MESTI Beli Sistem Rahsia ClickBank
Pada masa rakyat Malaysia masih lagi tercari-cari penyelesaian untuk membuka akaun ClickBank di Internet, Gobala Krishnan dan saya telahpun menjana pendapatan daripadanya.
Untuk membuka akaun ClickBank, Gobala Krishnan menggunakan cara yang beliau nyatakan di dalam Chapter-M dan saya menggunakan “orang dalam” untuk mendapatkan akaun ClickBank saya. Cuma sebilangan kecil sahaja yang tahu bagaimana saya mendapatkan akaun ClickBank saya.
Walaupun berbeza, tapi yang penting… saya dan Gobala mempunyai persamaan – kami telah mula menjana pendapatan dari ClickBank sebelum majoriti rakyat Malaysia dapat membuka akaun mereka.
Itu semua sejarah yang lepas tetapi hari ini, anda sendiri bakal membuka lembaran baru bersama kami.
Pada 10 Februari 2009, saya dan Gobala Krishnan akan melancarkan satu Pakej Lengkap Sistem Pemasaran Affiliate ClickBank – satu pakej yang kami rasakan akan membantu ramai affiliate menjana pendapatan lumayan dari ClickBank.
Sistem yang kami bina cuma memerlukan anda mendaftar akaun di ClickBank dan terus gunakannya sahaja.
Tidak perlu anda mencipta produk dan laman web yang cantik-cantik kerana kami telah sediakan segala peralatan yang anda perlukan.
Cuma fokus usaha anda kepada promosi.
Disamping itu juga, kami dedahkan lagi beberapa rahsia ClickBank khusus untuk rakyat Malaysia.
1. Anda mungkin sudah boleh mendaftar akaun ClickBank tetapi anda mungkin belum tahu caranya untuk membawa pulang wang ClickBank ke Malaysia tanpa mendapat cek dari ClickBank.
2. Anda mungkin sudah tahu beberapa cara promosi yang berkesan tetapi anda mungkin tidak tahu bagaimana menggunakan perisian (software) untuk memudahkan kerja anda (software diberikan di dalam pakej Sistem Rahsia ClickBank).
3. Anda mungkin fikir penguasaan bahasa Inggeris amat penting di dalam penjanaan wang dari ClickBank tetapi dengan sistem yang kami bina, dengan bahasa Inggeris anda yang tunggang-langgang pun boleh melakukannya.
…dan banyak lagi yang dibongkarkan.
Ini adalah produk yang kami berikan 110% usaha dan fokus untuk menjadikannya yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang ingin menjana wang di pasaran international dan juga tempatan (khusus untuk 200 pembeli pertama).
Jadi, bila Sistem Rahsia ClickBank dilancarkan pada 10 Februari 2009 – jam 2 pm, jangan berlengah lagi.
Buat tempahan segera! Kerana 200 pembeli pertama akan mendapat hadiah amat istimewa dari kami.
Lawati www.RahsiaClickBank.com
Sebagai hadiah bonus, sila tonton video yang disediakan oleh Gobala Krishnan di bawah:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









mesti beli sistem rashia clik bank:
Dari promosi hebat! tahniah sama-sama kami tunggu, harap-harap tak telepas kot.Insallah en zamri kalau harganya sesuai pasti dibeli. mesti ada kena isi borang mudah-nudah sempat.Insallah.
Tq
Tahniah Zamri & Gobala atas pelancaran produk terbaru ini. You guys have done a great job! Cheers…
Congratulations!
Saya dah beli dah pakej rahsia Clickbank. Memang hebat! Saya tak sabar nak praktekkan segala rahsia yang dikongsikan dalam pakej tersebut. Ini adalah pakej termahal yang saya pernah beli dalam niche perniagaan internet ini namun saya happy semasa keluarkan duit tadi membayar pakej ini.
Kenapa saya happy?:-) Ini kerana Saya yakin dengan pakej ini sebab ianya ditulis oleh 2 orang tokoh ternama dalam dunia perniagaan internet Malaysia dan Antarabangsa iaitu bro Zamri dan Gobala.
Saya dalam perjalanan menuju kebebasan kewangan. Jom semua! tahun 2009 adalah tahun kita berhasil dalam penderitaan ekonomi dunia.
Wow!! Laris macam goreng pisang panas! Tahniah! kepada yg dah beli sistem rahsia clickbank, bagi yg belum, apa tunggu lagi.. belasah jee. keluar modal ciput je nanti dapat pulangan berganda-ganda
TQ. Penerangan mudah yg ckup berguna. Lg 1 video drp Gobala Krishnan cukup memberi motivasi kpd saya. TQ so much
Syabas!
RCB adalah produk yang terbaik. Saya rasa bertuah kerana dapat memilikinya. Sungguh padat dengan ilmu, teknik dan tip yang berkesan. Memang berbaloi.
Thanks a lot!
Produk RahsiaClickbank perlu ditingkatkan dari segi teknik promosi:
Teknik promosi forum dan artikel diajar dalam RC.Tetapi kelemahannya ialah anda perlu mempunyai kredibiliti dalam sesuatu forum untuk betul2 menjana jualan.Ini kerana forumers lain tidak akan percaya newbie yang tiba2 membuat thread jualan.Tambahan lagi ramai orang menggunakan template yg sama yg diberikan oleh Rahsia Clickbank.
Selain itu teknik artikel pula hanya diajar supaya submit artikel anda ke beberapa directori.Tetapi keyword research langsung tidak diajar walaupun pemilihan keyword adalah paling penting dalam artikel marketing.
Teknik PPC (Google Adwords) tidak disentuh.Sekurang-kurang2 berikan idea kepada pembeli supaya mereka berusaha mencari sumber untuk belajar PPC.
Atau semua itu bakal dimuatkan dalam RC v2?
Pendapat saya teknik promosi yang diajar adalah perkara asas yang sudah cukup atau mampu menghasilkan jualan. Sudah tentu ada banyak lagi yang boleh diaplikasikan dan sebab itulah wujudnya bantuan di forum WC.
Apa yang diajar di dalam RCB memang basic tapi lethal. Setakat yang kami amati, masih terlalu ramai yang tak tahu perkara berkaitan hosting, domain dan sebagainya – tak lepas lagi. Kalau nak masuk lebih detail kepada PPC dan advanced article marketing, lagi keliru pembeli.
Pada masa sekarang, tiada lagi plan untuk RCB v2. Tapi apa yang saya berikan di dalam coaching thread saya tu dah boleh consider RCB v2 dah.
Buat pengetahuan semua, di sini saya ada sedikit update pasal RCB. Anda boleh lihat bagaimana tanpa menggunakan kesemua teknik yang diberikan di dalam RCB, anda masih lagi mampu menghasilkan jualan.
Klik di bawah:
http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/usah-risaukan-jualan-fokus-kepada-promosi-dahulu/
Jangan risau sangat tentang jualan, tumpukan kepada promosi untuk trafik jangka masa panjang. Jualan akan datang tanpa anda duga nanti.