Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma
Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma
oleh Zamri Nanyan
Kebanyakan penjual produk digital (dan juga fizikal) untuk pasaran tempatan menggunakan skrip percuma Post Affiliate untuk dijadikan sebagai program affiliate mereka.
Memang skrip ini boleh membuat pengesanan jualan affiliate.
Sebab itulah ramai yang menggunakannya.
Tetapi terdapat banyak kelemahan menggunakan skrip affiliate ini seperti maklumat terperinci statistik affiliate tidak dapat direkodkan dan tiada fungsi pengesanan jualan OTO (One Time Offer) atau tawaran susulan.
Bagi seorang pemasar produk affiliate, saya memang tidak suka jika di dalam jualan produk utama, terdapat jualan produk susulan yang lebih mahal (atau pun murah) tetapi saya tidak mendapat komisyen hasil daripada jualan tersebut.
Jika di pasaran antarabangsa, kita boleh lihat bahawa jualan yang besar dilakukan bukanlah jualan produk utama tetapi jualan produk susulan melalui OTO atau tawaran susulan istimewa.
Selalunya affiliate akan mendapat komisyen daripada hasil jualan produk utama dan juga produk OTO.
Sebagai contoh, jika seorang pembeli membuat pembelian produk utama bernilai $50 dan seterusnya produk OTO yang berharga $200, affiliate akan mendapat komisyen sebanyak $125 ($25 + $100) jika komisyen yang diberikan adalah 50% daripada hasil jualan.
Ini menguntungkan affiliate, memotivasikan affiliate untuk terus menjual dan seterusnya memberi keuntungan besar kepada pemilik produk.
Sebaliknya, saya lihat di dalam pasaran tempatan, struktur pembahagian komisyen sebegini belum banyak dipraktikkan lagi.
Jika andaian jualan dan komisyen adalah seperti di atas, affiliate tempatan cuma akan mendapat komisyen $25 bagi setiap jualan yang dihasilkan. Ini bermakna affiliate kerugian $100 walaupun telah mendapat $25.
Kenapa saya katakan affiliate mendapat rugi?
Ini kerana nilai sebenar pembeli adalah $125 bagi affiliate yang mempromosikan produk tersebut kerana pembeli mempunyai kuasa belian sehingga $250. Tetapi malangnya, cuma $25 sahaja diberikan kepada affiliate.
Adakah ini adil?
Ianya bergantung kepada persepsi affiliate tersebut dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik produk. Mungkin bagi sesetengah affiliate, mereka tidak terlalu ambil peduli tentang perkara ini tetapi bagi pakar affiliate (super affiliate), ianya mungkin memberikan impak yang besar kepada pendapatan mereka.
Dan mereka tidak akan berasa gembira.
Biar saya berikan contoh berikut berdasarkan kepada struktur komisyen dan jualan di atas.
Sekiranya seorang pakar affiliate dapat menghasilkan 50 jualan produk utama dan 25 jualan produk OTO, ini adalah jumlah komisyen berdasarkan struktur pembayaran komisyen yang berbeza.
Kredit Jualan OTO Tidak Disertakan:
Komisyen Affiliate = 50 Jualan x $50 X 50% = $1,250
Kredit Jualan OTO Disertakan:
Komisyen Affiliate = (50 Jualan x $50 X 50%) + (25 Jualan x $200 x 50%) = $1,250 + $2,500 = $3,750
Anda perlu ingat bahawa ini merupakan usaha promosi yang sama. Yang berbeza ialah komisyen sebanyak $1,250 atau $3,750 (tambahan $2,500).
Jadi, dengan pembongkaran kepincangan struktur komisyen affiliate sebegini, saya harap sistem affiliate untuk produk pasaran tempatan dapat dipertingkatkan. Mungkin dahulu ramai yang menggunakan skrip Post Affiliate tetapi sekarang skrip affiliate Delavo pun sudah dapat digunakan untuk membolehkan komisyen pembelian OTO diberikan kepada affiliate.
Sekiranya penambahbaikan ini dapat dilakukan, saya pasti lebih ramai affiliate akan gembira mempromosikan produk anda, dan seterusnya memberikan lebih banyak keuntungan kepada anda.
