Nilai Sebuah eMail Dalam Promosi Produk Affiliate

Nilai Sebuah eMail Dalam Promosi Produk Affiliate
oleh Zamri Nanyan

Pernahkah terfikir berapakah nilai sebuah email untuk promosi produk affiliate anda?

Jika anda tidak tahu, mungkin saya boleh berikan anda satu cara ringkas untuk mengetahuinya.

Jawapannya… ketahui berapa banyak orang klik ke laman web affiliate anda dan berapa banyak yang membuat pembelian.

Ya, ini merupakan salah satu alat mengukur kepada berapa banyak keuntungan yang anda boleh lakukan dengan 1 email.

Memang ada alat pengesan (tracking tools) yang lebih canggih untuk mengesan berapa banyak keuntungan yang anda boleh dapati bagi sesebuah kempen email untuk produk affiliate anda.

Namun, jika anda tidak mampu menggunakan alatan ini, gunakan kaedah yang mudah ini.

Sekiranya anda menghantar satu email, berapakah jumlah jualan dan keuntungan yang anda perolehi?

Sebagai contoh, kempen terbaru bagi Video Usahawan saya menghasilkan komisyen RM450 dengan cuma menghantar satu email.

Apabila memasuki bahagian affiliate dalam akaun video usahawan saya, saya dapat menganalisa sendiri jumlah trafik dan conversion bagi produk ini.

Contoh analisa yang boleh saya lakukan termasuk berapa banyak orang klik ke laman web affiliate, berapa banyak orang buat pesanan dan seterusnya berapa komisyen yang diperolehi.

Ini adalah satu cara mudah membuat analisa jualan produk affiliate yang tidak memerlukan anda menggunakan tracking tool yang complicated – kerana alatan ini sudah disediakan oleh mereka yang mengendalikan program affiliate ini.

Namun begitu, sesetengah program affiliate tidak mempunyai rekod trafik dan jualan yang lengkap. Jadi, anda mungkin ingin membandingkan berapa banyak klik ke link yang anda hantar kepada pembaca email anda dan berapa banyak jualan yang dihasilkan.

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan servis percuma seperti yang diberikan di simurl.com, clickaudit.com dan sebagainya untuk membuat analisa trafik secara ringkas.

Daripada hasil analisa trafik dari klik ini, semak jualan yang dihasilkan.

Dari sini anda akan dapati sendiri conversion jualan daripada trafik yang anda hantar ke laman web affiliate anda.

Apabila anda mempunyai bajet pada kemudian hari, bolehlah anda melaburkan sedikit wang untuk membeli tracking tool untuk kempen email atau laman web anda. Dengan adanya alatan pengesan yang lebih canggih, anda boleh mengetahui lebih banyak informasi mengenai mereka yang klik ke laman web affiliate anda dan seterusnya menjadikan anda lebih memahami kemahuan dan kehendak pembaca email anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

3 Responses to “Nilai Sebuah eMail Dalam Promosi Produk Affiliate”

Leave Comment

(required)

(required)