Pakej Video Youtube – Jawapan Kepada Soalan Anda

Saya tak jangka ramai yang akan bertanyakan soalan berkaitan dengan paparan blog saya yang lepas dan walaupun sudah beberapa hari saya beritahu anda mengenai Pakej Video Youtube ini, masih ramai yang bertanyakan soalan mengenainya.

Jadi, saya pilih beberapa soalan anda dan jawab secara spontan di sini.

Soalan #1: daripada Muhammad Ramli

Salam..

Soalan saya,siapa yang akan membayar wang kepada kita,saya telah signup clickbank ,katalah saya download video dari youtube( mana-mana video pun tak apakah?)siapa yang akan membayar wang kepada saya,saya kurang fahamlah,berikan keterangan selebihnya.

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Sila rujuk soalan berkaitan ClickBank di sini: http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/
adakah-clickbank-sesuai-untuk-usahawan-internet-baru

ClickBank akan membuat pembayaran komisyen dan Youtube adalah medium untuk anda mempromosikan link affiliate ClickBank anda.

Cara-cara memilih video yang sesuai untuk mempromosikan produk affiliate ada diterangkan di dalam Pakej Video Youtube.

Soalan #2: daripada Hazif

ha3..saya da dpt agak tknik ni yg puan lisa gunakan stelah mlihat adenye ads d vdeo d youtube skr ni.
mm..puan lisa xmarah k bocorkan rhsia psl ni?
tp saye ade musykil,saya blum taw ape perlu buat ngn CJ dan clickbank akaun da buat…
blh bgtaw sdkit?
cmne join affiliate 2?

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Saya tak rasa Pn Lisa marah dengan apa yang saya kongsikan di sini kerana bagi saya rahsia terpenting yang perlu anda tahu daripada Pakej Video Youtube ini memang saya tak bocorkan… dan anda perlu dapatkannya dengan membuat pembelian daripada Pn Lisa. Apa yang saya kongsikan adalah sesuatu yang common atau biasa dilakukan oleh mereka yang melakukan pemasaran video di Youtube. Jawapan kepada soalan apa yang perlu anda buat dengan CJ juga ada dinyatakan di dalam pakej tersebut dan ianya boleh diaplikasikan untuk ClickBank juga.

Dan kelebihan yang paling ketara apabila anda membeli pakej ini ialah bantuan daripada Pn Lisa secara berterusan kepada setiap masalah yang anda hadapi ketika melakukan pemasaran video ini – yang memang jarang-jarang dilakukan oleh usahawan internet lain (kerana ianya seperti program “personal coaching” yang selalunya anda perlu bayar ratusan ringgit untuk mendapatkan khidmat sebegini).

Soalan #3: daripada King Bugis

Salam hormat,
Terima kasih diatas tunjuk-ajar saudara yang ikhlas.

Saya ada masalah, bagaimana ingin saya mempunyai akaun clickbank atau CJ itu? Dan dimana hendak masukkan link affiliate ClickBank di dalam youtube atau Commission Junction ke dalam kotak “description” untuk video saya dan juga di bahagian “Annotations”.

Sekian.

Wassalam.

[Jawapan daripada Zamri Nanyan]

Sama-sama.

Untuk membuka akaun ClickBank, lawati www.clickbank.com. Untuk Commission Junction, lawati www.cj.com

Untuk jawapan kepada soalan seterusnya, tak adil rasanya untuk saya beritahu kerana ini adalah salah satu cara yang diajar oleh Pn Lisa di dalam Pakej Video Youtube beliau.

Soalan #4: daripada Cornelius

Thanks bro sebab bagitau 3 langkah tu..k.dari situ saya agak-agak yang
MUNGKIN..saya boleh guna windows movie maker untuk tulis laman web
affiliate link saya….and saya boleh guna xilisoft download youtube
software…download video dr youtube..and then edit video tu…then
upload balik ke akaun youtube saya….then tunggu trafik dtg ke video
tu…dan seterusnya ke laman web jualan affiliate tu?

saya nak tanya…niche video youtube dan juga niche produk clickbank
tu mesti sama ke? boleh tak saya ambil video main guitar but then
taruh link berkenaan dengan download mp3?

[Jawapan daripada Zamri Nanyan]

Cara yang anda terangkan di atas lebih rumit daripada yang diajar di dalam Pakej Video Youtube. Jadi, tekaan anda tidak 100% tepat.