Jika anda abaikan perkara ini dan pemilik produk lain makin ramai mengaplikasikan pemberian komisyen bagi jualan OTO, maka suatu hari nanti anda akan terkejut melihat affiliate yang selalu mempromosikan produk anda sudah beralih angin.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link ”Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
* Nota: tahukah anda bahawa saya berikan komisyen 50% untuk jualan produk utama Pakar Affiliate (RM199) dan juga produk OTO Pakar Affiliate (RM599)? Ya, sudah ada affiliate yang mendapat komisyen sehingga RM399 bagi seorang pembeli yang sama sahaja.
http://www.PakarAffiliate.com/affiliate
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Terima kasih sungguh bermakna jika pengetahuan affliate ini dikembangkan sebegitu,tanpa produk sendiri pun mampu tersenyum.Membantu dan memperolehi pendapatan yang berterusan tanpa keluar modal besar…apa yang penting ilmu affliate tu kena fasih….
Terima kasih saya sedang berusaha untuk sama-sama mengembanngkan bisnes affliate,jv dan produk fizikal secara sistematik dan global.
Eh? bukankah boleh disetkan juga komisyen OTO tersebut jika menggunakan skript post affiliate?..
hanya perlu buat 2 page thankyou page yang berbeza..
1- thankyou page untuk main produk..
1- lagi thankyou page untuk jualan main produk + OTO..
saya kurang gemar gunakan DELAVO kerana proses pembeliannya, merumitkan pelanggan.. .. ada beberapa pelanggan saya yang komplen dan tidak jadi membeli produk seorang “IM” sebab beliau kata ianya sangat leceh…
Bila saya check website IM tersebut… rupa-rupanya beliau menggunakan DELAVO..
Sebagai affiliate, saya juga sebenarnya tak berapa minat menjadi affiliate website yang menggunakan sistem DELAVO.. ianya pening dan tak banyak feature untuk affiliate.. nak tgk jumlah klik pun tak boleh.. kalau nak tahu jumlah klik, si affiliate perlu setup campaign sendiri pula dalam tu.. which is pada saya, agak menyusahkan..
so far, saya lebih selesa menjadi affiliate yang menggunakan sistem post affilite yang telah diubahsuai oleh saudara amirol.. sangat simple, mudah dan menarik..
Salam Saudara Zamri…
Baru lepas tgk Arsenal lawan…yeah 5-0..hehhe
back to the topic…
Baru saya tahu rahsia sebenar skrip affiliate nie..saya juga ada terfikir…mcmana pembyaran bagi produk oto. Jadi saya rasa adalah rugi kalau affiliate menpromosi produk yang hanya mendapat komisen dari produk utama je.
Sebab kebanyakkan produk mendapat jualan mahal pada OTO…Jadi ia hanya menguntungkan pemilik produk tetapi tidak kepada affiliate.
Tapi saya rasa tiada lagi skrip affiliate percuma yang berfungsi sama dengan sistem delavo. Kalau ada mungkin saudara zamri boleh berkongsi dengan yang lain
terima kasih atas infonya, tapi bagi saya ia tak mengapa jika kedua dua pihak tahu dan bersetuju dengan cara tersebut, menjadi lumrah manusia, kepentingan sendiri diutamakan. apapun saya harap saudara zamri terus bersabar dan saya doakan agar bapa saudara akan terus sejahtera.wassalam.
Assalamualaikum saudara zamri,
Terima kasih atas pendedahan ini. Dahulunya saya ada terfikir juga akan perkara ini, namun tidak pernah terfikir untuk bertanya kepada yang pakar.
Satu persoalan lagi, bagaimana pula dengan OTO yang meng”offer” bukan produk tetapi berbentuk pendidikan seperti seminar dan juga produk affiliate orang lain.
Satu lagi, adakah program training, seminar berbayar boleh juga dibuat affiliate ?
Menarik memang menguntungkan buat affiliate terutama bagi produk luar negara dengan tukaran matawang yang tinggi ho ho memang masyuk.
Topik macam ni memang patut dipandang serius supaya wujud situasi menang menang…dan mungkin juga berbaloi bagi si Affiliate.
Sebanarnya saya pun dah lama terperasan fenomena ni. Ini berlaku kerana webmaster setting bagi komisyen adalah pada index file. Jadi komisyen yang diberi adalah tetap pada produk utamasaja.
