INFO-INFO YG MEMBINA TELAH MENDORONG DIRI SAYA UTK MENDAPATKAN PRODUK SAUDARA UTK LEBIH BERSEDIA MENDALAMI SELOK BELOK PERNIAGAAN INTERNET. MEMANG NEWBIE2 SKRG LEBIH BERUNTUNG DAN MUDAH MENCEBURINYA KERANA ADANYA INSAN2 SEPERTI ANDA YG SUDI MEMBERI TUNJUKAJAR DAN BIMBINGAN. CUMA SIKAP SAJA AKAN MENENTUKAN CARA MELAKSANAKANNYA.MUNGKIN DIRI SAYA AGAK TERLEWAT TAPI JIKA DIBIMBING PROSESNYA AKAN JADI LEBIH CEPAT DAN MUDAH. SAYA SETUJU DGN FAQIH. TQ.
kadang2 niat org yg bertanya mmg benar2 mahu belajar. macam mana dia nak tahu itu ini untuk cari dalam internet sedangkn dia tak tahu pun perkara itu ada dibincangkan dalam internet..level dan pengatahuan setiap orang berbeza, sebagai seorg yang mempunyai pembangunan diri yang mantap kita seharusnya pandai menilai. sekurang-kurangnya jgn terlalu mudah melatah dan buruk sangka terhadap org yg bertanya. jika mereka bertanya soalan yg mungkin ‘bodoh’ buat kita, mugkin kita tidak perlu jawab, tapi berilah panduan bagaimana mereka boleh mencari jawapan itu. kita mungkin bakal membantu seorang yg sangat naif kepada seorang jutawan yg cemerlang. Fikirkan positif.
bagi pihak yg bertanya. janganlah terlalu mengharapkan bantuan orang, anda tidak akan sampai ke mana pun dengan hanya berharap itu ini daripada org lain. Semua jalan telah dibina, papan tanda juga telah disediakan untuk anda jadikan panduan semasa perjalanan. Tunggu apa lagi? Anda cuma perlu bergerak dan bertindak..hentikan soalan yang bukan sahaja membazirkan masa anda, malah membazirkan masa orang lain.
Assalamualaikum..saudara Zamri..,
Saya berbangga dengan kegigihan anda yang berterusan..saya juga adalah pelanggan anda dan sentiasa membaca segala email dari anda yang kaya dgn ilmu bizness internet ni..sekurang-kurangya..saya tak tertinggal isu terkini dan tools terbaru biz internet. Almaklumlah..masyarakat kita..khususnya rakyat Malaysia..masih byk lagi yg skeptikal dgn dunia biznes internet ni…
Saya berharap saudara tetap berada di persada biznes ini seterusnya..dan salam maju jaya.
Saya cukup tertarik dengan kata-kata yang dipetik daripada Jim Rohn tersebut ; “Your income seldom exceeds personal development”
Ianya memberikan suntikan semangat kepada saya untuk terus berusaha membuat ‘personal development’.
KNOWLEDGE IS POWER!
Want to become more powerful, practice your knowledge.
Ilmu yang tidak diamal, umpama pokok yang tidak berbuah.
Bro Zamri,
Terima kasih banyak atas perkongsian maklumat yang tuan berikan.
wah! suka hati mereka sahaja meminta diajarkan cara ‘memerah’ duit secara online dengan cara sedemikian. Tak hormat sifu langsung.
sy lebih suka artikel en.zamri yang menggunakan bahasa melayu.lebih senang paham dan mesejnye sampai…
kalau yang sebelum ni bnyk guna bi kan..baca pun eeerrmmm..rasa lomah skit..anyway..suma2 arikel en.zamri bnyk beri knowledge pd sy.tq!teruskan usaha murni anda.
saya dah oder dah on-line Rm30.5 feb 2008 utk dptkan e-book bisnes digital saudara.tapi melalui amirul faiyal,w/pn sy tak kenal
beliu, tapi selalu dpt email promosi. jadi atas dasar nak berkawan,sy oderlah, sdngkan sy boleh oder terus dari saudara.tapi sehingga kini masih tak dpt e-book tersebut.beliu ada smskan web utk sy dptkn produk tu.
(www1.bisnesdigital.com/_____________.html)tapi sy cuba buka tak berjaya. hrp saudara dpt bantu sy.
[Zamri Nanyan] Laman web yang diberikan sudah tepat dan memang itulah laman web yang digunakan oleh semua pembeli untuk download ebook tersebut. Sila lawati laman web tersebut sekali lagi dan jika ada masalah, hubungi ’support’ di www.zamrinanyan.com/success/contact
Anda boleh juga dapatkan rakan yang tahu IT untuk membantu anda dalam hal ini.
