Pendapatan Pasif & Berulang Anda Untuk Seumur Hidup!

Salam hormat,

Bagaimana hari anda hari ini? πŸ™‚

Saya pula kepenatan hari ini kerana buat pertama kalinya, selepas bertahun meninggalkannya, saya bermain bola di padang besar. Sebelum ini, saya cuma bermain futsal.

Memang penat. Dah la tu… kaki pula kena ‘stud’. Aduh… sakitnya. Tapi hati rasa puas. πŸ™‚

Di tengah padang bola, sempat saya mengelamun dan bersyukur.

Saya bersama 23 orang lelaki lain, di bumi asing, sedang bermain bola, tanpa risau untuk pulang semula ke pejabat pada hari Isnin nanti. Itulah percutian yang saya idamkan – bersama-sama dengan “orang tempatan” untuk satu jangkamasa yang cukup untuk saling kenal-mengenali.

OK, jangan kata saya anti “kerja dengan orang” pula. Malah saya nak anda kerja dengan orang dahulu (seperti saya beberapa tahun lepas) tetapi mulakan bisnes internet secara parttime.

Buat bisnes parttime anda tersebut betul-betul sehingga anda boleh lihat hasilnya. Kemudian, terpulang kepada anda untuk berhenti kerja atau lakukan bisnes internet secara fulltime pula.

Dan sebenarnya, saya nak anda teruskan kerja sekiranya anda mempunyai profesion mulia seperti doktor yang menyelamatkan nyawa dan researcher yang berterusan mencari penawar AIDS dan sebagainya… juga buat anda yang menyara keluarga dengan apa jua kerja yang anda lakukan – pengorbanan anda mendapat pahalanya dan memberikan keriangan untuk mereka yang anda sayang. Itulah jihad ekonomi pada pandangan saya.

Itu yang saya lakukan, dan itulah pengorbanan dan rahsia yang anda perlu tanam di dalam hati untuk berjaya di dalam bisnes internet.

Jika anda nak “blueprint” bisnes internet saya – itu yang saya lakukan. Buat bisnes parttime dan lakukan setiap hari tanpa menghiraukan apa orang lain kata. Anda boleh ikut cara saya sekiranya anda mahu.

Dan saya bukan berada di tahap sekarang sekiranya saya tak lakukan sesuatu beberapa tahun lepas (ya, ianya ambil masa bertahun-tahun untuk lihat hasil yang membanggakan) dan ianya bukan kerja mudah.

Saya korbankan masa saya untuk mengadap komputer selama berjam-jam untuk bisnes saya. Saya gagal dan bangun semula. Saya cuba sehingga berjaya.

Berapa yang saya habiskan untuk ilmu dan pengalaman saya? Puluhan ribu ringgit.

Adakah ianya berbaloi? Sudah tentu…

Tapi, di dalam salah satu rahsia kejayaan bisnes internet saya ialah saya mempraktikkan satu usaha ini semenjak dari mula lagi.

Nak tahu apakah itu?

Mencipta pendapatan pasif & berulang di internet.

Tak kiralah macam mana yang anda lakukan tetapi pahatkan di minda dan hati anda yang inilah caranya untuk anda buat kerja sekali dan timba hasilnya setiap minggu, bulan atau tahun tanpa henti.

Perlukan sedikit lagi bantuan untuk menciptanya?

Nah! Ini adalah salah satu daripadanya yang saya gunakan untuk mendapat cek komisyen setiap bulan tanpa henti:

http://www.freedom.ws/zamrinanyan

Dan anda tahu tak? Anda tak semestinya menggunakan program yang saya maksudkan di atas jika anda tak mahu – kerana ada terlalu banyak lagi program lain yang boleh berikan pendapatan pasif dan berulang untuk anda.

Cuma pastikan program yang anda sertai tersebut tulen, kukuh dan terbukti telah memberikan hasil yang lumayan kepada pesertanya (seperti program yang saya berikan di atas).

Perlukan contoh lagi (yang kedua-duanya terbukti dan saya sendiri sertai)?

Lihat di bawah:

http://get.linktrackr.com/specialoffer-art
http://get.linktrackr.com/trafficwave-art

Walaubagaimanapun, saya perlu juga tekankan yang bukan semua orang berminat untuk mengikuti cara ini.

Ini kerana ianya mengambil masa yang lama untuk melihat hasil yang besar. Ianya ada cabarannya yang tersendiri dan anda sendiri juga mungkin akan meragui diri anda dan juga program yang anda sertai ini apabila usaha anda melalui halangan yang anda tak dapat jangkakan.

Dari situlah sebenarnya ujian kejayaan anda bermula.