( dah guna scrip aff tu cam tu)
Saya dapati ramai gak otai-otai IM kita ni buat Upsell camni. Kaedah ini dapat memaksimakan keutungan pada owner produk saja, tetapi tidak kepada agen affiliate.
Bro Zamri, terima kasih atas pendedahan berani. semoga sistem affiliate yang kita guna mendapat perubahan seperti yang bro Zamri cadangkan ini.
saya begitu sibuk hingga tiada masa untuk melihat lebih terperinci apa yang encik Zamri nyatakan InsyaAllah saya akan cuba melihat peluang yang bagus ini sebelum itu semuga Encik akan bertambah sihat. Encik seorang anak yang soleh menjaga bapa anda, semuga mendapat rahmat dari Allah.tq.Assalamualaikum
Assalamualaikum sdr Zamri,
Saya doakan semoga kesihatan bapa sdr beransur baik insyallah….
Mudah-mudahan artikel sdr ini dapat membuka mata mereka yang terlibat…….
Salam semua.
Info yang amat bermanfaat & berguna kepada saya dan yang lain.
Dengan info ini memberi kami untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan sistem affiliate. Pastinya satu langkah awal sebelum terlepas pandang.
Terima kasih Bro Zamri.
p/s: Semoga ayah bro diberikan kekuatan dan ketenangan.
Salam, semoga ayah saudara cepat sembuh,
Maklumat yang sangat menarik, semua pemilik produk perlu mengambil perhatian serius perkara ini agar sama2 mendapat keuntungan
Ya! Saya lihat penggunaan sistem affiliate delavo masih baru lagi di pasaran tempatan kita.
Sistem delavo ini lebih advance sikit dari post affiliate…
Salam bro Zamri…terima kasih atas keprihatianan bro…sebelum ini saya ada juga perkatakan tentang kelemahan skript sistem affiliate percuma di WC terutamanya dari segi sistem tracking yang hanya bergantung kepada cookies…tp kurang mendapat sambutan…diharap, bila ada nama besar yang dah mula sentuh isu ini, ramai yang akan sedar dan beralih ke skript berbayar untuk kepentingan bersama..
Tq bro
ASSALAMUALAIKUM,
Sisitem yang menarik..
Semoga sukses selalu saudara Zamri Nanyan..
Assalamualaikum tuan Zamri,
Dan saya amat setuju, perkongsian sama rata atau win-win situation akan memberikan impak lebih aggresif kepada kedua-dua pihak. Moga pendedahan ini akan membuka jalan baru bagi penganjuran jv affiliate yang lebih telus. InsyaAllah.
Saya mendoakan kesihatan bapa tuan Zamri kembali pulih. Topik ini memang telus sekali. Bagi yang menjadi affiliate ini merupakan pendedahan berita yang gembira. Tapi bagi penganjur affiliate mungkin ramai yang tak sedar, ataupun mungkin sedar kepincangan ini cuma melindunginya dari pengetahuan umum. Atau mungkin juga masalah limitasi terhadap sistem skrip affiliate yang digunakan. Diharap akan ada penambahbaikan terhadap skrip sedia ada. Saya percaya dan yakin orang Malaysai mapu lakukan
salam tuan .terima kasih kerana membuka topik ini.semoga para owner produk digital membaca post ini.tq
Perkongsian yang bagus untuk semua.
InsyaAllah nampaknya penggunaan Delavo boleh dijadikan pilihan…
Sy baru sahaja mendapat berita terbaru dari Saudara Amirol iaitu pencipta Skrip Affiliate Lite.
Version 2.0 akan keluar tak lama lagi, dan masalah affiliate tak dapat komisyen hasil jualan OTO akan selesai akhirnya.
Ini kerana dalam version terbaru 2.0 tu, mmg ada ciri-ciri upgrade tersebut.
Apa-apa kita boleh nantikan perkembangan setersunya daripada saudara Amirol kita.
salam,sudah sampai masanya kita berusaha kearah yang lebih berkat w/pun segi kuantiti return buynya tidak sehebat yg ditargetkan.total confirm buy ialah benefit(fardhu kifayah yg berjaya dilaksanakan=keupayaan membantu keperluan ummah/pahala)bernilai disisiNYA.wassalam.
