Malang Tak Berbau, Kiosk Webhosting & Tip “Joint Venture”
Malang Tak Berbau!
Semalam saya sudah pun bersiap sedia untuk pulang ke kampung untuk menziarah ayah saya yang kurang sihat.
Sementara itu, isteri saya, anak bongsu dan pembantu rumah saya pergi ke klinik. Biasalah, pembantu rumah ni kadang-kadang sakit sini, sakit sana.
Dalam setengah jam kemudian, saya mendapat panggilan telefon.
Terkejut sebentar bila mendengar isteri saya memberitahu bahawa beliau terlibat di dalam satu kemalangan lebih kurang 200 meter daripada rumah saya.
Ingatkan kemalangan sikit yang tidak perlu melibatkan polis tetapi selepas saya nampak ramai orang berkumpul di tempat kejadian, saya pun bergegas lari ke tempat tersebut.
Seorang lelaki India terbaring meraung-raung kesakitan di tepi jalan dan saya lihat ‘bumper’ hadapan kereta saya pecah.

Tak jadilah saya menziarahi ayah saya yang kini ada di hospital. Hari ini saya habiskan dengan berurusan dengan masalah kereta dan kemalangan ini.
Kereta yang satu lagi di rumah pun perlu ditukar baterinya. Habis RM175 untuk bateri kereta tersebut dan kereta satu lagi tu ditinggalkan di workshop. Tak tahulah berapa hari kereta tersebut akan berada di workshop tersebut tetapi mujurlah saya ada satu lagi kereta untuk bergerak ke sana-sini.
Saya harap lelaki India yang melanggar kereta saya tersebut tidak mengalami kecederaan parah dan semoga dia cepat sembuh.
Walau apa pun yang terjadi, saya tahu bahawa semuanya ini adalah ujian-Nya. Kita perlu tabah menghadapinya dan tidak mudah putus asa.
===============================
Peluang Bisnes Kiosk Webhosting
===============================
Dari masa ke semasa saya akan mula mempromosikan peluang perniagaan Kiosk Webhosting. Satu domain khas sudahpun dibeli (www.Dollar-Team.com) dan saya sudahpun mula mengumpulkan beberapa ahli Kiosk semasa untuk dijadikan “Mastermind Team” di dalam mempromosikan Kiosk.
Saya ingin terangkan perkara ini dengan lebih lanjut tetapi disebabkan ujian hidup yang baru saya alami ini, saya akan mengambil sedikit masa untuk menyusun strategi.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudahpun mahir di dalam bisnes internet dan ingin menjana pendapatan pasif yang benar-benar stabil, anda bolehlah lawati laman web berikut terlebih dahulu:
http://www.Kiosk-Webhosting.com
===============================
Tip Joint Venture
===============================
Disebabkan ada ramai usahawan internet baru yang sudah mula menerbitkan produk mereka sendiri, maka ramai jugalah yang mula menjemput saya menjadi JV partner (atau rakan niaga special) mereka.
Walaubagaimanapun, disebabkan mereka baru lagi di dalam bidang ini, maka terdapat pelbagai cara salah yang mereka lakukan. Jadi, saya pun mengambil inisiatif untuk memberikan tip-tip ini kepada semua subscriber saya.
Diharapkan anda suka dengan perkongsian pertama saya ini.
—————-
Tip #1: Hantar Jemputan Awal
Masalah yang selalu dihadapi oleh bakal rakan niaga anda adalah kurangnya masa untuk membuat semakan, bacaaan, penelitian dan ulasan terhadap produk yang bakal anda jual. Ini kerana anda menghantar jemputan 2 atau 3 hari sebelum tarikh pelancaran produk.
Anda perlu faham bahawa rakan niaga yang mampu menghasilkan jualan yang besar sebenarnya mempunyai tarikan ramai daripada penjual produk lain, yang juga menjemput mereka untuk menjadi rakan niaga eksklusif.
Sekiranya anda tidak berikan masa yang cukup, mungkin rakan niaga anda ini tidak dapat memenuhi jemputan anda atau mungkin beliau cuma boleh menghantar promosi produk anda selepas seminggu atau dua minggu pelancaran dilakukan. Paling teruk, mereka tidak dapat membuat promosi untuk produk anda.
Anda perlu juga ingat bahawa rakan niaga sebegini mementingkan kredibiliti mereka sebelum mereka dapat menyarankan sebarang produk kepada senarai prospek mereka. Jadi, mereka perlukan sedikit masa untuk betul-betul meneliti produk yang anda hasilkan.
—————-
Akhir sekali, saya harap anda terus mendoakan supaya kesihatan ayah saya kembali pulih seperti insan yang sihat.
