Pemberian Komisyen dan Hadiah Duit Mania (dan Tip Dapatkan Coach/Mentor)

Untuk paparan kali ini, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ammar Zahar kerana menghantar hadiah tempat kedua cabaran top affiliate Duit Mania. Hadiah yang anda lihat di bawah (uCrown) adalah kini milik Mazlie.

nombor-dua.gif

Dan ini ialah hadiah yang Ammar kirimkan kepada saya. Sekarang ni, kalau penat sangat menatap komputer, bolehlah alat ini mengurut mata saya. Kalau nak beli sendiri tu, lambatlah sikit… 🙂

icare.jpg

Terima kasih, Ammar!

Dan untuk tip pada kali ini, sekiranya anda ingin mempercepatkan lagi proses pembelajaran bagaimana membina perniagaan internet, saya AMAT menyarankan anda untuk mendapatkan coach atau mentor untuk menunjuk anda secara 1-on-1 (atau persendirian). Dengan cara ini, anda akan mudah belajar kerana coach anda akan menunjukkan anda cara yang benar-benar berkesan dan yang paling penting, beliau dapat mengurangkan kesilapan anda.

Kos untuk coaching atau mentoring selalunya lebih mahal daripada anda belajar melalui ebook atau bertanyakan soalan di forum. Mungkin kosnya boleh mencecah ribuan ringgit. Dari sinilah, ramai yang menganggap bahawa tak ramailah orang akan berjaya sekiranya harganya terlalu mahal – sebab tak ramai yang mampu.

Memang benar, tak ramai yang mampu tetapi bayangkan sekiranya pulangan yang akan anda perolehi boleh mencapai 500% daripada apa yang anda laburkan.

Mahukah anda mencapat hasil 500% daripada yang dilaburkan?

Saya rasa semua orang akan menjawab “mahu”.

Sebagai contoh, sekiranya saya membuka sesi coaching untuk mengajar anda bagaimana untuk membina mailing list sebanyak 5,000 dalam masa sebulan dan anda dikenakan caj RM497, adakah anda sanggup?

Mungkin ‘ya’. Mungkin ‘tidak’.

Tetapi jika pelaburan RM497 bakal menjadikan anda mahir di dalam pemasaran email, dapat menjadikan anda berdikari dan mendapat pulangan RM5,000 dalam anda membina 5,000 orang di dalam mailing list ini, adakah anda sanggup?

Saya rasa ramai yang akan menjawab ‘sanggup’.

Ramai yang akan cuba mencari RM497 sedaya upaya.

Dan saya boleh katakan yang untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM5,000 dengan pelaburan RM497 di dalam sesi coaching/mentoring adalah tidak mustahil. Malah, kebarangkaliannya adalah tinggi kerana anda akan diajar oleh pakar di dalam bidang mereka.

Jadi, jika anda masih lagi tidak dapat bergerak di dalam bisnes internet anda walaupun telah banyak anda cuba, mungkin jawapannya ialah dengan mendapatkan coach/mentor.

Saya sendiri bermula dengan menjadikan seseorang mentor peribadi saya. Sekarang pun saya ada mentor saya sendiri.

Anda pula, bagaimana?

Walaubagaimanapun, ingin saya nyatakan bahawa tidak semuanya akan berjalan lancar. Mungkin ada ketikanya masalah akan timbul dan anda mungkin tidak mencapai matlamat yang diidamkan selepas sesi coaching/mentoring anda. Sama seperti bisnes yang lain, bisnes internet juga mempunyai risikonya dan jika setelah mencuba dan mentor anda masih lagi tidak dapat membantu anda mencapai matlamat yang diidamkan, janganlah salahkah beliau 100%. Lihat dan kaji semula kebaikan lain yang anda perolehi daripada sesi berharga tersebut.

Artikel, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Peribadi, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

23 Responses to “Pemberian Komisyen dan Hadiah Duit Mania (dan Tip Dapatkan Coach/Mentor)”

Leave Comment

(required)

(required)