Majalah IM (Internet Marketer)
Pernah satu ketika dulu saya ada memberi pendapat yang pasaran untuk mereka yang berbahasa Malaysia masih belum mempunyai satu ezine yang membincangkan perniagaan internet.
Forum sudah ada, ebook sudah ada, blog sudah ada… namun apa yang betul-betul dinamakan ezine yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain belum lagi ada…
Sehinggalah Flarebiz menerbitkan sebuah ezine bulanan yang dinamakan “Majalah IM”.
Sebagai support atau tanda sokongan saya terhadap usaha mereka (team Flarebiz), saya turut menawarkan diri untuk terus menyumbang artikel untuk dimuatkan di dalam ezine tersebut… dan saya amat mengharapkan ezine ini akan terus bertapak dan tidak cuma hangat-hangat “you know what”.
Buat pengetahuan anda, usaha menerbitkan ezine seperti yang dilakukan oleh Flarebiz bukannya mudah.
Saya memang ada idea untuk menerbitkannya pada beberapa tahun lepas… tapi selepas membuat pertimbangan, memang agak sukar saya laksanakan pada masa itu.
Jadi, syabas saya ucapkan kepada Flarebiz kerana dapat menerbitkan ezine berbahasa Malaysia ini.
Untuk muatturun ezine ini, sila lawati http://www.MajalahIM.com
(ianya percuma)
Untuk maklumat lanjut mengenai ezine ini, boleh juga lawati http://flarebiz.com/berita-flarebiz/pelancaran-majalah-im
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. Visi saya ialah mengadakan ezine mingguan yang membolehkan usahawan internet Malaysia menghantar artikel dan juga membeli iklan untuk membantu mempromosikan produk mereka.

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








