Pelbagaikan Produk Sedia Ada…
Tip ini saya pelajari daripada Alex Mandossian selepas mendengar beberapa teleseminar beliau.Topiknya… “Re-purpose Your Product”.
Saya tak tahu bagaimana untuk menterjemahkan ayat beliau kerana ianya merupakan frasa yang dicipta oleh beliau sendiri.
Secara ringkasnya… “re-purpose your product” bermaksud jadikan produk yang anda ada sekarang sebuah produk yang baru di dalam bentuk yang baru. Di sini, anda tidak perlu memerah otak untuk mencipta produk baru yang berlainan tetapi cuma membuat beberapa perubahan yang menjurus kepada terciptanya produk yang lebih baik dan mungkin lebih mahal berdasarkan produk yang sedia ada.
Sebagai contoh, anda boleh lihat buku yang saya terbitkan bersama Daegan Smith. Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini merupakan sebuah buku elektronik (ebook) dalam Bahasa Inggeris sebelum ini. Kemudian ianya dijadikan sebuah buku dan seterusnya buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.
Pada masa yang sama, Daegan juga menggunakan kandungan yang sama di dalam buku ini untuk dijadikan bahan atau kandungan laman web keahlian beliau di mana beliau caj pelanggan secara bulanan.
Dari buku ini juga, saya berjaya memberi ceramah mengenai perniagaan M L M di internet pada tahun 2007.
Apa lagi yang saya boleh lakukan daripada satu produk ini?
Banyak lagi… saya boleh cipta video untuk dijual di internet. Saya boleh cipta laman web keahlian sendiri. Saya boleh interview Daegan untuk cipta produk audio dan sebagainya.
Konsep “re-purpose your product” ini adalah konsep yang “powerful” dan ianya juga merupakan sesuatu yang dipraktikkan oleh jutawan internet di luar sana.
Anda bagaimana?
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Saya masih merangkak lagi..
Tapi dah nampak sikit bayang-bayangnya..
Ini sememangnya merupakan satu cadangan yang menarik…Daripada satu produk,boleh mneghasilkan pelbagai produk,dan seterusnya meningkatkan lagi pendatang kita…hehehe.Saya nie takde apa-apa produk,so,tak leh nak praktikkan lagi tips nie..hehehe.wasalam.
Boleh tak gabungkan internet dengan Mobile Money?
Penambahan harga yang berkaitan seharusnya setimpal dengan peningkatan mutu e-book yang di ‘rebranding’..jika tidak, orang akan mula ‘lari’ perlahan2,sebab banyak pesaing lain yang boleh di pilih dan orang mahukan yang ‘fresh’ dan ori!