Pemasaran Artikel Untuk Perniagaan Internet Anda Bukan Seperti Dahulu Lagi
Pemasaran Artikel Untuk Perniagaan Internet Anda Bukan Seperti Dahulu Lagi
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com
Teknik pemasaran artikel sudah pun berubah.
Dahulu, anda tulis artikel dan sebarkan artikel yang sama ke ratusan direktori artikel. Sekarang, anda sebarkan artikel yang diolah daripada artikel asal menjadi artikel baru kepada ratusan direktori artikel ini.
Dari inilah terbitnya perkataan “article spinner” yang bermaksud olahan semula artikel.
Jadi, gunakan “article spinner” untuk tukarkan setiap satu artikel yang anda tulis kepada banyak artikel unik yang lain berdasarkan kandungan artikel asal. Salah satu “article spinner” yang saya gunakan ialah EZArticleLink yang juga merupakan servis untuk menyebarkan artikel ke beberapa ratus laman web yang lain secara autopilot. Walaupun ada disediakan akaun “GOLD”, anda juga boleh gunakan servis ini secara percuma.
http://www.bisnesdigital.com/ezarticlelink
Satu lagi servis untuk “article spinning” ini ialah daripada The Best Spinner. The Best Spinner dikatakan antara yang terbaik tapi ianya bukan percuma. Anda boleh rujuk laman web berikut untuk maklumat lanjut berkaitan The Best Spinner.
http://www.bisnesdigital.com/thebestspinner
Jadi, fikirkan strategi ini apabila anda melakukan pemasaran artikel nanti. Untuk menghasilkan artikel, mungkin anda boleh tulis sendiri atau gunakan artikel yang mempunyai lesen “Private Label Rights” (PLR).
Sebagai contoh, saya berikan anda 2 artikel berbeza tetapi mempunyai kandungan yang sama di bawah. Kedua-dua artikel ini dihasilkan oleh EZArticleLink.
Artikel #1:
The dissimilarity between the stock market and the foreign exchange market is the vast trading that occurs on the foreign exchange market. There is millions and millions that are traded daily on the forex market, almost two trillion dollars is traded every day. The total amount is a lot more higher than the money traded on the everyday stock market of any country.
Artikel #2:
The difference between the stock market and the currency exchange market is the vast trading that occurs on the forex market. There is millions and millions that are traded every day on the foreign exchange market, close to two trillion dollars is traded daily. The amount is much higher than the money traded on the daily stock market of any country.
Walaupun kedua-dua artikel di atas adalah berbeza, kandungannya tetap sama.
Dan jika anda risau tentang kualiti artikel yang dihasilkan, tak perlu.
Ini kerana artikel yang dihasilkan ini adalah daripada “input” atau pengolahan anda semula dan bukannya dilakukan 100% oleh skrip. Bukan setakat pengolahan setiap perkataan, sebaris ayat pun anda boleh olah menjadi berbeza dari asal. Anda kawal bagaimana pengolahan artikel anda akan dilakukan. Jika anda hendak artikel ini diolah 50% daripada artikel asal, anda boleh lakukannya. Jika anda hendak ianya diolah sehingga 75% berbeza daripada kandungan asal, anda juga boleh lakukannya.
Satu lagi kelebihan yang anda pada EZArticleLink ialah anda juga boleh “outsource” atau upah orang lain untuk lakukan pengolahan ini untuk anda. Inilah caranya untuk anda yang ada bajet lebih tetapi tiada masa untuk lakukan pemasaran artikel – masukkan artikel PLR dan upah orang lakukan “spinning” (pengolahan).
Nasihat saya, jika anda ingin lakukan pemasaran artikel di dalam bisnes internet anda, lakukan strategi ini. Ianya lebih mudah, pantas dan mesra SEO. Walaubagaimanapun, jangan salahgunakan peralatan ini bagi tujuan yang tidak betul.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari strategi pemasaran affiliate yang berkesan. Sekiranya anda ingin membina pendapatan di internet melalui Traffic Wave dengan menyertai kumpulan pemasaran beliau, sila daftar ahli di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate”, “Traffic Wave”, “EZ Article Link” dan “The Best Spinner” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Satu info yang menarik, thanks En Zamri
Salam sdr zamri,
Teruskan mendidik warga tentang apa sahaja perniagaan internet. semuga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.