Sdr Zamri,
Manusia itu unik. Dalam hidup ini, kalau boleh semua nak senang cepat dan tak nak susah langsung dalam apa jua keadaan.
Ilmu yang Sdr berikan tak akan bernilai jika mereka2 ni tak tahu menilaikannya. Terima kasih atas nukilan Sdr. Semoga Allah membalasnya dan merestui apa yang Sdr lakukan. Teruskan usaha.
Saudara Zamri,
Kenyataan anda banyak membantu kami yang serba kekurangan
dalam mendapatkan ilmu dalam bidang perniagaan Internet yang
kebiasaan dalam bahasa inggeris.
Aha. biasala tu. budak2 zaman sekarang. Nak buat macam mana. Kekadang diorang nk duit cepat je. bacanya malas. Buat kejenya pun malas..
Pastu, setat salah sana sini..
Salam hormat Zamri dan Pembaca sekalian,
Terima kasih kpd Sifu Zamri krn memberikan info2 yg cukup menarik dan menyebabkan hati sy tertarik dgn peluang perniagaan ini. Sy sgt setuju dgn kata2 sifu Zamri. Dlm bisnes kita mesti ada mentaliti yg kuat dan sihat. Anda mesti bersikap spt seorg usahawan walaupun sebenarnya anda belum lg menjadi usahawan.
Ingat!!
* Kejayaan anda bermula dgn sikap yg betul.
* Bukan senang nak senang dan bukan la susah nk susah.
* Pelajari la drpd kesilapan lampau..
Jadi,
* Persiapkan diri anda dgn ilmu dahulu - pi baca la tunjuk ajar yg diberi..
* Jgn kedekut utk labur sikit kewangan klau ingin berjaya - Jgn mimpi la klau nak jadi jutawan klau melabur pun malas dan tk nk usaha sendir.
Jika tak ada kad kredit, sy pun tk de. Tp sy yakin sy bleh menjana income dan menjadi usahawan internet seperti Sifu Zamri. Tunggu….
Apa2 pun persedian mesti dibuat dahulu.
PERMULAAN YANG BAIK BIASANYA AKAN MENENTUKAN KEJAYAAN KITA.
Sekian
Solihin
Ex-DM MLM co.
yySalam. Tunjuk ajar yang disampaikan memang baik dan boleh memembantu cumanya kami yang baru (khusus saya) kekadang tetenggelam punca juga dengan istilah2 IT yang terlalu babaru bagi saya. Lebih-lebih lagi saya yang agak terlewat memenerjuni bidang ini berbanding anda kalian yang kebanyakanny masih muda-muda, bawah enampuluhan. E-book yg didibeli pun belum sempat nak baca kerana masih masaalah tadownload. Tak berani nak komen banyak. Namun komen kalian menyemarak semangat saya untuk turut terus mencuba. Zamri mungkin dah boring dengar masalah tak jaya download saya ni.
a Asslmualaikum…TQ atas nasihat yang bernas! Untuk bermula saya perlukan persediaan yang baik supaya perjalanan menuju ke puncak tidak akan menemui jalan buntu. Saya seorang yang baru ingin menjinakkan diri dengan dunia internet yang lancar disebut tapi sangat jarang bermesra dengannya. Dengan mengenali saudara Zamri, walaupun hanya pada nama, saya harapkan impian untuk menjana kehidupan berkualiti akan terlaksana. Saya penat bekerja tetapi saya tidak mampu untuk memberikan keistimewaan dan penghargaan pada diri saya sendiri.Justeru saya berdoa supaya peluang ini akan memberikan saya ruang untuk merealitikan impian saya dengan panduan dan tunjukajar daripada saudara. Saya umpama budak yang baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan! TQ Wassalam.
Askum…
Email yg saya terima dr en zamri ternyata memberi kesan mendlm pd newbies seperti saya.Bnyk kata2 semangat yg terkandung dlm setiap email yg dtrima,ia ternyata beri rangsangan pd saya utk terus menerokai bisnes IT yg masih baru buat diri saya.TQ atas email yg penuh informasi dan padat dgn kata2 semangat juga nasihat yg berguna itu….ternyata kata2 yg lahir dr hati yg ikhlas cermin pd budi pekerti yg luhur….moga terus maju menuju kejayaan…amin….
Salam hormat kepada anda En Zamri..
Saya setuju dengan comment En Ismail..