Anda cuba sehingga anda temui halangannya. Tugas anda sekarang ialah melangkaui halangan tersebut dan barulah anda akan berjaya.

Terlalu ramai yang menyerah kalah bila mereka berdepan dengan halangan ini. Kenapa?

Kerana sesetengah halangan tersebut adalah amat sukar diatasi. Bagi sesetengah orang, ianya mudah dan kejayaan dapat dikecapi dengan mudah juga. Tapi awas, anda mungkin tergolong di dalam mereka yang mungkin melalui halangan yang besar dan memerlukan usaha yang lebih untuk mengatasi.

Pada saat inilah anda akan lihat ramai yang akan salahkan orang lain, salahkan program yang disertai dan salahkan segala-galanya melainkan diri sendiri. Harapan saya ialah anda bukan salah seorang daripadanya.

Jika tiada orang ingin bantu, “so what?”, anda lakukanlah sendiri kerana ini adalah bisnes anda.

Jika program anda cuma berikan komisyen USD$1 sahaja, “so what?”, anda cari lebih banyak pelanggan untuk didarabkan dengan USD$1.

Jika talian internet anda buat hal, “so what?”, tempat yang berikan Wi-Fi percuma pun sudah banyak sekarang.

Yang utama, anda perlu tahu tahap anda untuk melalui halangan yang bakal anda temui. Jika anda mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup, mungkin ianya akan memudahkan kerja anda. Jika tidak, anda tahu yang anda perlukan ilmu dan pengalaman. Kedua-dua ini tidak murah sebenarnya (mungkin kita boleh berbincang mengenai topik ini pada masa akan datang).

Yang penting sekarang ialah anda kenali program yang manakah yang akan memberikan anda pendapatan pasif dan berulang untuk anda dan mulakan tindakan anda.

Tak kiralah berapa banyak orang lain beritahu anda tentang hasil pendapatan mereka untuk meyakinkan anda membeli produk mereka (kecuali anda memang perlu beli ilmu tersebut daripada mereka), anda perlu tanya samada ilmu yang didedahkan dapat berikan pendapatan pasif dan berulang kepada anda.

Ini adalah salah satu cara untuk anda bina pendapatan untuk jangkamasa panjang dan menjamin pendapatan bisnes internet anda.

Dan sekali lagi saya perlu berikan penafian di sini.

Saya tak katakan yang anda tak boleh promosikan atau jual produk yang cuma berikan “hasil sekali dan tak menentu” sahaja dan fokus kepada program pendapatan berulang yang saya maksudkan di sini.

Sebenarnya, tidak ada masalah untuk anda mempromosikan program lain tetapi pastikan ada satu atau beberapa program yang dapat berikan pendapatan berulang untuk anda promosikan pada setiap masa.

Dan saya rasa saya perlu berhenti di sini dahulu. Jika diteruskan, ianya akan menjadi satu bab di dalam buku pula. πŸ™‚

Sebelum saya tinggalkan anda dengan beberapa informasi penting untuk anda fikirkan di atas, saya ingin bawa anda semula ke padang bola sepak di mana saya bermain petang tadi.

Semuanya sudah bersiap sedia untuk bermain dan saya dibawa oleh seorang rakan yang baru saya kenali ini ke padang dan saya diperkenalkan kepada beberapa orang.

Kata beliau, “ni Zamri, baru sampai”.

Dan tanpa diduga, salah seorang daripada mereka datang kepada saya dengan salaman dan sapaan, “Zamri Nanyan?”

“Ya”, jawab saya.

Saya ingatkan ada seseorang memberitahu beliau tentang kehadiran saya di situ tetapi rupa-rupanya beliau katakan yang beliau sudah lama kenali saya dari internet. Dari jauh lagi beliau perasan saya dan tahu siapa diri saya.

Dan peristiwa ini berlaku di salah satu padang bola di Melbourne, Australia. πŸ™‚

Saya bersyukur dengan apa yang berlaku dan percaya bisnes internet dapat membuka banyak peluang yang anda tidak jangkakan.

Anda juga mampu melakukannya!

ikhlas,
Zamri Nanyan

ps. inginkan satu lagi blueprint bisnes internet terbaik untuk rujukan anda? Lawati www.TheFourWeeksToFreedomBook.com

pps. kongsikan artikel ini dengan seberapa ramai yang mungkin sekiranya ia telah meninggalkan kesan yang mendalam dan memotivasikan anda. Jangan lupa juga tinggalkan komen anda (saya baca kesemua komen anda satu per satu).

 

* terima kasih kepada Azrina, Irwan, Din & ramai lagi yang melayani saya dan keluarga di sini.

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

One Response to “Pendapatan Pasif & Berulang Anda Untuk Seumur Hidup!”

Leave Comment

(required)

(required)