Pemberian Komisyen dan Hadiah Duit Mania (dan Tip Dapatkan Coach/Mentor)
Untuk paparan kali ini, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ammar Zahar kerana menghantar hadiah tempat kedua cabaran top affiliate Duit Mania. Hadiah yang anda lihat di bawah (uCrown) adalah kini milik Mazlie.

Dan ini ialah hadiah yang Ammar kirimkan kepada saya. Sekarang ni, kalau penat sangat menatap komputer, bolehlah alat ini mengurut mata saya. Kalau nak beli sendiri tu, lambatlah sikit…

Terima kasih, Ammar!
Dan untuk tip pada kali ini, sekiranya anda ingin mempercepatkan lagi proses pembelajaran bagaimana membina perniagaan internet, saya AMAT menyarankan anda untuk mendapatkan coach atau mentor untuk menunjuk anda secara 1-on-1 (atau persendirian). Dengan cara ini, anda akan mudah belajar kerana coach anda akan menunjukkan anda cara yang benar-benar berkesan dan yang paling penting, beliau dapat mengurangkan kesilapan anda.
Kos untuk coaching atau mentoring selalunya lebih mahal daripada anda belajar melalui ebook atau bertanyakan soalan di forum. Mungkin kosnya boleh mencecah ribuan ringgit. Dari sinilah, ramai yang menganggap bahawa tak ramailah orang akan berjaya sekiranya harganya terlalu mahal – sebab tak ramai yang mampu.
Memang benar, tak ramai yang mampu tetapi bayangkan sekiranya pulangan yang akan anda perolehi boleh mencapai 500% daripada apa yang anda laburkan.
Mahukah anda mencapat hasil 500% daripada yang dilaburkan?
Saya rasa semua orang akan menjawab “mahu”.
Sebagai contoh, sekiranya saya membuka sesi coaching untuk mengajar anda bagaimana untuk membina mailing list sebanyak 5,000 dalam masa sebulan dan anda dikenakan caj RM497, adakah anda sanggup?
Mungkin ‘ya’. Mungkin ‘tidak’.
Tetapi jika pelaburan RM497 bakal menjadikan anda mahir di dalam pemasaran email, dapat menjadikan anda berdikari dan mendapat pulangan RM5,000 dalam anda membina 5,000 orang di dalam mailing list ini, adakah anda sanggup?
Saya rasa ramai yang akan menjawab ‘sanggup’.
Ramai yang akan cuba mencari RM497 sedaya upaya.
Dan saya boleh katakan yang untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM5,000 dengan pelaburan RM497 di dalam sesi coaching/mentoring adalah tidak mustahil. Malah, kebarangkaliannya adalah tinggi kerana anda akan diajar oleh pakar di dalam bidang mereka.
Jadi, jika anda masih lagi tidak dapat bergerak di dalam bisnes internet anda walaupun telah banyak anda cuba, mungkin jawapannya ialah dengan mendapatkan coach/mentor.
Saya sendiri bermula dengan menjadikan seseorang mentor peribadi saya. Sekarang pun saya ada mentor saya sendiri.
Anda pula, bagaimana?
Walaubagaimanapun, ingin saya nyatakan bahawa tidak semuanya akan berjalan lancar. Mungkin ada ketikanya masalah akan timbul dan anda mungkin tidak mencapai matlamat yang diidamkan selepas sesi coaching/mentoring anda. Sama seperti bisnes yang lain, bisnes internet juga mempunyai risikonya dan jika setelah mencuba dan mentor anda masih lagi tidak dapat membantu anda mencapai matlamat yang diidamkan, janganlah salahkah beliau 100%. Lihat dan kaji semula kebaikan lain yang anda perolehi daripada sesi berharga tersebut.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Mentor mmg penting dan kalau dapat Mentor yg hebat mesti IM baru akan lebih cepat belajar dan boleh mengelakkan kesilapan2 yg sering IM senior lakukan. Jadi kejayaan akan lebih cepat dicapai
Tahniah bro! Wow best tue
Coaching Penting jika mahu berjaya dan melangkah ke depan dengan cemerlang. Saya sendiri tgh plan nak buat coaching mengenai ebay. Tip2 dan senjata ebay masih disimpan rapi..hanya 5% saja di dedahkan di dalam blog…
Saya juga merasakan amat perlu mempunyai mentor sendiri. Selama ini saya hanya belajar melalui ebook dan melakukan ‘try n error’. Saya pasti saudara Zamri boleh menjadi mentor yang bagus.
Saya setuju dengan artikel ini.
Mentor saya (Dr Azizan) pernah berkata, selain mentor kita kena ada ilmu dan sistem. maksudnya ilmu yang boleh menambahbaikkan lagi apa yang kita ada dan sistem (contoh: cara kita bekerja.
Saya pun berpendapat bahawa mentor adalah penting utk satu-satu kejayaan, bukan utk im sahaja tapi dlm semua aspek kehidupan kita ini. Kalau nak berjaya dlm apa bidang pun kita kenalah cari mentor yg terbaik utk kita.
Selama ini saya hanya belajar bisnes online ni
melalui ebook dan video tutorial saja.
Setakat ni memang belum pernah
mengikuti mana2 personal coaching.
Tapi insyaAllah, hari Ahad ni saya akan ke JB
untuk mengikut personal coaching pertama saya
dengan Bro Rohaizad (pasal blog).
