Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma!

Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma!
oleh Zamri Nanyan

Memang jika dilihat pada dasarnya, sesebuah laman web perniagaan tidak mungkin akan menjana sebarang pendapatan jika segalanya diberi percuma.

Namun, cuba lawati beberapa laman web perniagaan internet dan anda akan perasan yang kebanyakan daripadanya memberikan sesuatu yang percuma kepada pengunjung laman web mereka. Di antara perkara yang diberikan percuma adalah seperti berikut.

1. Ezine percuma
2. Ebook percuma
3. Keahlian (membership) percuma
4. Artikel percuma
5. Perkhidmatan percuma
…dan banyak lagi.

Dan ada yang lebih ‘daring’ lagi sehingga sanggup menghantar barangan fizikal seperti CD dan buku.

Jika diberikan percuma, tidakkah itu merugikan usahawan internet berkenaan? Lebih-lebih lagi jika mereka terpaksa menghantar produk fizikal kepada pengunjung laman web mereka ke serata dunia.

Jawapannya ada di dalam pengiraan matematik dan juga taktik pemasaran yang dipraktikkan.

Baiklah, mari kita lihat taktik perniagaan ini terlebih dahulu.

Strategi Pemasaran

Produk yang diberikan percuma merupakan insentif kepada pengunjung untuk mengenali usahawan internet tersebut sebelum jualan dibuat. Ianya juga merupakan alatan atau ‘tool’ yang digunakan untuk membina kepercayaan di antara usahawan internet dan juga pengunjung laman web mereka (bakal pembeli).

Sekiranya kepercayaan wujud ke atas penjual (usahawan internet tersebut), maka ianya menjadi mudah untuk pembeli membelanjakan wang mereka untuk produk yang ditawarkan seterusnya.

Anda pun tahu yang ianya amat sukar untuk mempercayai sesuatu perniagaan di internet, bukan?

Dengan memberikan “pengalaman” berurusan dengan usahawan internet tersebut (secara mendapatkan produk percuma daripada beliau) akan mengurangkan rasa risau untuk berurus niaga pada masa akan datang.

Jadi anda dapat lihat di sini yang produk yang diberikan percuma, secara tak langsung, adalah bahan promosi untuk produk yang lain.

Perkiraan Matematik

Ya, jika diberikan percuma, mungkin kosnya terpaksa ditanggung oleh usahawan tersebut.

Contohnya, jika kos penghantaran sebuah cakera padat (CD) ialah RM3, maka jika 1000 orang yang memohonnya secara percuma, jumlah duit yang perlu dikeluarkan sudah mencecah RM3,000.

Semua orang tahu yang perbelanjaan RM3,000 tanpa pulangan balik adalah merugikan.

Tetapi, jika ianya dilakukan secara bijak, kos RM3,000 boleh bertukar kepada untung RM4,5000 dan sebagainya.

Jom kita lihat dengan lebih mendalam lagi dan ambil contoh penghantaran CD ini sebagai subjek analisa.

CD yang dihantar secara percuma adalah bahagian pengenalan kepada satu lagi produk video tutorial yang harganya RM100 sekeping. Disebabkan CD kedua ini lebih lengkap dan mempunyai segala rahsia yang tidak diterangkan di dalam CD pertama, besar kemungkinan mereka yang memohon CD pertama ingin mendapatkan CD kedua, di mana mereka terpaksa membayar untuk mendapatkannya.

Daripada 1,000 orang yang memohon, secara purata 75 orang akan membuat pesanan dan pembayaran sebanyak RM100 untuk sekeping CD.

Ini bermakna, anda sudah menghasilkan jualan sebanyak RM7,500 (andaian kos penghantaran ditanggung oleh pembeli).

Jadi, keuntungan bersih anda ialah RM7,500 (CD kedua) - RM3,000 (CD pertama) = RM4,500 (andaian kos menerbitkan CD adalah terlalu kecil untuk direkodkan).

Tingkatkan lagi peratusan pembelian CD kedua kepada pesanan CD kedua, dan anda akan menambahkan lagi keuntungan anda.

Secara ringkasnya, anda perlu mengetahui nisbah pembelian daripada hasil pemberian percuma, dan anda akan sentiasa menang di dalam pemasaran sebegini.

Dan sekiranya produk yang anda berikan adalah dalam bentuk digital seperti ebook atau perisian, ianya lebih memudahkan anda kerana kos permberian produk digital adalah percuma.

Oleh itu, anda harus menilai samaada strategi pemberian produk percuma kepada pengunjung laman web anda adalah berbaloi. Jika anda ingin melakukan dengan cara yang mudah, selalulah gunakan pendekatan pemberian produk digital.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

Terima kasih dengan info yang diberikan ini.

Seperti apa yang dilakukan saudara kita Labanon yang banyak memberi produk percuma sebelum melancarkan 101 Tips Adsense..

Salam hormat dari saya,

nasrun.

Pemberian percuma boleh dianggap sebagai ‘buah tangan’ kepada pelawat laman web kita, janganlah terlebih2 sehingga merugikan kita. Buah tangan tersebut pula biarlah sesuatu yang bermanfaat kepada pengunjung.

Terima kasih saudara Zamri kerana sudi berkongsi
info yang sangat berguna untuk semua!

Sememangnya permberian hadiah percuma atau ‘free gift’
dapat meningkatkan lagi hasil penjualan kita..
dengan itu juga secara tidak langsung kita akan dapat membina mailing list dengan lebih cepat lagi..

terima kasih sekali lagi..

Saya setuju dengan “Ianya juga merupakan alatan atau ‘tool’ yang digunakan untuk membina kepercayaan di antara usahawan internet dan juga pengunjung laman web mereka (bakal pembeli)”. Kepercayaan daripada pengunjung laman web adalah sesuatu yang berharga.

Leave a comment

(required)

(required)