Mahukan Pendapatan Dari Internet Tapi…

Anda seorang yang telah pun berpengalaman di dalam perniagaan internet?

Saya pasti anda selalu menerima email yang bunyinya seakan-akan begini… Jika anda baru lagi dengan bisnes internet ini, tunggu dan lihat nanti. :)

Kesimpulannya, ramai yang mahukan pendapatan di internet tetapi tak ramai yang mempunyai mentaliti untuk menjana sebarang pendapatan di internet.

Lihatlah sendiri contoh email yang saya dapat di atas. Kebanyakannya cuma inginkan jalan mudah untuk mendapat kejayaan. Ya, memang ada yang berjaya mendapat pulangan lumayan dalam masa yang singkat tapi ianya tidak benar untuk kebanyakan orang.

Bukan setakat itu sahaja, ada yang tiada hormat langsung (email keempat) apabila bertanyakan sesuatu kepada saya. Adakah ini ciri-ciri orang yang perlukan bantuan? Selalunya email sebegini akan masuk ke dalam “tong sampah maya” saya sahaja tanpa sebarang jawapan kerana sikap orang yang bertanya itu sendiri.

Di dalam mencari ilmu perniagaan internet ini, walaupun identiti anda boleh disorok, namun kejayaan anda tetap akan bergantung kepada mentaliti dan sikap anda itu sendiri.

Disebabkan berpuluh kali mendengar audio CD Jim Rohn yang bertajuk “12 Pillars Of Success”, kata-kata ini terus lekat di minda saya sehingga kini.

“Your income seldom exceeds personal development”

Maksudnya, pendapatan anda tidak akan melebihi pembangunan diri anda. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Jim Rohn tentang perkara ini tapi untuk memahami apakah maksud “personal development” ataupun “pembangunan diri” pun kadang-kadang memerlukan kajian yang agak lama.

Ini satu lagi…

“Become a millionaire not because of the money but because of the person you have to to become”

Maksudnya… jadilah seorang jutawan bukan disebabkan wang ringgit tetapi disebabkan insan yang anda perlu ‘jadi’. Pernah kita baca cerita bagaimana jutawan boleh kehilangan harta dalam sekelip mata dan jadi muflis. Pernah juga kita mendengar cerita bagaimana seorang yang papa kedana menjadi “multi” jutawan dalam masa yang singkat. Dalam kedua-dua kes, sekiranya mereka jatuh muflis, cuma satu golongan sahaja yang akan bangun balik – iaitu mereka yang memperkayakan diri dengan “pembangunan diri” atau “personal development”.

Ya topik ini memang tidak membincangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan di Internet tetapi ianya lebih kepada menjiwai diri anda sendiri tentang betapa pentingnya mempunyai jati diri, mentaliti dan juga keupayaan membina perniagaan internet.

Beberapa butir penting yang saya boleh rumuskan di sini:

  1. Hormat kepada orang yang anda hendak bertanya. Berikan soalan yang ringkas tetapi cukup informasi untuk dijawab oleh “guru” anda.
  2. Jika soalannya mudah, cari sendiri jawapannya. Internet adalah sumber ilmu yang terbentang luas. Forum perbincangan juga merupakan sumber yang baik.
  3. Laburkan sedikit wang untuk diri anda. Contohnya, sudah banyak orang membincangkan pasal PayPal dan ebook MalaysiaPal pun dah dapat menjelaskan “masalah dan penyelesaiannya” dengan secara terperinci. Jangan disebabkan anda ingin terlalu berjimat untuk ilmu sebegini sehingga mengganggu masa orang lain dengan soalan anda.
  4. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kadang-kadang anda akan gagal beberapa kali sebelum melihat kejayaan kecil anda buat pertama kalinya. Jadi jangan berputus asa dan bersedia untuk gagal.
  5. Jangan lupa mantapkan diri anda dengan ilmu teknikal dan “soft-skills”. Ingat! Perniagaan internet juga melibatkan orang dan anda perlukan jaringan usahawan yang berjaya di kemudian hari.

Akhir sekali…

Ramai yang mahukan pendapatan dari Internet tapi… cuma yang layak sahaja akan memperolehinya.

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Artikel, Pembangunan Diri, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

37 Responses to “Mahukan Pendapatan Dari Internet Tapi…”

Leave Comment

(required)

(required)