Saya doakan agar ayahanda sdr Zamri cepat sembuh dan mendapat perlindungan drp Allah.
Saya sentiasa membaca setiap tulisan sdr Zamri dan terima kasih banyak kerana berjaya memudahkan penerangan tentang fungsi affiliate dalam bisnes internet.
terima kasih atas infonya.
betul tu sebab itulah saya lebih suka prodak luar negera,
Salam…
Harap Bapa saudara sihat dan sembuh hendakNya..
Salam
Saya doakan semoga kesihatan bapa sdr beransur baik insyallah….
Terimakasih perkongsian “Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma” ini
Saya sentiasa mengikuti setiap etikal dari En.Zamri….
salam…
Terima kasih sifu Zamri dengan pendedahan yang saya rasa dapat membuka mata kepada umum mengenai kepincangan sistem affiliate percuma ini.
Betul seperti mana yang sifu cakap tu, kesian jugak tgk mereka yang masih baru dalam dunia perniagaan internet sering beralih angin dari satu affiliate kepada affiliate yang lain kerana mendapat hasil yang xsepadan dengan promosi yang dilakukan. Kadang2 tu maklumat-maklumat lanjut mengenai bantuan untuk menjalankan promosi dan sebagainya juga tidak diberi.
Harapan saya selepas terbongkarnya kepincangan ini, dapatlah pengusaha2 perniagaan internet yang lain memperbaiki perniagaan anda untuk kepentingan semua, tidaklah untuk kepentingan diri sendiri.
Perlu diingat, tanpa mereka2 yang membantu promosi produk anda, “anda tiada apa-apa”.
Terima kasih sifu kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan2 untuk lebih memahami mengenai perniagaan melalui internet.
Saya doakan ayahanda sifu sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin…
kalau betul apa yg bro Khairul Hazwan cakap pasal upgrade post affiliate tu bagus! sentiasa dinantikan.
delovo saya pun agak pening jugak mcm yg bro shuth cakap, leceh untuk pembeli. tapi benda ni kalau dah lama2, pandai la. masalah malas nak cuba je, sama ada pelanggan atau penyedia produk tersebut.
kita mungkin susah nak keluar sebab selesa dgn sistem yang ada, biasalah adat manusia, jadi kalau yg sedia ada di update dengan fungsi baru mungkin lebih memudahkan.
p/s saya doakan yg terbaik untuk ayah saudara zamri
Hmm..saya setuju dengan pendapat Bro Shuth…
Delavo agak rumit berbanding skrip post affiliate ..
Dengan skrip post affiliate pun boleh buat bayarn komisyen OTO macam shuth cakap tu..
Hmm..cuma belum ada rasanya IM yang buat macam tu ..
Masih ramai yang makan sorang dengan komisyen OTO
Tapi itu hak pemilik produk laa…
Kalau agen tak puas hati…tak payah promote jelaa
Bro Yusop Rejab,
Program training, seminar berbayar boleh juga dibuat affiliate… contohnya macam SeminarEbook…yang Bro Shuth jalankan…
kepada thinkerich, untuk seminarebook memang saya ada sediakan program affiliate. Komisyen Rm100 persale..
boleh daftar di http://www.seminarebook.com/affiliates jika berminat untuk menjadi agen.
Saya baru tahu yang skrip post affiliate percuma ini dapat diubahsuai untuk jual produk OTO. Ini satu perkembangan yang menarik. Saya harap ianya dapat diimplimentasikan oleh salah seorang rakan kita untuk produk terbaru nanti.
Saya juga akui sistem Delavo ni rumit juga digunakan (untuk setting dan sebagainya). Kalau yang baru nak buat program affiliate, pasti kena tengok manual dulu baru boleh buat setting.
Akhir sekali, saya cukup gembira dengan terbitnya artikel ini supaya pada masa akan datang, kita akan dapat lihat lebih banyak affiliate yang dapat komisyen dari OTO. Walaubagaimanapun, keputusan masih lagi di pihak pemilik produk untuk integrasi OTO di dalam struktur komisyen mereka.
Ini satu perkembangan yg sihat dan bagus…
Mana-mana IM yang nak lancar produk baru bolehlah implement OTO ni… baru affiliator bersemangat.. income 2 in 1…..:)