Setinggi mana anda membangun,anda akan menerima dan
memahami pelbagai kebenaran tentang hakikat hidup yg
sebenar dipersekitaran kita yg wujud secara realiti.
Kepada yg bertanya
Kebanyakkan perkara yg penting didunia ini tercapai
oleh orang yg terus mencuba walaupun tiada siapa ingin
membantu.
Comment saya ini hanya untuk difikir fikirkan..
if it doesn’t apply,let it fly.
Anyway En Zamri,saya cukup berterima kasih kepada anda
kerana banyak juga ilmu yg saya dapat dari anda tetapi
masih banyak lagi yg saya sedang mencari cari lagi pun
masa saya limited.
Saya sgt bersetuju dengan kenyataan en Zamri ni. Dengan sikap yang betul, jangankan kata kekayaan wang ringgit, boleh kata semua benda kita akan dapat capai…
Assalamualaikum dan salam sejahtera terutama pd en Zamri Nanyan, terima kasih atas artikel tuan. Sangat berguna bukan sekadar utk mereka yang nk buat bisnes tak kira la online ke ofline tapi sgt berguna dlm kita menghadapi kehidupan hari2, ya sgt setuju kita perlu hormat menghormati sesama kita krn dr rs hormat kt juga ada keyakinan.
Saya suka akan kata Jim Rohn ” Your income seldom exceeds your personal development” . moga sama2 kita dpt muhasabah diri.
Have a nice day to everyone =D
salam sejahtera buat encik zambridan semua pembaca,
Perkara lumrah bagi orang kita yg nak duit mudah.Jika tidak tak ada saham-saham neraka.Mana ada kejayaan tanpa useha.Sebab itu ramai orang kita nak jadi kuli tak mau jadi tokey. Takut cabaran. Nak free lunch saje…….orang yg free lunch takkan hargai apa yg dia dapat. T.kasih sifu zambri
saya tertarik dengan tips yang disampaikan. saya pun masih belajar juga dan banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk membuat laman web tetapi takut pula silap langkah HABISSSSS!!! Ada perkhidmatan tu yang hanya mahukan duit kita sahaja. Oleh itu kena hati-hati.
Terima kasih kepada saudara Zamri kerana telah menyediakan blog ini untuk membantu semua orang baru dalam dunia internet marketing! Syabas! Teruskan usaha anda …
saya ucapkan tahniah kepada saudara kerana berjaya dalam industri ini.saya setuju dengan sebahagian pandangan saudara tapi cuma saya ingin beri pandangan ckit, cuba saudara ingat balik dizaman awal saudara mencari prospek saya rasa saudara pasti layan semua jenis pertanyaan, dan sebagai muslim umat muhammad , jangan asik fikir duit sebab kita mati hanya 3 perkara yang menyumbang pahala , amal jariah,anak soleh dan ilmu baik yang kita sebarkan … ini jauh lebih berharga dpd rm 1 billion yang pasti kita tinggal..untuk janda dan anak anak …syukur kalau mereka guna untuk kebaikan. satu lagi allah suruh kita bertanya kpd orang yang ahli.saudara memang layak untuk d tanya.
-
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Terima kasih kerana menegur saya. Bukan niat saya untuk tidak menjawab sebarang soalan daripada mereka yang baru dalam perniagaan ini tapi (1) kadang-kadang jawapan untuk soalan yang diberikan sudahpun ada di depan mata (2) kurang hormat semasa bertanya (3) kurang mentaliti untuk menjalankan bisnes. Ni tak termasuk maki hamun dan cerca (rintangan) dalam bisnes internet lagi (ya… memang ada walaupun tak banyak). Kalau tak cukup ‘personal development’ (pembangunan diri), ada yang akan tewas sekerat jalan nanti.
Dan lagi, kalau dah dapat terlalu banyak soalan tu… memang tak terjawab. Jadi, saya minta maaf awal-awal kalau ada soalan sesiapa yang saya tak sempat balas - sebab saya juga ada paid customer yang perlukan perhatian.
Salam hormat En. Zamri,
Saya amat setuju dengan komen saudara dan yang sebenarnya hal ini sememangnya betul.kenapa tidak ..kerana saya sendiri merasakannya..
Terima kasih dengan idea bernas saudara..
Jay..
saya banyak menerima iklan dari anda,tapi nak join ape benda saya nak jual kat internet,tak kisah kalau RM37 tu…kalau bukak web pun kene bayar,tapi ape nak saya jual kat web tu???
