Nak Jual Apa Di Kedai Online?

Selepas mula mempromosikan produk Niaga Kit, terdapat beberapa pembaca bertanyakan kepada saya soalan berikut.

“Saya tak ada produk fizikal nak dijual. Boleh saudara cadangkan produk yang senang untuk saya dapatkan untuk dijual di internet?”

Daripada soalan-soalan yang saya dapat sebegini, saya jangkakan bahawa para pembaca berminat dengan produk Niaga Kit yang ditawarkan.

Cuma masalah mencari produk untuk dijual sahaja menjadi halangan.

Untuk tidak menghampakan anda dan juga pembaca yang bertanyakan soalan ini, saya berikan beberapa idea untuk anda bermula.

1. Sertai syarikat MLM yang  menjual produk fizikal. Disebabkan anda agen syarikat tersebut, anda boleh menjual produk mereka pada harga runcit dan dapatkan keuntungan 20%-50% bagi setiap produk. Pastikan anda semak dahulu peraturan untuk anda menjual produk MLM anda.

2. Tukarkan produk digital kepada produk fizikal. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ebook sendiri, jadikan ebook tersebut dalam bentuk CD yang boleh dihantar kepada pembeli. Anda juga boleh gunakan produk yang mempunyai lesen jual semula (seperti ebook Rahsia Bisnes Digital) untuk tujuan ini.

3. Cari rakan niaga produk fizikal yang bersesuaian dengan bisnes anda. Lelong.com.my dan Ebay.com.my merupakan di antara laman web yang anda boleh mulakan untuk mencari rakan niaga yang boleh menyediakan produk untuk anda jual. Salah satu idea lagi ialah menyediakan kedai online bagi rakan niaga anda ini dan bahagikan keuntungan yang anda dapat daripada menjual produk ini di kedai online anda.

4. Hubungi pengarang buku ataupun penerbit buku yang anda kenali dan nyatakan hasrat anda untuk menjual produk mereka di internet. Anda boleh cadangkan harga buku mereka yang bakal anda jual (mungkin pada harga diskaun) dan juga harga borong yang anda setuju untuk beli daripada mereka.

5. Aplikasikan strategi “dropshipping” di mana anda cuma iklankan produk di kedai online anda dan selepas pesanan dan bayaran diterima daripada pelanggan, anda akan mengarahkan stokis atau syarikat ‘dropshipping” tersebut untuk menghantar produk kepada pelanggan anda.

Sekarang bagaimana?

Adakah idea yang saya berikan di atas dapat membantu anda?

Jika “ya” dan anda sudah bersedia untuk membina sebuah kedai online anda, jangan lupa lawati laman blog saya di bawah kerana saya ada tawaran menarik untuk anda:

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/tawaran-hebat-pembelian-niagakit

Anda juga berpeluang untuk mendapat personal coaching daripada saya secara PERCUMA dan ini sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Peluang mendapat personal coaching lebih terbuka luas kerana dengan harga Niaga Kit yang lebih premium, tidak ramai yang membuat pesanan seperti belian ebook. Jadi kebarangkalian untuk anda menjadi protegee saya juga lebih besar — dengan syarat anda mendapatkan produk Niaga Kit ini.

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/tawaran-hebat-pembelian-niagakit

Kedai Online

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)