Terima kasih kepada anda yang terus memberikan sokongan.
ihklas,
Zamri Nanyan
ps. sekiranya anda mempunyai sebarang komen dan maklumbalas, sila tinggalkan komen di akhir artikel ini
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








salam……sudah hampir setahun saya menjadi subscriber anda
tapi masih belum punya produk maupun laman web jualan…tapi saya berazam untuk wujudkan benda2 tu…terima kasih kerana anda sentiasa memberi tips2 yang berguna dan harap2 anda sentiasa bertenaga dan diberi ilham untuk itu.sebelum terlupa, harap anda dan keluarga diberi ketabahan untuk semua dugaan dalam hidup dan semoga ditambah lagi tahap kesabaran anda…saya juga berdoa agar ayah anda cepat sembuh dan pulang semula ke rumah ke pangkuan keluarga…sekian…wassalam…
salam,
saya kira kadang2 kita kena ‘reda’ dan positif atas apa yang berlaku.
saya teringat pesan arwah ibu saya, katanya “apa bila dapat gaji beribu2 ke, semua RM tu bukan kita punya. duit tu lah nak beli minyak, makan, minum, beli barang2 keperluan lain, termasuklah standby untuk kemalangan yang berlaku (minta2 Allah jauhkan). kalau nak kira betul2 duit kita mungkin 20 atau 30 ringgit aje.
anyway, bersyukur kerana isteri sdr masih dalam peliharaan Allah (selamat). kereta masih boleh diperbaiki, tetapi isteri (siapa tak sayang isteri oi)…..
Salam En. Zamri.
Alhamdulillah kemalangan tersebut tak terlalu berat.
Saya doakan ayah En. Zamri cepat sembuh dari sakit dan kembali sihat.
Salam bro Zamri,
syukur wife dan anak2 bro selamat.
Saya doakan ayah bro Zamri pulih dari sakit secepat mungkin
Kereta saya pun buat hal bulan ni, over temperature…
salam abg zamri,
Salam En. Zamri.
Alhamdulilah semua selamat dalam kemalangan tu. kereta boleh dibaiki, nyawa tiada galang gantinya……
Saya doakan semua dapat release dari trauma kejadian tu, buat ayah abg zamri , saya doakan agar sihat walafiat….
p/s : dimana boleh saya beli e-book newbie clickbank…?
Salam bro Zamri,
Semua kejadian yg berlaku adalah ujian daripada Allah untuk kita, adakah kita mensyukuri nikmat yg telah diberi kpd kita atau sebaliknya. Setiap kejadian semestinya ada hikmah di sebaliknya…. bersabarlah menghadapai segalanya. Saya doakan semoga ayah saudara sihat seperti sedia kala… amin.
moga tabah dalam dugaan . Baru sikit dugaan ini cuma perlu kesabaran dalam menghadapi ujian.Bro buat report la senang cerita, biasenya org india mesti nak claim lebih tuue . papehal moga selamat ok.
harap2 ayah dan keluarga abg sihat2,pasal kereta abg tu,abg ade claim insurans tak? Merc E class model mcm abg susah sket nak cari spare parts.Hantar ke bengkel autorised shj,jgn hantar bengkel bwh pokok cerry,silap gaya diaorg sembelih abg.Cuba bincang dgn mekanik yg abg dah kenal lama,dah biasa hantar kreta kat dia dan yg penting boleh dipercayai. Jgn percaya cakap Longkong(tonto)(org2 yg dtg sebaik saja ade accident sambil pegang walkie-talkie)diaorg tu lagi kuat sembelih. Harap info ini dpt membantu….
hai, saya zack saya doakan ayah encik zamri cepat sembuh.
Bro, kadang-kadang perkara sebegini memang membingungkan kepala. Tapi yang penting nyawa keluarga yang tersayang terselamat.
Kawan pun baru lepas accident bulan lepas. Orang hentam dari belakang di highway Seremban. Nasib baik mak ayah takde apa-apa dalam kereta. Pheewww…!
Salam En Zamri,
Alhamdunillah, syukur Isteri dan anak2 selamat.
Saya doakan ayah En Zamri pulih dari sakit secepat mungkin.
Saya ada nak tanya disini, saya ni tak lah berapa tau mengunakan internet utuk membuka business. Kalau nak attend workshop d KL pun susah. Harap ada jalan lain utk belajar dgn En Zamri. Terima kasih.
Semuga ayah sdr cepat sembuh.
Syukur isteri dan anak serta org gaji tak ada apa-apa.
Yalah duit boleh dicari lg tetapi nyawa bgmn nak ganti.
Syabas atas kesabaran sdr dan harap tak melenting dgn kemalangan yg telah berlaku. Contoh suami yg bertimbangrasa kepada isteri.
Tawakal dan sabar.
hai, saya ibnu hassan ,saya doakan ayah encik zamri cepat sembuh.