Pelajari Cara Buat Duit Dengan eBook… LIVE!

Sabtu lepas, saya dan Gobala berjaya menganjurkan Seminar Rahsia ClickBank kami.

Penatnya terasa sehingga hari esoknya.

Walaubagaimanapun, saya dan Gobala berasa puas kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama peserta.

Banyak ilmu yang kami kongsikan dan sudah tentu ada rahsia yang kami tidak pernah ceritakan di blog atau laman web lain yang kami kongsikan bersama peserta yang hadir pada hari tersebut.

Rakaman video seminar tersebut juga dibuat dan bergantung kepada kualitinya nanti, kami mungkin akan menjualnya (kalau kurang kualiti, terpaksalah kami simpan sebagai koleksi peribadi) 🙂

Berbalik kepada topik seminar perniagaan, memang ada banyak faedahnya sekiranya anda menghadiri seminar – jauh berbeza dengan belajar secara sendiri melalui pembacaan di rumah.

Sekiranya anda ingin tahu faedah-faedah hebat kenapa seminar mempunyai kekuatannya sendiri, anda boleh baca satu artikel yang saya tulis di http://rahsia.bisnesdigital.com/seminar

Pastinya ia akan membuka mata anda kenapa ada ramai yang sanggup membelanjakan beratus-ratus ringgit untuk menghadiri sesuatu seminar.

Bersempena tajuk seminar ini juga, saya ingin mengumumkan bahawa rakan saya, Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth akan menganjurkan seminar pertama beliau mengenai bagaimana anda boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka dengan menjual ebook.

Saya mengenali Shuth sejak kami sama-sama terlibat di dalam rakaman televisyen untuk mempromosikan buku masing-masing tidak lama dahulu. Jika anda belum mengenali beliau, inilah peluang terbaik untuk anda menemui Shuth – seorang yang ‘humble’ dan tidak lokek ilmu.

Untuk pesanan dan maklumat lanjut mengenai seminar eBook, gunakan link special di bawah:

http://www.seminarebook.com/index.php?ref=specialoffer


Kenapa anda perlu pergi seminar ini?

Cuma tanyakan diri anda sekiranya anda sudah menjana 5 angka daripada penjualan ebook – atau pernahkah anda menjual ebook. Kemudian, baca semula artikel yang saya tulis mengenai kelebihan menghadiri seminar di link di atas.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. demam RCB masih belum kebah lagi… 🙂 mungkin saya kena delay sikit projek saya seterusnya untuk terus berikan bantuan/support kepada pembeli RCB (www.RahsiaClickBank.com)

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

2 Responses to “Pelajari Cara Buat Duit Dengan eBook… LIVE!”

Leave Comment

(required)

(required)