-
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Sebelum anda hendak jual sesuatu, perlu tahu bagaimana caranya menjual di internet terlebih dahulu. Produk untuk dijual selalunya tidak menjadi masalah kerana anda boleh jadi affiliate dan jual produk orang lain. Tetapi kalau tak tahu mcm mana nak jual di internet - memang ada masalah di situ.
Salam sejahtera,
Pertama kali datang ke blog ini sebab baru beli
ebook. Belum habis baca lagi.Baru nak cuba niaga
di internet.
Setuju sepenuhnya apa yg sdr utarakan dlm perbincangan
diatas. Pengetahuan khusus dlm bidang yg diceburi
& kemahiran adalah asas kepada semua bentuk perniagaan.
Tidak bijak kalau buat perniagaan jika baru tahu
sikit2.
Saya berpendapat mereka yang bertanya bukan2, ingin terlibat dalam bisnes ini tetapi mungkin belum ada exposure
dan tak tahu apa nak tanya. Kalau mereka ini genuinely perlukan bantuan, adakah tempat untuk mereka boleh mengikuti kursus asas internet business ini. Maklum saja lah sekarang ramai belia2 kita susah nak dapat kerja. mungkin internet business satu peluang yang mereka boleh ikuti.
Siang tadi saya bawa anak saya pergi interview. kerja kosong 5 saja. yang datang 500 orang.
Harap maaf, cuma beri pandangan. Ini adalah keadaan yang dapat dilihat dipersekitaran saya masa ini.
-
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Saya pernah bercerita bagaimana saya memulakan perniagaan internet ni (juga ada dimuatkan dalam interview Gobala Krishnan dengan saya dalam internetmillionaires.com.my).
Memang saya sudah banyak membaca dan mengetahui selok belok perniagaan internet tetapi ada satu yang ‘missing’ - seseorang yang ‘live’ yang boleh tunjuk dan guide saya untuk bisnes internet. Itulah kuncinya (bagi saya).
Jadi, saya pergi ke Genting Highlands untuk seminar Sen Ze. Dari situ saya belajar buat laman web sendiri, cuba cpanel sendiri dan install skrip sendiri. Memang perit sebab tak ramai orang Malaysia yang buat benda ni pada masa saya mula dulu. Kalau nak cari sumber dalam BM, memang lagi susahlah. Lebih sebulan juga saya buat “trial and error” untuk bina website dan sebagainya dan cuma seorang sahaja yang guide dan support saya - Sen Ze.
Tapi kalau saya beritahu pergi seminar untuk belajar - banyak yang beri alasan itu dan inilah… tak cukup duit lah… dan sebagainya. Tapi saya rasa, mentorship sangat penting untuk anda berjaya (atau buat jualan pertama anda) di internet. Biar keluar wang sedikit untuk ilmu yang selama-lamanya lekat di minda anda.
Baiklah, untuk menjawab soalan Faridatol… ada beberapa workshop internet di Malaysia dalam bahasa Malaysia sekarang. Walaupun saya belum pergi lagi ke workshop tersebut, anda boleh check out seminar Saifulsham (http://www.saudagar.com.my) atau Irfan Khairi (http://www.rahsiainternet.com/workshop).
Saya tak dapat berikan maklumat yang terlalu detail untuk kedua-dua workshop ni sebab saya tak pernah menyertainya, tapi saya memang pernah berjumpa dengan team Saifulsham dan Irfan.
Anda juga boleh belajar melalui forum. Satu-satunya forum bisnes internet berbahasa Malaysia yang saya selalu lawati ialah wangcyber.com. Di sana anda boleh mendapat ilmu secara percuma tetapi berhati-hati kerana tak semua yang memberikan jawapan kepada soalan anda adalah berdasarkan ‘result’ dan pengalaman mereka sendiri.