Untuk jawapan kepada soalan kepada niche produk dan video tu, Pn Lisa mungkin marah dengan saya selepas ini. Jawapannya… cuba padankan niche produk dengan video anda. Ini adalah perkara asas kepada pemasaran video.

Soalan #5: daripada Apih Din

salam zamri nanyan..sy ada mslh skit dgn clickbank..sy check kt gross sale sy dh dh dpt usd 42, tp bila sy ty pihak admin, dia reply cmni: apa mksdnya ek?

Thank you for your inquiry. You have not been issued a check because your account has not yet met our “Customer Distribution Requirement”, which states that ClickBank accounts cannot be used for the sole purpose of collecting rebates or otherwise extending credit to yourself or others. In compliance with US law, ClickBank will withhold payment of any account balance until the following criteria is met:
* Sales made with 5 or more different credit card numbers and
* Sales made with two different payment methods (either Visa, MasterCard, or PayPal). Note: PayPal purchases do not count toward the minimum 5 different credit card numbers.

This requirement is in place to help prevent affiliates from abusing the ClickBank Affiliate Program by using their accounts for the sole purpose of collecting rebates and/or discounts on their own ClickBank purchases.

Please note that once you have met the Customer Distribution Requirement, the full balance from your account will be paid on the next check issuing date. Also, please keep in mind that you only need to meet the Customer Distribution Requirement one time per account (not per check).

[Jawapan daripada Zamri Nanyan]

Walaupun soalan ini tidak menjurus terus kepada Pakej Video Youtube, saya akan cuba jawab juga.

Jumlah minima untuk pengeluaran dana daripada ClickBank anda belum mencukupi dan anda belum lagi memenuhi syarat yang ditetapkan seperti jualan belum mencapai 5 kad kredit berlainan dan menggunakan cara pembayaran daripada jenis kad yang berbeza (Visa, MasterCard atau paypal). Anda juga diingatkan supaya jangan membuka akaun ClickBank semata-mata untuk mendapat komisyen atau diskaun hasil jualan yang anda lakukan melalui link affiliate anda sendiri.

Dalam ertikata lain, teruskan promosi sehingga anda mendapat lebih banyak jualan sehingga mencapai kuota jualan dan jangan abuse penggunaan akaun ClickBank anda.

Komen daripada Khairul Muzzammil

Alo bro …..ko boleh x lepas ni jgn hantar msg kat aku lg…..buang mase aku nak delete msg ko

[Jawapan daripada Zamri Nanyan]

Link untuk unsubscribe kan ada di setiap email yang dihantar. Satu klik sahaja sudah dapat mengeluarkan anda daripada mailing list saya. Lagipun, saya pasti anda yang subscribe ke mailing list saya sebelum ni.

Walaubagaimanapun, saya sudah delete email saudara Khairul Muzammil dan dengan kesempatan ini juga ingin memaklumkan kepada sesiapa yang tidak lagi berminat untuk menerima email langganan daripada saya boleh klik ke link unsubscribe di akhir setiap email yang saya hantar – dan anda tidak akan mendapat sebarang email daripada saya lagi.

Maaf kerana masukkan juga komen ini untuk menceriakan lagi hari Jumaat anda. :)

Baiklah, itu sahaja jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan kepada saya mengenai Pakej Video Youtube.

Saya lihat jualan affiliate saya melayakkan saya diletakkan ke tempat tertinggi untuk Pakej Video Youtube buat masa sekarang. Ini bermaksud Pakej Video Youtube ini memang mempunyai permintaan yang tinggi. Saya rasa sebabnya cara yang diajar di dalam Pakej Video Youtube ini dapat diaplikasikan dengan mudah, dan dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu mahir dalam penguasaan bahasa inggeris.

Akhir sekali saya cadang anda dapatkan Pakej Video Youtube ini sekiranya anda berminat tetapi masih mempunyai banyak soalan mengenai pemasaran video ini. Laburkan sedikit wang untuk ilmu yang bakal anda pelajari dan praktikkan. Saya pun membelinya terlebih dahulu… dan untuk pengetahuan anda, saya jarang membeli produk tempatan disebabkan (1) saya selalu diberikan review copy percuma (2) kalau saya tak rasakannya berkualiti dan berkesan, saya tak akan membeli dan menyarankannya kepada orang lain.

Klik http://tinyurl.com/pakej-video-youtube untuk membuat pesanan.

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet, Ulasan Produk

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

6 Responses to “Pakej Video Youtube – Jawapan Kepada Soalan Anda”

Leave Comment

(required)

(required)