Mari Kembali Ke Tahun 2003! (Permulaan Bisnes Internet Saya)
Jalan mesti ke hadapan… tetapi kenapa perlu kita undur ke tahun 2003?
Baiklah, saya ingin kembalikan anda ke tahun 2003 kerana itulah tahun saya mulakan perniagaan internet sehinggalah saya masih lagi bersama bisnes ini sampai sekarang.
Terlalu ramai yang mahu memulakan bisnes internet mereka sendiri dan terlalu ramai jugalah yang main redah sahaja tanpa ilmu dan usaha.
Saya pasti apa yang saya tulis di atas bukanlah anda.
Jadi, inilah sebabnya saya menulis topik menimba ilmu melalui coaching.
Sebelum memulakan bisnes internet, saya telah melakukan kaji selidik sendiri mengenai bisnes maya ini, cuba sedikit tetapi malangnya masih tidak menjumpai faktor yang membolehkan saya maju terus ke hadapan.
Dari situlah baru saya sedar yang saya kekurangan satu perkara - iaitu seseorang yang mampu membimbing saya untuk melakukan bisnes ini dengan cara yang betul - seseorang yang telahpun berjaya melakukannya.
Selepas membuat penyelidikan, saya menjumpai seorang ‘mat saleh’ yang menawarkan coaching program yang berharga lebih USD$3,000.
Saya beritahu diri saya… inilah yang saya cari-cari. Beliau telahpun membina empayar internet yang berjaya dan walaupun saya tahu harganya melebihi RM10,000 pada waktu itu, saya mesti mendapatkan mentor yang mampu mengajar saya.
Hari tu memang saya dah nekad untuk caj kad kredit saya tetapi nasib saya baik kerana saya menjumpai seorang usahawan internet tempatan yang mampu menjadi mentor dan coach untuk mengajar saya berniaga di internet.
Dan harganya adalah USD$700 (walaupun tak semahal program mat saleh tersebut tetapi ianya cukup untuk membayar gaji seorang engineer)
Dari situlah saya mula menapak…
Dan saya harap cerita saya ini memberi iktibar kepada anda kerana saya menghabiskan ribuan ringgit terlebih dahulu untuk ilmu yang saya cari sebelum saya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda ini.
Sesetengah daripada kita cuma ingin mengambil jalan mudah - dan jalan mudah jugalah yang akan kita perolehi - kegagalan.
Jika anda membaca email saya sebelum ini, mungkin anda akan tahu yang ada seorang internet marketer tempatan yang menawarkan coaching program yang terlalu rendah yurannya kepada anda.
Saya tak paksa anda untuk menyertainya kerana tak semua orang meminati Google Adsense (saya salah seorang daripadanya) tetapi jika anda berminat, anda bolehlah lawati laman web ini untuk maklumat lanjut:
Saya tuliskan maklumat ini di blog kerana terlalu ramai yang bertanyakan saya dengan lebih detail mengenai coaching program ini.
Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada anda!
ikhlas,
Zamri Nanyan
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.







Memang betul, nak berniaga internet ni memerlukan coaching. Bagi saya mendapatkan coaching adalah lebih baik daripada mendapatkan e-book yang mahal. Jika tak terabur lah jawabnya. Jika yang berjaya tu Alhamdulillah lah. Jika yang tak berjaya pula, tak tahulah apa pula cerita. Duit dah banyak dilabur dan dileburkan. Jadi tunggu apa lagi carilah coaching yang sesuai dengan anda.
Saiful
http://magnetictherapy2u.blogspot.com/