Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma

Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma
oleh Zamri Nanyan

Kebanyakan penjual produk digital (dan juga fizikal) untuk pasaran tempatan menggunakan skrip percuma Post Affiliate untuk dijadikan sebagai program affiliate mereka.

Memang skrip ini boleh membuat pengesanan jualan affiliate.

Sebab itulah ramai yang menggunakannya.

Tetapi terdapat banyak kelemahan menggunakan skrip affiliate ini seperti maklumat terperinci statistik affiliate tidak dapat direkodkan dan tiada fungsi pengesanan jualan OTO (One Time Offer) atau tawaran susulan.

Bagi seorang pemasar produk affiliate, saya memang tidak suka jika di dalam jualan produk utama, terdapat jualan produk susulan yang lebih mahal (atau pun murah) tetapi saya tidak mendapat komisyen hasil daripada jualan tersebut.

Jika di pasaran antarabangsa, kita boleh lihat bahawa jualan yang besar dilakukan bukanlah jualan produk utama tetapi jualan produk susulan melalui OTO atau tawaran susulan istimewa.

Selalunya affiliate akan mendapat komisyen daripada hasil jualan produk utama dan juga produk OTO.

Sebagai contoh, jika seorang pembeli membuat pembelian produk utama bernilai $50 dan seterusnya produk OTO yang berharga $200, affiliate akan mendapat komisyen sebanyak $125 ($25 + $100) jika komisyen yang diberikan adalah 50% daripada hasil jualan.

Ini menguntungkan affiliate, memotivasikan affiliate untuk terus menjual dan seterusnya memberi keuntungan besar kepada pemilik produk.

Sebaliknya, saya lihat di dalam pasaran tempatan, struktur pembahagian komisyen sebegini belum banyak dipraktikkan lagi.

Jika andaian jualan dan komisyen adalah seperti di atas, affiliate tempatan cuma akan mendapat komisyen $25 bagi setiap jualan yang dihasilkan. Ini bermakna affiliate kerugian $100 walaupun telah mendapat $25.

Kenapa saya katakan affiliate mendapat rugi?

Ini kerana nilai sebenar pembeli adalah $125 bagi affiliate yang mempromosikan produk tersebut kerana pembeli mempunyai kuasa belian sehingga $250. Tetapi malangnya, cuma $25 sahaja diberikan kepada affiliate.

Adakah ini adil?

Ianya bergantung kepada persepsi affiliate tersebut dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik produk. Mungkin bagi sesetengah affiliate, mereka tidak terlalu ambil peduli tentang perkara ini tetapi bagi pakar affiliate (super affiliate), ianya mungkin memberikan impak yang besar kepada pendapatan mereka.

Dan mereka tidak akan berasa gembira.

Biar saya berikan contoh berikut berdasarkan kepada struktur komisyen dan jualan di atas.

Sekiranya seorang pakar affiliate dapat menghasilkan 50 jualan produk utama dan 25 jualan produk OTO, ini adalah jumlah komisyen berdasarkan struktur pembayaran komisyen yang berbeza.

Kredit Jualan OTO Tidak Disertakan:
Komisyen Affiliate = 50 Jualan x $50 X 50% = $1,250

Kredit Jualan OTO Disertakan:
Komisyen Affiliate = (50 Jualan x $50 X 50%) + (25 Jualan x $200 x 50%) = $1,250 + $2,500 = $3,750

Anda perlu ingat bahawa ini merupakan usaha promosi yang sama. Yang berbeza ialah komisyen sebanyak $1,250 atau $3,750 (tambahan $2,500).

Jadi, dengan pembongkaran kepincangan struktur komisyen affiliate sebegini, saya harap sistem affiliate untuk produk pasaran tempatan dapat dipertingkatkan. Mungkin dahulu ramai yang menggunakan skrip Post Affiliate tetapi sekarang skrip affiliate Delavo pun sudah dapat digunakan untuk membolehkan komisyen pembelian OTO diberikan kepada affiliate.

Sekiranya penambahbaikan ini dapat dilakukan, saya pasti lebih ramai affiliate akan gembira mempromosikan produk anda, dan seterusnya memberikan lebih banyak keuntungan kepada anda.

Jika anda abaikan perkara ini dan pemilik produk lain makin ramai mengaplikasikan pemberian komisyen bagi jualan OTO, maka suatu hari nanti anda akan terkejut melihat affiliate yang selalu mempromosikan produk anda sudah beralih angin.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

* Nota: tahukah anda bahawa saya berikan komisyen 50% untuk jualan produk utama Pakar Affiliate (RM199) dan juga produk OTO Pakar Affiliate (RM599)? Ya, sudah ada affiliate yang mendapat komisyen sehingga RM399 bagi seorang pembeli yang sama sahaja.

http://www.PakarAffiliate.com/affiliate

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

30 Responses to “Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma”

Leave Comment

(required)

(required)