Moga2 apa yang saya laburkan akan membuahkan hasil
nanti, insyaAllah.
saya setuju..saya sendiri sekarang banyak lihat perubahan dalam cara saya melakukan perniagaan internet sebab saya sekarang memiliki seorang coach IM. hebat!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Saya memang bersetuju dengan pendapat yang telah diberikan. Sememngnya untuk berjaya , kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang mentor yang telah berjaya, yang dapat memberi tunjuk ajar serta panduan terutamanya di dalam keadaan apabila kita hilang arah.
Seperti yang saudara telah nyatakan bahawa perniagaan internet sebenarnya tiada banyak perbezaan jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional yang masih
lagi dijalankan sehingga kini ( tanpa internet)
Kedua-dua mempeunyai risiko tersendiri dan cabaran – cabaran yang perlu diatasi sebelum seseorang itu benar- benar boleh mencapai kejayaan.
Di sini suka saya memetik pendapat daripada seorang usahawan
bertaraf dunia yang semua orang kenali sebagai ” Robert kiyosaki” . Di dalam buku yang yang beliau hasilkan bertajuk
“Rich Dad , Poor Dad ” , beliau sebenarnya telah menceritakan dengan panjang lebar bahawa beliau sendiri telah mendapat tunjuk ajar seorang mentor yang beliau gelar sebagai “rich dad ” sehingga beliau berjaya menempa kejayaan seperti mana yang seluruh dunia lihat pada hari ini. Oleh itu , tahniah sekali lagi kepada penulis blog dan juga rakan- rakan diluar sana yang sememangnya sedar betapa
untuk berjaya bukan sahaja akan bergantung 100% kepada mentor, tetapi juga memerlukan kesungguhan, disiplin , sikat tidak mudah berputus asa dan kualiti2 yang diperlukan untuk menjadi seseorang usahawan internet yang berjaya.
Saya ingin menjemput rakan-rakan menyertai newsletter saya di alamat :
http://moneysecretrecipe.com/FreeVideoSoftware
Banyak yang akan saya kongsikan bersama anda disana.
Sekian , terima kasih
Firdausz
http://moneysecretrecipe.com/blog
huhhh…best hadiah tu…nk beli kompom mikir panjang…
kalu bab mentor ni mcm jd perkara wajib…
kalu tak buleh sesat jalan…mcm sy sblm niii…
saya sangat setuju bahawa coaching 1-2-1, amat mahal tetapi sangat berbaloi jika benar2 serius dalam perniagaan internet dengan niche yg diinginkan.
Saya ucapkan tahniah kpd anda dan terima kasih kerana banyak membagi TIP,
InsyaAllah, jika ada masa dan bajet yg mencukup serta mendapat cuti saya akan mengikuti personal coaching pertama saya.
saya mmg dok tgh mencari mentor ni…tak boleh tahan kerja kilang cam ni…8 to 8 bro..boleh saudara ZN tolong….
Betul tu! saya dah banyak melabur tapi masih belum berhasil lagi. Rasanya masih banyak ilmu saya kena belajar. saya dapati cara terbaik untuk dapat ebook, video yang berkualiti dan belajar dgn ebook adalah dengan join membership mrr,plr. Mesti jadi ahli Vip baru dapat video dan ebook, templet, ecover dan mcm-mcm lg yg masih fresh dipasaran dan mahal. tak mampu nak beli satu persatu. bayar sekali membership VIP atau paling atas (LIFETIME MEMBER). Tahun ni tahun yang bagus untuk join kerana ada beberapa membership site yg menawarkan harga yang mampu beli…
Tahniah Bro Zamri dengan hadiah tersebut. Mentor boleh diumpamakan sebagai ‘Stereng’ yang memandu arah kereta untuk sampai ke destinasi yang dituju. Cuba bayangkan kereta tanpa stereng, confirm hancur.
…bermanfaat dan berfaedah atas usaha Zamri dalam JV.
Ye. Dmentor
Ye, memang dengan adanya coaching, pembelajaran dan pemahaman dalam satu satu bidang adalah lebih jelas. Mentor adalah sebagai pembakar semangat untuk menikut jejak langkahnya.
..terima kasih bro coz artikel ini memberi kepahaman yg lebih baik kpd saya & sesiapa pun tentang betapa pentingnya mempunyai mentor utk berjaya dlm satu2 bidang yg diusahakan. Yup..personal coaching tidak kurang hebatnya. Kalau dinilai dari segi yuran mmg terasa mahal, tetapi jika dipikirkan hasilnya nanti
wow! tak mustahil akaun bank akan dihujani wang..
wah..tahniah bro..hadiah saya bagi kat parents..hehe
Zamri,
dengar crita saudara akan bukak sesi coaching berbayar? betul ke?
Agaknya betul untuk dapatkan satu mentor 1-to-1. Sekian lama dah, seminar juga hadiri dah, workshop juga melibatkan diri dah, wang sudah bayar ribuan dah, tapi….
Banyak lagi yang tertinggal, yang tak mungkin diajari dalam setiap sesi. Yang diajarkan tu hanyalah “permukaan” sahaja, yang mana sudah diterokai sendiri… dan masalah sepanjang project yang ditemui, siapa tah yang akan menolong?
Jika dapat mentor dalam kurang daripada RM1k ok la. Tapi, satu perkara yang mentor patut tahu ialah setakat mana pemahaman pelajarnya. Jika sudah memahami, pengajaran sepatutnya diteruskan ke tahap yang lebih mendalam. Taklah bazir masa…
Bila Zamri jadi mentor, beritahu ya…
Salam Saudara Zamri..
Saya baru baca artikel ini..Maybe yang last bagi komen..saya rasa kalau buat seminar dalam group kecil lebih baik..Trainer dapat bagi tumpuan lebih pada para peserta..selamat berjaya untuk anda zamri