Ariticle spinner memudahkan org seperti saya yg kureng dlm BI ni . . . Thanks, sdr Zam utk info yg amat berguna . . . .
saya pernah gunakan article spinner ni, lps spin je, ayat yg ditukar tu memang lain, dari susunan dan penggunaan ayat lagi sukar utk faham, visitor yg baca artikel kita tu mesti ingat bukan kta yg menulis artikel tu. apa yg penting ayat yg kena ubah tu kenalah lebih 40% berbeza dari artikel asal, alternatif lain cari 3 atau 4 artikel yg sama niche dan pilih perenggan2 tertentu dan buat semula satu artikel baru
Memang banyak articles spinner sekarang ni…
Nanti saya harap saudara Zamri boleh kongsikan articles submitter software/service yg paling best.
article spinner ini hanya untuk BI sahaja ker? walaupun saya rasa ya,tapi saya tetap tanya untuk kepastian.
Baiklah,pemasaran artikel khususnya BI adalah lebih global,maknanya target pasaran luar. Jika dalam Malaysia,saya rasa masih belum perlu gunakan artikel BI kerana pelayar internet kita lebih senang dengan BM.
Tetapi kalau target kelompok yg menguasai BI apa salahnya. Meningkatkan kredibiliti kita sebagai IM.
Menunnjukkan yg IM juga fluent speaking and writing in English.
solfware yang bagus…. tulisan sendirin pun boleh tukar pada ayat dan perkataan lain
sesuatu ilmu perlu di pelajari dgn bersungguh2….
Perisian ini untuk artikel bahasa inggeris dan antarabangsa. Sangat menarik dan membantu ramai internet marketer. Saya harap suatu hari nanti akan wujud direktori artikel berbahasa Melayu untuk pasaran nusantara (atau mungkin sudah ada?).
Thank Kerana Perkongsian Sungguh Berharga
Hasbullah,I’m agreed with you. This software make our jobs done smoothly and easily.
But,i think it is only suitable for global market. But for backlink,we can use it.
If we target local market,maybe article in Malays are better,but is there any software like this for local market?
Nice sharing..
@ nik, planet_emas, ady, fazee – sama-sama
@ Zack – software tu mungkin tak advance mcm sekarang… tak banyak yang boleh control
@ Nazr – DUA servis dalam artikel di atas tu dah cukup untuk anda lakukan article spinning… kalau nak yang mahal, SEOLinkVille boleh buat jugak kot… Rapid Rewriter pun boleh.
@ Faiz Sufi, Hasbullah – saya tak rasa perlu lagi untuk spin artikel BM. Kalau nak cuba pun boleh, cuma kena key in cadangan penukaran perkataan/ayat secara manual. Untuk backlink ke website melayu, boleh sahaja guna artikel BI (ni something orang tak pernah beritahu)
Terima kasih saudara Zamri, atas usaha anda mendidik IM .yang baru ,pada saya ,”Article spinner” baik untuk BI ,pasaran antara bangsa. smada menggunakan perkhidmatan EZAl atau the best spinnere .adapun article BM, untuk pasaran Nusantara ,boleh ubah tajuk ,kutip isi karang semula. .Maaf kalau tidak menepati sasaran.
salam..
camne cara guna ekk…..?
tq..
terima kasih kerana info
en zamri, nak tanya skit berkenaan article submitter. sy belum pernah cuba lg tapi nak tanya adakah sebelum kita submit artikel melalui article submitter kita perlu register dahulu pd website artikel tersebut? cth; ezinearticle. mohon ditunjukkan panduan seterusnya..
terima kasih.
Satu lagi pemasaran yang belum pernah saya cuba insyallah maybe artikel en zamri ni sebagai satu permulaan buat saya
Terima kasih atas perkongsian,
Kini artikel perlu ada nilai isi, sumber dan penyelidikan. Bukan buat artikel main tulis, tambah dan copy, edit. Saudara telah mengajar kami kepentingan artikel pada bidang pemasaran.
Boleh email saya , apakah bidang bisnes internet yang saudara buat, apa produk saudara dan lain-lain lagi. Sebab saya ingin tambah produk atau bidang.
Hi Zamri…
Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang sangat membantu ini.