a’kum,
En. Zamri,
Saya sebenarnya x tahupun tuan seorang usahawan perniagaan internet yang berjaya. Hanya secara kebetulan saya melanggan e-book dari en. amirul fasya dan “termasuk” pula dalam laman web tuan. Saya ni memanglah minat sangat dgn perniagaan internet, dah beli beberapa ebook, tapi semuanya tak sempat/habis dibaca (saya print semuanya). Saya setuju dgn tuan bahawa pembangunan diri memang merupakan elemen penting dalam setiap tugas samada pemakan gaji atau bekerja sendiri. Saya seorang pekrja yang sgt sibuk di sebuah syarikat, memang selalu tak cukup masa untuk memberikan tumpuan yang lebih serius kpd busess ini. Sebenarnya saya amat menyedari bahawa saya sentiasa memberikan alasan kpd diri sendiri, makanya saya tidak pernah berjaya. Saya setuju dgn saudara iaitu tidak ramai yang ada mentaliti untuk menjana pendapatan daripada perniagaan internet kerana mereka (termasuk saya)sentiasa meletakkan masalah didepan dan membiarkan peluang tertinggal dibelakang…….i
Sebenarnya ramai yang berminat untuk menceburi bidang ini, pelaburan telah dibuat (memdapatkan maklumat samada percuma @ beli) tetapi sayang seribu kali sayang segala maklumat yang diperolehi menambahkan lagi masalah yg mana satu dahulu dan mana satu kemudian, apa yang diceritakan kadang2 x sama apa yang dipamirkan, bagi yang mahir oklah bagi yg baru merangkak ini masalah besar……., bagi saya kalau ilmu itu berfaedah dan mendatangkan keuntungan apa salahnya kita berdepan walaupun dikenakan bayaran saya sanggup. Tq
-
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
KLU TERBESAR untuk anda ialah cerita bagaimana saya memulakan perniagaan internet ini. Saya paparkan kembali salah satu jawapan yang sama yang saya berikan kepada soalan yang seakan-akan sama ini. Ingat! Saya mula dengan pergi mencari guru yang mengajar ‘live’ dan kita ada beberapa sumber di Malaysia sendiri untuk melakukannya. Berikut ialah jawapan yang saya berikan dahulu:
************
Saya pernah bercerita bagaimana saya memulakan perniagaan internet ni (juga ada dimuatkan dalam interview Gobala Krishnan dengan saya dalam internetmillionaires.com.my).
Memang saya sudah banyak membaca dan mengetahui selok belok perniagaan internet tetapi ada satu yang ‘missing’ - seseorang yang ‘live’ yang boleh tunjuk dan guide saya untuk bisnes internet. Itulah kuncinya (bagi saya).
Jadi, saya pergi ke Genting Highlands untuk seminar Sen Ze. Dari situ saya belajar buat laman web sendiri, cuba cpanel sendiri dan install skrip sendiri. Memang perit sebab tak ramai orang Malaysia yang buat benda ni pada masa saya mula dulu. Kalau nak cari sumber dalam BM, memang lagi susahlah. Lebih sebulan juga saya buat “trial and error” untuk bina website dan sebagainya dan cuma seorang sahaja yang guide dan support saya - Sen Ze.
Tapi kalau saya beritahu pergi seminar untuk belajar - banyak yang beri alasan itu dan inilah… tak cukup duit lah… dan sebagainya. Tapi saya rasa, mentorship sangat penting untuk anda berjaya (atau buat jualan pertama anda) di internet. Biar keluar wang sedikit untuk ilmu yang selama-lamanya lekat di minda anda.
Baiklah, untuk menjawab soalan Faridatol… ada beberapa workshop internet di Malaysia dalam bahasa Malaysia sekarang. Walaupun saya belum pergi lagi ke workshop tersebut, anda boleh check out seminar Saifulsham (http://www.saudagar.com.my) atau Irfan Khairi (http://www.rahsiainternet.com/workshop).
Saya tak dapat berikan maklumat yang terlalu detail untuk kedua-dua workshop ni sebab saya tak pernah menyertainya, tapi saya memang pernah berjumpa dengan team Saifulsham dan Irfan.
*** nota tambahan… sila semak sama ada mereka memberikan bimbingan selepas workshop/seminar dan bagaimana ianya dikendalikan (PENTING!)
[…] menulis sesuatu yang berkaitan cara berfikir untuk bisnes internet ini di paparan bertajuk “Mahukan Pendapatan Dari Internet Tapi…” dan anda mungkin boleh mencari kaitannya dengan video yang Gobala cipta […]
Jangan jadikan alasan sebagai penghalang untuk kita berjaya dan berani menghadapi kegagalan adalah lumrah dalam perniagaan. Ingat!! tiada jalan shortcut untuk success. You are what you say
Perniagaan internet merupakan satu perniagaan yang mencabar minda.
Kalau tak nak usaha, tak payah join….







Salam..
Info yg cukup menarik,ringkas tapi bermakna…
“ilmu ada dimana-mana,
menimba ilmu pula perlu pada tempatnya,
bertanya pula harus kena pada caranya,
barulah semuanya kita dapat fahami sepenuhnya”
apa2 pun saya masih lagi baru dalam dunia internet, masih blaja,masih meneliti,guru2 memang ramai tpi salah caranya saya jugak yg terbengkalai,tima kasih blog yg sempurna…TQ(^^,)